July 5, 2010

Monday Blues?

Salam ceria untuk korang semua...

Selalunyer ramai yang datang kerja hari Isnin nie dengan mood Monday Blues...Tak der semangat nak kerja sebab dah rasa syok sangat stay kat rumah last weekend...Betul tak?  Rata2 blogger dan kawan2 Facebook Lynn pun dilanda Monday Blues hari nie...Huhuhuhu...Kesian betul...

Syukur Alhamdulillah sebab hari nie Lynn tak pula mengalami Monday Blues nie...Nak tahu kenapa? Sebenarnyer rutin harian Lynn pagi nie dah bermula seawal jam 4.30 pagi yer...Owh yer...Lynn bangun pagi bukanlah disebabkan nak tengok World Cup tu...Tujuan bangun seawal jam 4.30 pagi nie sebab nak bersahur yer kawan2...Yup...Saya baru sahaja memulakan Puasa Ganti saya untuk hari2 yang telah saya ponteng sewaktu Ramadhan yang lepas...

Mungkin ada kawan2 yang mengatakan Lynn agak terlewat untuk berpuasa ganti...Memang betul tu...Sebenarnya Lynn memang nak berpuasa ganti di Bulan Rejab...Mengikut kalendar Islam hari nie merupakan hari ke22 untuk Bulan Rejab...Dah nak sampai penghujungnya...Syukur Alhamdulillah, Lynn berpeluang untuk berpuasa di bulan Rejab walaupun tinggal beberapa hari sahaja Bulan Syaaban akan muncul...

Kesempatan yang ada nie Lynn nak berkongsi dengan korang semua kelebihan Bulan Rejab nie...Melalui sumber2 yang dipercayai yang Lynn cari dari Google antara Fadhilat Bulan Rejab adalah seperti berikut:

Rasulullah S.A.W bersabda:
  • Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga...
  • Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)...
  • Puasa 3 hari dalam bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)...
  • Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat...
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur...
  • Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya...
  • Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka...
  • Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga...
  • Puasa 9 hari dalam bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga...
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat...
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu...
  • Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun...
  • Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah ALLAH di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi ALLAH di dalam Syurga...
  • Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam...
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.  Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)...
  • Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipelihara ALLAH umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat...
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya...
  • Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kuranya sebuku roti...
  • Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan ALLAH kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus...
  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan ALLAH) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada ALLAH S.W.T...
Sesungguhnya kejayaan kita dunia dan akhirat bergantung sejauh mana kita dapat mentaati perintah ALLAH S.W.T dan mengikuti jejak langkah yang ditunjuk oleh Baginda Rasulullah S.A.W...

Insyaallah Lynn akan berpuasa sehingga hari Khamis nie dan sambung semula berpuasa ganti minggu hadapan Isnin hingga Khamis juga...Korang doakan Lynn berjaya menghabiskan hutang2 puasa Lynn yer...Lynn juga berharap dengan berpuasa beberapa hari nie dapat mengurangkan berat badan Lynn yang dah agak terlampau nie yer...Hehehehe...Sampai sini saja...Jumpa lagi nanti...Adios...

13 comments:

afsal_8281 said...

salam ziarah lyn...
PA johor kan... wah mana dpt jejak ke blog ni?? hehehe
neway thanks ye sudi jengah ke laman sal...

suhaisweet said...

Bagus info ni..thanx 4 sharing..really!..Not Bad..My Hot topic 4 the day.. Hot!

LyNn HaMzAh said...

afsal_8281 : yup PA Johor...biasalah zaman cyber kan...boleh cari...hehehe...

LyNn HaMzAh said...

suhaisweet : sharing is caring...hehehe...

puanstoberi said...

Alamak aii Lyn..kita pun tak ganti puasa lagi ni. Lagi 5 ari je..tp bercinta sungguh la. Awat lah pemaleh sungguh nya la diri ini :P

Hidayati Farhan said...

gudlak kak lynn. hari ni yaty pose, letihnyaa cuaca panas kot

☆ lieya latif ☆ said...

bagus kak lynn...takpe kak, hujung2 bulan rejab pun yg penting akak puase gak.....semoga akak semangat tuk abiskan puase ganti .....

LyNn HaMzAh said...

PUANSTOBERI : ishhh...jangan la malas2...jom kita ganti puasa sama2 jom...pertengahan ogos nie dah masuk Ramadhan...still sempat lagi nak ganti 5 hari tu...

LyNn HaMzAh said...

poyaty : erm, yaty pun puasa juga yer...baguslah...cuaca skrg tak menentu...sekejap hujan sekejap panas...betul x?

LyNn HaMzAh said...

lieya latif : puasa bulan rejab nie memang seronok lieya...sebab dah nak dekat ramadhan...jadi nanti bila masuk jer ramadhan tak ler terasa letih sangat...hari nie kak lynn puasa lagi...

kella said...

info yang sangat bagus!

kak lynn.. suka la ngan header itu! sangat lawa.. :)

LyNn HaMzAh said...

kella : tq yer...header baru tu...

mama affan said...

oh, ryna ada lagi 4 hari..
terlupa pulak..hehe..

jom kita sama2..

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...