November 7, 2017

Makin Rabun

Assalamualaikum 

Hi korang...Apa khabar? Hari ni Kak Long baru naik kerja setelah 5 hari tak bekerja...Khamis lepas Kak Long gi meeting kat Tangkak...Then cuti weekend Jumaat dan Sabtu...Alhamdulillah JDT menang Piala Malaysia dan kami dapat cuti free pada hari Ahad...Semalam Kak Long tambah cuti sendiri lagi sehari sebab anak anak tak ada yang jaga...Pengasuh Kak Long minta cuti sebab nak pergi konvokesyen anak dia...

So sempena cuti weekend hari tu dan kitorang pun tak pergi mana mana minggu ni...Kak Long sekeluarga ke Aeon Bukit Indah...Memang Kak Long cuti memasak hari sabtu lepas...Sampai jer kat Aeon Bukit Indah terus gie makan kat Johnnys...Anak anak memang suka makan kat Johnnys tu...Lepas jer makan Kak Long cakap nak gi kedai cermin mata...So terus ler mencari kedai cermin mata yang okay dengan tujuan nak check mata Kak Long nie...


Tauke pun nak bergaya dengan Kekaboo Aleeyaa...Hihihihihi...

Kak Long dapat rasa macam makin rabun mata Kak Long nie...Ya...Memang betul sangkaan Kak Long...Kalau dulu power sebelah kanan cuma 200 dan kiri 175...Sekarang nie belah kanan dah 300 dan kiri pun 300 juga...Huhuhuhuhu...Ngeri Kak Long dengar wei waktu budak kedai tu terangkan...Budak tu pun terkejut sebab last time Kak Long buat spec pada hari raya 2 tahun lepas...Hurmmm...Kak Long minta budak tu cek sekali lagi...Kali nie guna yang cara yang lama...

So buat pemeriksaan kali kedua dan keputusannya 250 sebelah kanan dan 250 sebelah kiri...Kak Long decide untuk buat cermin mata yang baru sebab selagi Kak Long tak buat yang baru Kak Long rasa tak best...Pandangan mata tu rasa tak puas...Terbatas sangat sebab tak clear...Yang rabun faham kut apa yang Kak Long cuba sampaikan nie...


Insyaallah cermin mata yang baru akan siap dalam masa 10 hari...So selama 10 hari ni Kak Long gunakan la cermin mata yang lama...Tak sabar nak menantikan cermin mata baru tu siap sebenarnya...Macam lama sangat la 10 hari tu...Huhuhuhu...

November 1, 2017

Selamat Pengantin Baru Finaz & Hafiq

Assalamualaikum 

Entry ni entry tertunggak sebenarnya...Kak Long dah lama sangat nak upload tapi disebabkan kesibukan yang melampau memang tak teringat langsung nak buat entry ni...Hari nie Kak Long usahakan juga supaya entry ni dapat disiapkan dan Kak Long berjaya publish di blog...Hihihihi...

Adik pompuan bongsu Kak Long dah pun mendirikan rumahtangga dengan insan pilihan hati dia sendiri...Adik Kak Long nie berkawan dengan husband dia sejak dari sekolah menengah lagi...Hurmmm...Cuma diorang serius bila tengah belajar kat U rasanya...

Majlis pernikahan Finaz dan Hafiq di adakan di surau berdekatan rumah kitorang...Majlis yang simple sahaja...Cuma dihadiri oleh keluarga kami dan Hafiq...Kawan kawan pengantin pun beberapa orang jer yang datang...Syukur alhamdulillah majlis pernikahan selamat dilaksanakan selepas solat Asar pada 22 September 2017...

 Officially husband and wife

 Pengantin lama

  On da way nak ke surau



 Ni waktu hari majlis...Pengantin Baru bergabung dengan Pengantin Lama...Pak Hamzah dapat menantu orang Negeri Sembilan lagi...Hihihihi...Ada la kawan Abang Long nak borak Negeri Sembilan...

Kak Long doakan adik Kak Long ni bahagia bersama pilihan hati dia...Dah kawen ni dah tak macam time single lagi dah...Kena banyak berubah...Kena banyak tolak ansur...Semoga cepat cepat dapat baby yer dik...Leh tambah ahli keluarga kita nanti...

October 29, 2017

Kekaboo Mirabelle

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Kak Long dah mula melangkah ke satu lagi cabang bisnes online yang baru...Korang mesti dah pernah dengar tudung bawal jenama Kekaboo Mirabelle kan...Erm...Mula mula Kak Long cuma berminat nak pakai jer tudung nie sebab design yang ada memang cantik cantik...Dan salah satu sebab utama Kak Long suka Kekaboo Mirabelle ni tudung ni tak licin...Memang best...Senang nak bentuk...

Bila dah pakai...Kawan kawan pejabat dan di kawasan perumahan Kak Long berkenan juga nak membeli...So Kak Long keluarkan la modal sket untuk mulakan bisnes nie...Syukur sangat sangat mendapat sambutan juga bisnes ni...

Ni Kak Long share design yang mendapat sambutan...










 Semua yang kat atas ni berharga RM25.00 sehelai...

Korang kalau ada yang berkenan nak membeli tudung Kekaboo Mirabelle ni boleh la contact Kak Long ya...

October 15, 2017

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Situasi kerja yang agak mencabar sejak kebelakangan ini banyak mematangkan  Kak Long...Pahit manis suka duka semuanya berjaya Kak Long tempoh...Kak Long bertuah sangat sebab ramai insan baik yang hadir di sekeliling Kak Long...Yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan kerja kerja...

Entry hari ni Kak Long buat khas untuk ucapkan terima kasih banyak banyak untuk insan insan yang banyak memberi sokongan kepada Kak Long terutamanya dalam urusan kerja Kak Long nie...

 Suami adalah kekuatan utama Kak Long hadapi semua cabaran...Dia la yang banyak bagi dorongan dan kekuatan bila kala Kak Long rasa nak rebah...Bila kala Kak Long stress sangat...Tak der satu benda pun yang Kak Long sembunyikan pada dia terutama sekali pasal hal kerja...Dia juga yang banyak membantu bila Kak Long kena outstation...Dia yang uruskan makan minum dan pakaian anak anak bila Kak Long tak ada kat rumah...Terima kasih abang sebab banyak berkorban...


 Kawan kawan yang ada di pejabat pun banyak membantu Kak Long...Sedikit sebanyak tempias ada juga terkena kat diorang ni bila Kak Long stress...Bila rasa nak menangis je mesti ada salah sorang yang akan jadi mangsa Kak Long...Huhuhuhu...Bertabahlah korang yer dapat kawan yang hati basah macam Kak Long nie...Kak Long sayang korang...Muahhhssss...


 Setiap kali ada program kat pejabat...Dah macam gathering dengan BFF...Mesti ada jer isu yang nak dibincangkan dan diluahkan...Thanx Lee, Pro & Ezmad...Opsss Ezmad x der dalam gambar nie...Sorry bro...Ko tak datang kan time nie...


Agak agak stress dah terlebih...Kita plan for vacation...So complete 4 family tahun nie...Tq korang sebab banyak bagi sokongan moral juga pada Kak Long...Time vacation macam ni la boleh release semua masalah yang ada...


 Walaupun ada masanya kami tak sependapat, mereka sentiasa ada bila Kak Long nak meluahkan masalah...Thanx a lot Haji Samsudin n Kak Jue...


Tuan Haji Ramli pun baik juga dengan Kak Long...Macam tu juga Nor...Selalu jer dapat detect bila Kak Long ada masalah...Tq korang...

Ada masanya kita perlukan insan insan di sekeliling kita untuk meluahkan rasa...Kita bukannya perfect...Ada kekurangan dan ada kelebihan...Bila kita tak betul kita boleh rujuk dengan diorang...Mungkin ada di antara diorang yang boleh tunjukkan jalan...

Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan mereka ini disekelilingku...Semoga kau berkatilah kehidupan mereka...Terima kasih...

October 11, 2017

Kerja

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Rasa seronok sangat berpeluang juga Kak Long nak update blog hari nie...Hihihihi...Korang jangan ler lupakan Kak Long walaupun tahun  ni cuma ada beberapa jer entry yang muncul kat blog Kak Long ni...

Tahun nie tahun kedua Kak Long bekerja dengan boss baru...Hurmmm...Nak cakap macam mana ya...Kerja dengan boss baru nie agak mencabar juga...Banyak kali juga la terdera emosi bila waktu bekerja...Tapi semakin hari semakin lali dengan keadaan nie...Sampai ke satu tahap Kak Long dah redha...Nak argue macam mana pun dah tak boleh...Jadi kita buat jer la kerja kita...

Kak Long sekarang pun dah selalu sangat outstation...Korang yang berkawan dengan Kak Long di FB atau IG mesti tahu perjalanan kerja Kak Long...Kadang kadang tu dalam seminggu cuma 2 hari jer ada kat pejabat...Di Negeri Johor ni aktif sangat dengan program...Masa nak berehat pun kadang kadang tak der sampai satu tahap hari tu Kak Long dah rasa letih sangat...Terus demam dan kena asthma attack...Huhuhu...

Meh Kak Long share beberapa peristiwa penting sepanjang tahun nie yang banyak memberi pengalaman kerja kepada Kak Long...


 Waktu ni Kak Long menguruskan Majlis Jasamu Di Kenang untuk Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP...En Mohd Naser bin Harun nie pernah jadi bos Kak Long...Bos yang agak sempoi juga dia nie...Tapi korang jangan buat pasal dengan dia...Sebulan pun lum tentu lagi dia dapat lupa kalau korang buat pasal dengan dia...Hihihi...


 Lawatan Kerja YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ke Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Koperasi Permodalan Nusajaya Berhad...Kerjasama bersama PPK Johor Bahru Selatan dan Jabatan Perikanan Negeri Johor...


Lawatan Kerja Pengarah LPP Johor ke Projek Ternakan Udang PPK Mersing

 Karnival Muafakat Tani Dun Johor Lama di Kota Tinggi...

 Yang nie mengeteh selepas habis Mesyuarat AJK KSK LPP Johor...


 Program Qurban Perdana LPP di Labu, Negeri Sembilan


 Bersama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Pavillion Negeri Johor sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 di MAEPS, Serdang.

 Dengan Yabang Khalifah sewaktu HPPNK 2017

 Antara kesayangan Kak Long di pejabat LPP Johor...Kalau diorang tak der boleh stress juga...Hahahah...


 Mengalahkan budak budak...Over acting sat time nie...

 Dengan KSU...Dia agak serius tau...Tapi boleh ler kalau nak borak borak...Hihihi...Time ni program di Projek Tanaman Jagung Bijian di ZPM Chemplak, Labis...

 Wajib posing dengan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani...Mohon jangan kecam...Banyak perubahan dalam sektor pertanian bila Dato' Sri jadi Menteri PErtanian dan Industri Asas Tani...

 Time ni kat Ekspo Johor Berkemajuan...Merah menyala baju Kak Long...Hihihi...

Sebenarnya banyak lagi program yang Kak Long uruskan tahun nie...Tapi tak dapat ler nak masukkan semua...Kang muak plak korang tengok gambar Kak Long...

Okay lah...Next time Kak Long tepek gambar dan update blog lagi ya...Bye...

July 17, 2017

Rindu Blog Ni

Assalamualaikum 

Owhhhh rindunya...Rindu sungguh...Dah lama sangat ni tak balik ke blog ni...Berbulan lamanya tinggalkan minat yang satu nie...Huhuhuhu...Last entry bulan Mac tempoh hari...Ni dah menjejak bulan Julai...4 bulan Kak Long tinggalkan blog nie...

Maaf la pada semua pembaca setia blog...Itupun kalau ada lagi...Hihihihi...4 bulan Kak Long tinggalkan blog ni tanpa khabar berita...Masih ada lagi ke yang mengikuti perkembangan blog nie sepanjang tempoh 4 bulan nie...Jangan veranggggan sangat yer Kak Long...Kalau ada pun pastinya mereka tu yang loyal...Yang tak pernah jemu membaca dan berkawan dengan Kak Long...

Di kesempatan yang ada nie Kak Long nak amek kesempatan ucapkan Salam Aidilfitri buat semua...Memang dah terlewat sangat...Dah 23 Syawal pun hari nie...Moga korang semua maafkan silap dan salah Kak Long sekiranya ada ya...

Meh Kak Long tepek beberapa keping gambar untuk tatapan semua...Sila jangan kecam sebab Kak Long dah berisi sket sekarang nie...Berat badan tak mau turun turun ler...Statik jer kat angka 63kg...Huhuhuhu...Nampak gayanya lepas habis jer Syawal ni, kena start jogging dan bersukan semula...Misi nak capai 60kg harus dicapai sebelum bulan 9 nie...Boleh ke? 


Di pagi Syawal...Tahun ni Kak Long beraya di N9..


 Dapat pun bergambar 1 family...Time nie kat rumah acik Anor di Batu Kikir...

 Dengan puteri-puteri kesayangan Kak Long


Raya Ke3 baru balik ke Rawang...Sebelum gie beraya di Hulu Langat, kita posing dulu...


Ni mak angkat Kak Long...Dulu time kecik mak la yang jaga Kak Long...Sampai dah beranak pinak ni masih utuh lagi kasih sayang kami...Insyaallah hingga ke akhir hayat...


Raya keempat Kak Long sekeluarga ke Batu Gajah, Perak...Beraya di rumah Acik Rahim...


Ni Atuk Kak Long...Atuk kesayanganku...Syukur alhamdulillah walaupun atuk dah pelupa...Dah tak ingat dah saper kami, Atuk masih lagi sihat...Boleh berjalan, boleh makan sendiri...Sekarang nie Atuk stay dengan Ibu dan Ayah Kak Long di Rawang...


Keluarga BFF...Dah makin besar keluarga kami...Ni masa Kak Long dan Abang Long buat majlis makan makan kat rumah...Syukur alhamdulillah dapat berkumpul ramai ramai macam nie...


Ni kawan baik Kak Long kat pejabat...Diorang banyak bantu Kak Long sewaktu kat pejabat...Terima kasih sudi datang beraya...


En Saleh dan Kak Nor pun sudi berkunjung ke rumah kami...Terima kasih banyak banyak...Insyaallah akan membalas kunjungan ke Pagoh...


Ni sahabat masa zaman remaja...Sharina dan sepupu Kak Long - Gling...Time belasan tahun dulu dengan diorang nie la Kak Long berjimba...Hihihi...


Yang ni time majlis Jamuan Raya LPP Johor semalam...Dari single mingle sekarang dah berkeluarga...Dah beranak pinak...Hihihihi...Ezmad jer yang tak der dalam ni...

Okaylah...Korang doakan Kak Long rajin rajin update ya...Tunggu Kak Long di next entry ya...Bye...

March 19, 2017

Jom Sihat Dengan Shaklee

Assalamualaikum 

Lama sungguh tak mempromosikan Shaklee di laman blog Kak Long ni...Walaupun dah lama tak promo bukan bermakna Kak Long dah quit buat Shaklee ya...Syukur alhamdulillah Kak Long masih lagi aktif dengan Shaklee dan kebanyakan order sekarang nie semuanya dari offline customer...

Bulan Mac ni promosi Lecithin  Buy 1 Free 1...So yang mana dah amalkan Lecithin comfirm tak nak lepaskan peluang dengan membeli Lecithin di waktu promo sebegini kan...Untuk yang belum maklum lagi tentang kehebatan Lecithin ni Kak Long nak share dengan korang kebaikan Lecithin ni...


Jangan lengah lagi ya...Cepat cepat order Lecithin ni dari Kak Long...Harga sebotol Lecithin ni cuma RM55.00...Mengandungi 180 capsules...Jom bantu diri anda untuk terus sihat bersama Shaklee...

February 6, 2017

Assalamualaikum


Lamanya tak bersua kan..Ada yang rindu ke dengan Kak Long?  Seperti biasa Kak Long masih lagi dibelenggu kesibukan yang agak melampau...Tak sempat nak mencoret langsung di blog kesayangan Kak Long nie...Sadis sungguh kan...

Ni dah masuk bulan Februari...Masa memang cepat betul berlalu...Sepanjang bulan Januari yang lepas Kak Long sibuk uruskan persekolahan anak anak...Qistina yang sulung dah pun darjah 4, tahun ni...Qaleesya pula teruskan persekolahan di tadika yang sama tahun lepas...Zahra dan Amani masih lagi dengan pengasuh yang lama...Kak Long dan Mr Hubby ada terfikir juga nak hantar Zahra ke tadika tapi tunggu tahun depan la...Tunggu dia 5 tahun...

Disebabkan cuba untuk menjadi mama yang terbaik untuk anak anak...Kak Long sejak Qistina start sekolah tahun nie bekalkan dia makanan setiap hari ke sekolah...Sepanjang hari persekolahan Kak Long akan bangun seawal jam 5.00 pagi untuk prepare makanan...




Antara bekal yang sempat Kak Long buatkan untuk anak anak...

Syukur alhamdulillah, kami suami isteri manage to buy new car untuk kegunaan bersama Januari lepas...Kereta dari jenama kebanggaan Mr Hubby...Target kitorang nak beli Nissan Xtrail atau Mazda CX9...Tapi bila dicongak congak...Masih belum mampu untuk bayar sampai seribu lebih setiap bulan...Syukur alhamdulillah last week dah pun keluar Honda BRV yang Mr Hubby usha since last year lagi...Amek plat number Putrajaya...Dan masih mengekalkan nombor yang sama dengan kete lama...8348...

Bulan lepas juga Kak Long dah register untuk ambil peperiksaan PSL Gred N41...Permohonan cuti belajar bergaji penuh yang Kak Long apply di jabatan tidak diluluskan tahun nie,,,Jadinya Kak Long terus beralih ke cara lain pula...Apply exam ni time awal Januari yang lepas...Insyaallah akan exam pada awal bulan Mac 2017...I have a month jer nak buat preparation...

So masa yang ada memang agak terhad dengan semua yang perlu dibuat sekarang nie...Wish me luck ya korang...Memang bukan senang nak lulus exam tu...So kena struggle print out semua notes dan cari segala buku buku rujukan...Really hope boleh lulus exam ni dengan cemerlang...Hihihihi...Tinggi sungguh angan angan ku ini...

Okey...Meh belanja pic tuan punya blog...Jumpa lagi next entry ya...


Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...