November 7, 2017

Makin Rabun

Assalamualaikum 

Hi korang...Apa khabar? Hari ni Kak Long baru naik kerja setelah 5 hari tak bekerja...Khamis lepas Kak Long gi meeting kat Tangkak...Then cuti weekend Jumaat dan Sabtu...Alhamdulillah JDT menang Piala Malaysia dan kami dapat cuti free pada hari Ahad...Semalam Kak Long tambah cuti sendiri lagi sehari sebab anak anak tak ada yang jaga...Pengasuh Kak Long minta cuti sebab nak pergi konvokesyen anak dia...

So sempena cuti weekend hari tu dan kitorang pun tak pergi mana mana minggu ni...Kak Long sekeluarga ke Aeon Bukit Indah...Memang Kak Long cuti memasak hari sabtu lepas...Sampai jer kat Aeon Bukit Indah terus gie makan kat Johnnys...Anak anak memang suka makan kat Johnnys tu...Lepas jer makan Kak Long cakap nak gi kedai cermin mata...So terus ler mencari kedai cermin mata yang okay dengan tujuan nak check mata Kak Long nie...


Tauke pun nak bergaya dengan Kekaboo Aleeyaa...Hihihihihi...

Kak Long dapat rasa macam makin rabun mata Kak Long nie...Ya...Memang betul sangkaan Kak Long...Kalau dulu power sebelah kanan cuma 200 dan kiri 175...Sekarang nie belah kanan dah 300 dan kiri pun 300 juga...Huhuhuhuhu...Ngeri Kak Long dengar wei waktu budak kedai tu terangkan...Budak tu pun terkejut sebab last time Kak Long buat spec pada hari raya 2 tahun lepas...Hurmmm...Kak Long minta budak tu cek sekali lagi...Kali nie guna yang cara yang lama...

So buat pemeriksaan kali kedua dan keputusannya 250 sebelah kanan dan 250 sebelah kiri...Kak Long decide untuk buat cermin mata yang baru sebab selagi Kak Long tak buat yang baru Kak Long rasa tak best...Pandangan mata tu rasa tak puas...Terbatas sangat sebab tak clear...Yang rabun faham kut apa yang Kak Long cuba sampaikan nie...


Insyaallah cermin mata yang baru akan siap dalam masa 10 hari...So selama 10 hari ni Kak Long gunakan la cermin mata yang lama...Tak sabar nak menantikan cermin mata baru tu siap sebenarnya...Macam lama sangat la 10 hari tu...Huhuhuhu...

November 1, 2017

Selamat Pengantin Baru Finaz & Hafiq

Assalamualaikum 

Entry ni entry tertunggak sebenarnya...Kak Long dah lama sangat nak upload tapi disebabkan kesibukan yang melampau memang tak teringat langsung nak buat entry ni...Hari nie Kak Long usahakan juga supaya entry ni dapat disiapkan dan Kak Long berjaya publish di blog...Hihihihi...

Adik pompuan bongsu Kak Long dah pun mendirikan rumahtangga dengan insan pilihan hati dia sendiri...Adik Kak Long nie berkawan dengan husband dia sejak dari sekolah menengah lagi...Hurmmm...Cuma diorang serius bila tengah belajar kat U rasanya...

Majlis pernikahan Finaz dan Hafiq di adakan di surau berdekatan rumah kitorang...Majlis yang simple sahaja...Cuma dihadiri oleh keluarga kami dan Hafiq...Kawan kawan pengantin pun beberapa orang jer yang datang...Syukur alhamdulillah majlis pernikahan selamat dilaksanakan selepas solat Asar pada 22 September 2017...

 Officially husband and wife

 Pengantin lama

  On da way nak ke surau



 Ni waktu hari majlis...Pengantin Baru bergabung dengan Pengantin Lama...Pak Hamzah dapat menantu orang Negeri Sembilan lagi...Hihihihi...Ada la kawan Abang Long nak borak Negeri Sembilan...

Kak Long doakan adik Kak Long ni bahagia bersama pilihan hati dia...Dah kawen ni dah tak macam time single lagi dah...Kena banyak berubah...Kena banyak tolak ansur...Semoga cepat cepat dapat baby yer dik...Leh tambah ahli keluarga kita nanti...

Khabar Berita Yang Jauh

 Assalamualaikum semua... Lama sungguh tak bersiaran di channel yang satu ni... Dah berabuk sungguh... Allahuakbar... Apa khabar semuanya? M...