July 29, 2010

Puteri Harbour, Decoupage & Folk Art

Salam petang untuk kawan2 blogger...Hari nie Lynn tak sempat sungguh nak melawat blog kawan2 sebab Lynn baru jer selesai attend satu mesyuarat di pejabat nie...Mood nak berblogging pun tak berapa nak datang sangat la hari nie...Huhuhuhu...Tapi Lynn kuatkan juga semangat supaya ada gak entry untuk hari nie...

Okey...Last Sunday lepas jer menghadiri majlis wedding Thalha kitorang gie melepak kat Puteri Harbour...Erm, mesti ada di antara korang yang tertanya2 kat mana letaknya Puteri Harbour tu...Puteri Harbour nie merupakan salah satu tarikan yang ada di Nusajaya, Johor...Tapi Puteri Harbour nie tak ler meriah sangat sebab tempat nie masih baru lagi...Kat sini ada banyak kapal2 yang duk parking...Tak pasti plak untuk disewakan atau pun hak milik persendirian...Lynn tak dapat nak bertanya hari tu sebab x der sesiapa pun yang duk kat kaunter pertanyaan tu...

Keadaan petang di sini sangat mendamaikan...Ramai juga yang datang melepak kat sini sambil amek gambar...Especially couple & family la...Pengantin pun banyak yang amek gambar outdoor kat sini...Al maklumlah, nak beli kapal layar sendiri tak mampu jadi dapat amek gambar berlatarbelakangkan kapal layar pun dah kira okey la tu...Hehehehe...Jadi korang tengok la gambar2 yang ada nie yer...

Posing poyo anak dara Lynn...

Leka memerhatikan kapal2 yang ada di Puteri Harbour...

Tak tahu la posing gaya apa anak dara nie...Hehehehe...

Qistina seboleh-boleh nak berjalan kat atas tu...Ngeri jer sebab kat sebelah bawah dia dah ada air...Huhuhu...

Antara kapal-kapal yang ada kat Puteri Harbour tu...

Qistina dengan papa dia...Waktu nie Qistina dah penat dah...Nak posing pun x der mood...

Dah macam dalam filem TITANIC...Hehehehe...

Last sekali posing dari kami bertiga...Naseb baik arr ada sorang adik yang baik hati tolong amek gambar nie...

Jadi itu la gambar2 yang Lynn nak share dengan korang petang nie...Owh yer...Lynn tiba-tiba duk leka menggoogle segalanya berkaitan dengan Decoupage dan Folk Art...Entah kenapa hati nie berdetik nak google tentang semua tu...Dan yang nyata sekarang nie Lynn macam dah jatuh cinta la dengan Decoupage dan Folk Art nie...Lynn nak sangat belajar semua tu sekarang nie...Tapi Lynn x tahu menahu pasal benda alah nie...Ada sesiapa di antara korang semua yang tahu x? Please sangat2 bagi feedback pada Lynn yer...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...