July 26, 2010

Pengantin Baru

Salam petang buat kawan2 blogger semua...Semalam Lynn ada 2 kenduri kawen yang Lynn, Mr. Hubby & Qistina dijemput attend...Satu di Felcra Lakai, Jelebu, Negeri 9 (Kampung Mr. Hubby) dan satu lagi di Taman Perling, Johor Bahru...Untuk pengetahuan korang semua, kitorang balik ke Negeri 9 Jumaat lepas...Jadi memang x der masalah apa la kalau nak pergi kenduri kat kampung Mr. Hubby tu sebab dah ada kat sana...Kalau tak pergi memang arr melampau sungguh...Baik jadi macam katak...Duk jer la bawah tempurung...Jangan bercampur dengan orang kampung...

Jadi seawal jam 11.00 pagi kitorang dah bersiap-siap untuk pergi ke kenduri tu...Tak ker awal giler tu...Tapi majlis kenduri kawen kat Negeri 9 nie memang start awal dan habis pun awal...Kebiasaannyer pukul 3.00 petang khemah semua dah dibuka tau...Jadi jangan perasan la kalau korang pergi jam 3.00 petang tu masih sempat lagi nak makan-makan...Huhuhuhu...Disebabkan nak berkejar ke majlis lagi satu Lynn sampai terlupa nak bawa camera tau...Sabar jer la...

Pengantin nie merupakan kawan satu sekolah Mr. Hubby...Dan untuk pengetahuan korang ini merupakan perkahwinan kali kedua buat pengantin...Dia merupakan Duda anak 2 yer...Baru jer 29 tahun...Tak pasti plak nama pengantin apa tapi Mr. Hubby duk panggil dia Along Zul...Lynn tak kenal sangat pun dengan Along Zul nie...Tapi Mr. Hubby selalu gak sebut2 nama dia...Perkahwinan kali ke2 nie jodoh dia dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak...Sama padan jer diorang nie...Lynn doakan perkahwinan diorang nie kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa bahagia...Insyaallah...

Lepas jer makan kat kenduri tu kitorang pun bergegas hantar Mak & Aqila balik ke rumah dan teruskan la perjalanan balik ke Johor Bahru...Kitorang gerak dari rumah mak jam 1.00 petang dan nak tahu kitorang sampai ke Tol Skudai kul brp? Huhuhuhu...Jam 4.30 petang tau...Giler betul la...Tak sangka betul leh sampai secepat itu...Silap hari bulan boleh sangkut 1 speed trap kat hway...Huhuhuhu...Semua nie disebabkan nak mengejarkan satu lagi wedding di Taman Perling...

Wedding di Taman Perling nie atas jemputan daripada Pengantin Perempuan yang bermana Thalha yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati yang bernama Hazlin...Thalha nie merupakan kawan blogger yang Lynn kenal sejak tahun lepas...Memang friendly Thalha nie dan Lynn rasa seronok sebab dapat jumpa face to face dengan dia...Kami tiba di rumah Thalha tepat jam 4.59 petang...Nasib baik arr jemputan kat Johor ni sampai pukul 5.00 petang...Kebetulan waktu kami sampai ada juga jemputan yang baru sampai...Tak la segan sangat...Dan kitorang pun duk la satu meja sama dengan jemputan yang tiba sama dengan kami...

Waktu tu pengantin baru tengah sibuk amek gambar dengan saudara mara dan sesudah jer makan kitorang pun bersalaman la dengan pengantin dan amek gambar...Hahahaha...Gambar dengan pengantin pun kitorang x amek sebab pengantin dah suruh cameraman dia amek gambar...Jadi yang Lynn dapat amek gambar pose diorang ber2 jer...Apa la masalah dengan Lynn semalam pun Lynn tak tahu la...Huhuhuh...Nanti Lynn kena minta dengan Thalha bila dia dah start kerja...


Lynn dan keluarga mendoakan agar Thalha & Hazlin bahagia sentiasa dan kekal hingga ke akhir hayat...Kami juga doakan agar mereka berdua dikurniakan anak-anak yang comel belaka...Selamat Pengantin Baru...Okey...Itu sahaja entry petang nie...Kalau ada masa terluang Lynn akan update lagi sebab ada lagi citer pasal weekend yang Lynn nak share dengan korang...Jumpa next entry yer...Adios...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...