October 29, 2017

Kekaboo Mirabelle

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Kak Long dah mula melangkah ke satu lagi cabang bisnes online yang baru...Korang mesti dah pernah dengar tudung bawal jenama Kekaboo Mirabelle kan...Erm...Mula mula Kak Long cuma berminat nak pakai jer tudung nie sebab design yang ada memang cantik cantik...Dan salah satu sebab utama Kak Long suka Kekaboo Mirabelle ni tudung ni tak licin...Memang best...Senang nak bentuk...

Bila dah pakai...Kawan kawan pejabat dan di kawasan perumahan Kak Long berkenan juga nak membeli...So Kak Long keluarkan la modal sket untuk mulakan bisnes nie...Syukur sangat sangat mendapat sambutan juga bisnes ni...

Ni Kak Long share design yang mendapat sambutan...










 Semua yang kat atas ni berharga RM25.00 sehelai...

Korang kalau ada yang berkenan nak membeli tudung Kekaboo Mirabelle ni boleh la contact Kak Long ya...

October 15, 2017

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Situasi kerja yang agak mencabar sejak kebelakangan ini banyak mematangkan  Kak Long...Pahit manis suka duka semuanya berjaya Kak Long tempoh...Kak Long bertuah sangat sebab ramai insan baik yang hadir di sekeliling Kak Long...Yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan kerja kerja...

Entry hari ni Kak Long buat khas untuk ucapkan terima kasih banyak banyak untuk insan insan yang banyak memberi sokongan kepada Kak Long terutamanya dalam urusan kerja Kak Long nie...

 Suami adalah kekuatan utama Kak Long hadapi semua cabaran...Dia la yang banyak bagi dorongan dan kekuatan bila kala Kak Long rasa nak rebah...Bila kala Kak Long stress sangat...Tak der satu benda pun yang Kak Long sembunyikan pada dia terutama sekali pasal hal kerja...Dia juga yang banyak membantu bila Kak Long kena outstation...Dia yang uruskan makan minum dan pakaian anak anak bila Kak Long tak ada kat rumah...Terima kasih abang sebab banyak berkorban...


 Kawan kawan yang ada di pejabat pun banyak membantu Kak Long...Sedikit sebanyak tempias ada juga terkena kat diorang ni bila Kak Long stress...Bila rasa nak menangis je mesti ada salah sorang yang akan jadi mangsa Kak Long...Huhuhuhu...Bertabahlah korang yer dapat kawan yang hati basah macam Kak Long nie...Kak Long sayang korang...Muahhhssss...


 Setiap kali ada program kat pejabat...Dah macam gathering dengan BFF...Mesti ada jer isu yang nak dibincangkan dan diluahkan...Thanx Lee, Pro & Ezmad...Opsss Ezmad x der dalam gambar nie...Sorry bro...Ko tak datang kan time nie...


Agak agak stress dah terlebih...Kita plan for vacation...So complete 4 family tahun nie...Tq korang sebab banyak bagi sokongan moral juga pada Kak Long...Time vacation macam ni la boleh release semua masalah yang ada...


 Walaupun ada masanya kami tak sependapat, mereka sentiasa ada bila Kak Long nak meluahkan masalah...Thanx a lot Haji Samsudin n Kak Jue...


Tuan Haji Ramli pun baik juga dengan Kak Long...Macam tu juga Nor...Selalu jer dapat detect bila Kak Long ada masalah...Tq korang...

Ada masanya kita perlukan insan insan di sekeliling kita untuk meluahkan rasa...Kita bukannya perfect...Ada kekurangan dan ada kelebihan...Bila kita tak betul kita boleh rujuk dengan diorang...Mungkin ada di antara diorang yang boleh tunjukkan jalan...

Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan mereka ini disekelilingku...Semoga kau berkatilah kehidupan mereka...Terima kasih...

October 11, 2017

Kerja

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Rasa seronok sangat berpeluang juga Kak Long nak update blog hari nie...Hihihihi...Korang jangan ler lupakan Kak Long walaupun tahun  ni cuma ada beberapa jer entry yang muncul kat blog Kak Long ni...

Tahun nie tahun kedua Kak Long bekerja dengan boss baru...Hurmmm...Nak cakap macam mana ya...Kerja dengan boss baru nie agak mencabar juga...Banyak kali juga la terdera emosi bila waktu bekerja...Tapi semakin hari semakin lali dengan keadaan nie...Sampai ke satu tahap Kak Long dah redha...Nak argue macam mana pun dah tak boleh...Jadi kita buat jer la kerja kita...

Kak Long sekarang pun dah selalu sangat outstation...Korang yang berkawan dengan Kak Long di FB atau IG mesti tahu perjalanan kerja Kak Long...Kadang kadang tu dalam seminggu cuma 2 hari jer ada kat pejabat...Di Negeri Johor ni aktif sangat dengan program...Masa nak berehat pun kadang kadang tak der sampai satu tahap hari tu Kak Long dah rasa letih sangat...Terus demam dan kena asthma attack...Huhuhu...

Meh Kak Long share beberapa peristiwa penting sepanjang tahun nie yang banyak memberi pengalaman kerja kepada Kak Long...


 Waktu ni Kak Long menguruskan Majlis Jasamu Di Kenang untuk Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP...En Mohd Naser bin Harun nie pernah jadi bos Kak Long...Bos yang agak sempoi juga dia nie...Tapi korang jangan buat pasal dengan dia...Sebulan pun lum tentu lagi dia dapat lupa kalau korang buat pasal dengan dia...Hihihi...


 Lawatan Kerja YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ke Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Koperasi Permodalan Nusajaya Berhad...Kerjasama bersama PPK Johor Bahru Selatan dan Jabatan Perikanan Negeri Johor...


Lawatan Kerja Pengarah LPP Johor ke Projek Ternakan Udang PPK Mersing

 Karnival Muafakat Tani Dun Johor Lama di Kota Tinggi...

 Yang nie mengeteh selepas habis Mesyuarat AJK KSK LPP Johor...


 Program Qurban Perdana LPP di Labu, Negeri Sembilan


 Bersama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Pavillion Negeri Johor sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 di MAEPS, Serdang.

 Dengan Yabang Khalifah sewaktu HPPNK 2017

 Antara kesayangan Kak Long di pejabat LPP Johor...Kalau diorang tak der boleh stress juga...Hahahah...


 Mengalahkan budak budak...Over acting sat time nie...

 Dengan KSU...Dia agak serius tau...Tapi boleh ler kalau nak borak borak...Hihihi...Time ni program di Projek Tanaman Jagung Bijian di ZPM Chemplak, Labis...

 Wajib posing dengan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani...Mohon jangan kecam...Banyak perubahan dalam sektor pertanian bila Dato' Sri jadi Menteri PErtanian dan Industri Asas Tani...

 Time ni kat Ekspo Johor Berkemajuan...Merah menyala baju Kak Long...Hihihi...

Sebenarnya banyak lagi program yang Kak Long uruskan tahun nie...Tapi tak dapat ler nak masukkan semua...Kang muak plak korang tengok gambar Kak Long...

Okay lah...Next time Kak Long tepek gambar dan update blog lagi ya...Bye...

Khabar Berita Yang Jauh

 Assalamualaikum semua... Lama sungguh tak bersiaran di channel yang satu ni... Dah berabuk sungguh... Allahuakbar... Apa khabar semuanya? M...