July 16, 2010

Doakan Yang Terbaik Untuk LyAfrina

Salam Jumaat untuk semua kawan2 blogger...Entry Lynn agak ketinggalan sket berbanding dengan kawan2 lain yang mengenali LyAfrina...Huhuhuhu...Ptg semalam Lynn busy sket sebab Mr. Boss brada di pejabat...Jadi x leh la nak update entry sangat...Tapi Lynn akan update juga entry tentang kawan blogger Lynn yang bernama LyAfrina nie...Walaupun kami hanya kenal di alam maya tapi Lynn rasa macam dah kenal lama dengan LyAfrina nie...


Untuk pengetahuan korang semua LyAfrina @ Lya nie berada di ICU Kemaman disebabkan sakit jantung yang beliau alami dan sejak dimasukkan ke ICU Kemaman nie Lya dah beberapa kali diserang sawan...Huhuhu...Sedih Lynn bila tengok keadaan Lya daripada gambar yang ada kat blog Ain...Dan yang paling menyedihkan Lynn apabila mengenangkan anak perempuan Lya yang bernama Asya tu...

Memang pucat lesi muka Lya waktu diorang amek gambar nie...Kalau la Lynn dekat dengan Kemaman tu dah tentu Lynn akan cari juga masa untuk melawat Lya di hospital...

Daripada blog Ain juga, kawan2 rapat Lya di alam maya telah melancarkan Tabung Kami Bersamamu Lya...Tujuan tabung ini dilancarkan adalah untuk mengumpulkan sumbangan untuk disalurkan kepada Lya bagi beliau menjalankan rawatan selanjutnya untuk penyakit yang dialaminya...Mudah-mudahan dengan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu Lya...


Untuk mereka di luar sana yang ingin membantu bolehlah menghulurkan sumbangan tersebut ke akaun MAYBANK - Alyani binti Amran (155014985526)...Sumbangan ikhlas anda semua adalah sangat dihargai dan semoga ALLAH memberkati segala apa yang anda semua lakukan...Lynn sekeluarga akan setiasa mendoakan agar Lya cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa...Rasa sayu sangat bila tengok keadaan Lya seperti ini...Moga cepat sembuh Lya...

12 comments:

myQza said...

Semoga kamu cepat sembuh Lya.
kawan2 doakan untuk kamu!

SJB aka SUELYN J-B. said...

Semoga kamu cepat sembuh Lya :(.

☆ lieya latif ☆ said...

berat mate memandang, berat lagi bahu yg memikul kan kak lynn....moga2 lya cepat sembuh dan sihat sediakala....

kella said...

ramai kawan2 doakan lya..

lya memang baik orangnya..

semoga dia cepat sembuh..

mysha said...

baIk sunGGuh haTI akak.. eRM seMoGa kAWan aKak cePAt sembuH.. seDEy tGk dia terlANtar tu..

LyNn HaMzAh said...

si Tedi : semoga Lya cepat sembuh dgn berkat doa dri kawan2...insyaallah...

LyNn HaMzAh said...

SJB : tq kak kerana bersama mendoakan...

LyNn HaMzAh said...

lieya latif : huhuhu...betul tu lieya...hanya Lya sahaja yang tahu betapa beratnya menanggung kesakitan tu...semoga Lya tabah hadapi semua nie...

LyNn HaMzAh said...

kella : betul tu kella...moga Lya kuat dan sembuh cepat...Lya memang kawan dan ibu yang baik...

LyNn HaMzAh said...

mysha : Lya tu kawan yang baik dik...walaupun kenal di alam maya tapi dia memang friendly...

suzieapai said...

tumpang simpati...terima kasih di atas khabar berita & no acc yg diberikan..sama2 la kita mbantu...

***sila jwb tag & amik pic kt blog akak......

LyNn HaMzAh said...

SuZiE Apai : betul2...sama2 la kita membantu...

jawab tag & amek pic...okey2...nanti lynn gie yer...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...