July 28, 2010

Mana Nak Cari Nie?

Salam petang untuk kawan2 blogger semua...
Erm, Lynn masih lagi pening kepala sebab tak dapat rehat yang cukup tengahari tadi...
Niat memang arr nak berehat tapi memikirkan tentang Qistina, Lynn gagahkan juga diri nie mencari sesuatu...
Huhuhu...
Sejak Isnin lepas Lynn dan Mr. Hubby tercari2 benda nie...
Dah banyak kedai yang biasa kitorang dah kehabisan benda nie...
Tak tahu la apesal diorang boleh kehabisan sampai macam nie sekali...
Tak reti2 agaknya nak pesan stok...
Rasa macam nak offer jer diri kat takue tu untuk tolong orderkan stok...
Mesti korang tertanya2 apa la benda yang Lynn & Mr. Hubby susah nak cari tu kan...
Haaa...
Sebenarnya kitorang duk sibuk mencari benda nie...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Untuk pengetahuan korang...
Qistina mula2 minum susu formula S26 Gold...
Step 1 untuk bayi berumur 0 - 6 bulan...
Tak la selalu sangat beli sebab diselang selikan dengan susu cap gantung...
Hehehehe...

Then kitorang continue bagi Qistina minum susu Promil Gold...
Step 2 dan yang nie untuk bayi berusia 6 - 12 bulan...
Waktu nie Qistina dah fully minum susu formula...
Lynn x dapat menyusukan dia lama sebab susu kurang...
Erm, rasa macam rugi jer sebab sekarang nie Lynn tengok ramai kawan2 yang menyusukan anak diorang sehingga usia 2 tahun...
Jimat pun jimat sebab tak payah nak berhabis duit nak beli susu fomula...
Betul tak...

Start usia Qistina 1 tahun kitorang tukarkan susu dia ke Step 3...
Susu Progress Gold...
Untuk yang berusia 1 - 3 tahun...
Tak der masalah sangat nak cari susu nie sebab kat kedai ubat, Carrefour pun ada jual...
Cuma bila kitorang balik ke Negeri 9 ada payah sket la sebab kat sana susah sket nak cari susu nie...
Ada sekali kitorang gie satu kedai, tauke tu cakap ini susu anak Dato' minum la...
Tak ada jual dekat kampung-kampung...
Huhuhuhu...
Sabar jer la...

Julai lepas usia Qistina dah berganjak ke 3 tahun...
Jadi tiba la masa untuk tukar susu lagi...
Kali nie bertukar plak ke Step 4...
Step yang last sekali untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 7 tahun...
Tapi sejak bertukar susu nie...
Kitorang suami isteri menghadapi masalah yang sungguh rumit...
Kedai2 yang biasa jual susu daripada WYETH nie asyik kehabisan stok jer...
Aduhai...
Kebetulan stok susu Qistina dah nak habis...
Jadi Isnin lepas Lynn pergi ke satu kedai sensei (ubat cina) yang ada jual susu nie tapi susu tu dah habis stok...
Macam pelik jer sebab last week kitorang pergi beli 2 kotak susu tu...

Hari nie Lynn sanggup berjalan kaki ke Carrefour...
Tengok tu jalan kaki tau...
Tapi tak ler jauh sangat...
150 meter jer dari pejabat Lynn...
Exercise sket...
Niat semata-mata nak gie cari susu Promise Gold nie...
Tapi tak juga dijual kat Carrefour tu...
Yang ada cuma S26 Gold, Promil Gold & Progress Gold...
Aduhai...
Apesal la susah sangat yer nak dapatkan stok susu nie?

Petang nie lepas balik kerja Lynn & Mr. Hubby kena juga cari susu Promise Gold nie untuk Qistina...
Kitorang dah pernah cuba untuk tukarkan susu lain...
Tapi Qistina tak nak minum...
Dia rasa lain mcam jer terus dia tak nak minum...
Jadi tak kan la nak membazir kan...
Lynn & Mr. Hubby hope sangat dapat carikan stok susu tu hari nie...
Kalau tak kesian la kat anak dara kitorang nie...


Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...