June 23, 2009

Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota MOA Tahun 2009

Program nie berlangsung pada 17 - 22 June 2009 di Uniten, Bangi...Last Saturday 20th June 2009 aku dah boleh menarik nafas lega sebab program nie dah pun berakhir...Tapi just untuk game netball jer...Group LPP just menang 2 game daripada 5 game...Huh...Performance yang tak dijangka...Kami pengurus pasukan (KSK LPP Johor, aku n Haji Ramli @ HR) memang target at least group kami nie dapat jejak kaki ke Semi Finals tapi entahlah...


Aku bukan la nak mengungkit tapi just nak meluahkan rasa hati jer...Start 1st Jun 2009 yang lepas, aku n HR bertungkus lumus menguruskan selection player, centralized training, cari fund untuk biaya semua kelengkapan player, give them support dan macam2 lagi la...Tapi ini jer yang mampu diberikan oleh player untuk kami...Erm, x per la...Nak buat mcm mana...


Result Game Netball LPP untuk tatapan korang semua...


  1. LPP vs Jabatan Perikanan Malaysia = 8/12 (LPP kalah)


  2. LPP vs Jabatan Pertanian Malaysia = 8/18 (LPP kalah lagi)...Jabatan Pertanian memang kuat giler la...Habis semua team dia belasah...Termasuklah LPP...


  3. LPP vs MADA = 8/15 (LPP kalah lagi)


  4. LPP vs Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia = 15/10 (Yeay...LPP menang juga akhirnya)


  5. LPP vs Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia = 23/10 (Yeay...Yeay...Menang lagi)
Tapi untuk pengetahuan semua, sepanjang 3 kali program nie berlangsung nie la first time LPP pernah menang game netball...Kira diorang2 yang jadi player tahun nie terror la jugak...Tahniah buat player2 Netball LPP (Kak Salmi - C, Kak Shidah - GS, Kak Syikin - GA, Juliana - GD, Kak Salisa - GK, Kak Maharani - WA, Zurin - WD, Suhaila, Nor n Nashimah)...Thanks a lot sbb membawa kemenangan untuk 2 game tersebut...


Aku ada amik gambar dgn diorang...Tapi x bnyk la...Just untuk kenangan dengan group tahun 2009 nie...


Dengan player Netball LPP - HR sorang jer lelaki...Hehehe...


Dengan diorang juga...Kali nie HR pakai Spec Hitam dia...

June 22, 2009

::Anak Kesayanganku::

Dah lama x update citer pasal NUR QISTINA FARZANA...Erm, so entry kali nie aku nak citer pasal Qis jer...Skrg nie umur dia dah 1 tahun 11 bulan...3rd July nie genap umur dia 2 tahun...Macam x percaya jer anak kesayangan aku nie dah besar...
Untuk pengetahuan semua:
  1. Qis dah boleh memorize beberapa perkataan yang aku n Ezal eja...Contohnya bila aku eja perkataan a = a y+a+m = yam...then dia akan terus mention ayam...Ada gak words lain yang dia boleh buat macam tu like ATUK, ACU, ADIK, ABANG, PAPA, MAMA dan macam2 lagi...

  2. Qis dah boleh count 1,2,3...Kadang2 bila Ezal sebut 1 dia akan sambung 2...Then bila aku sebut 2 dia akan sebut 3...Macam tu hingga ke nombor 10...

  3. Qis dah pandai posing...Bila aku atau Ezal nak ambil gambar, dia akan posing properly n senyum...Hehehe...Kadang2 kelakar tau tgk keletah dia...

  4. Qis dah pandai nyanyi sikit2...Salah satu lagu yang dia tahu nyanyi like Buai Laju-Laju, Selamat Hari Jadi...Lagu Selamat Hari Jadi tu memang aku n Ezal selalu nyanyi untuk dia...Sebab x lama lagi birthday Qis yang ke2..
Skrg nie aku tengah berusaha untuk memastikan Qis dapat memorize A,B,C dan kalau boleh aku n Ezal nak Qis dapat membaca sebelum umur dia 4 tahun...Harap2 sangat usaha kami ini berhasil...

Ni ada beberapa gambar terbaru Qis...



Waktu nie tengah shopping barang2 player Netball LPP...Lepas gie Wedding Ucu Ai...



Qis with Danish waktu wedding Ucu Ai di Kg. Bakar Batu, Johor Bahru...

Qis with Danish N Pak Su Ajiq...Comey giler diorang nie...Hehehe...

Selamat Bertunang Fakharudin @ Udin & Fara Lisa

Majlis pertunangan Fakharudin @ Udin & Fara Lisa telah berlangsung pada 13 Jun 2009 yang lepas...Saper diorang nie ek? Erm, sebenarnya Udin ni sepupu lelaki aku yang paling ngam dgn aku...Dulu waktu aku stay kat rumah mak dia, rajin gak mamat nie tolong gie hantar aku kat pejabat...Lebih2 lagi bila aku nie tertinggal bas...Hehehe...So, last 13 Jun 2009 dia dah pun selamat bertunang dengan Fara Lisa...Punya la ramai rombongan keluarga kitorang gie meminang si Fara Lisa nie...Rasanya ada dalam 10 biji kereta...Nasib baik la rumah dia x jauh sgt...

Bertuah badan Fara Lisa...Hantaran not bad...RM11,111.11...Kira dalam family kitorang dia la yang dapat paling mahal...Bagi aku x kisah la asalkan Udin tahu nak dapatkan duit hantaran tu macam mana...So diorang nie just bertunang setahun hidup...Maksudnya dalam masa setahun nie kalau duit hantaran dan persediaan semua dah cukup, majlis perkahwinan boleh dilangsungkan bila2 masa jer yang diorang nak...

So bila ada majlis, dah tentu la akan ada gambar...Enjoy la yer dgn gambar2 yang ada nie...Untuk Udin & Fara Lisa, aku doakan korang cepat2 kahwin...Jangan tunggu lama-lama...Hehehe....

With my mom (Pn. Norbi), my 2 sister (Nurul & Inaz), Fara Lisa n my lovely princess (NUR QISTINA FARZANA)

Nak snap gambar bertiga sebenarnya tapi Qaseh x pandang kamera...

Yang nie ok sket dari yg tadi...Itupun mommy Qaseh kena pegang sebab Qaseh x pandai diri tegak lagi...Hehehe...

Selamat Pengantin Baru Zaidi N Wife...

Entry kali nie agak ketinggalan sket...Sebenarnya majlis wedding Zaidi n Wife pada end of Mei yang lepas...Selamat Pengantin Baru n Semoga Bahagia hingga ke anak cucu...Jadi bila ada wedding macam nie sure ada sesi bergambar...Jadi nie ada la beberapa keping gambar yang sempat diambil waktu majlis tu...


Zaidi & His Wife (Sama Cantik Sama Padan)

From Left: Ruey Choon, Lynn, Qistina, Siti & Intan (Kawan2 Sek. Men. Keb. Seri Garing)


Dgn kawan2 sekolah dulu...Dalam gambar nie tinggal Siti jer yang belum kahwin...Semoga cepat dapat jodoh yer kawan...

June 15, 2009

::2 Minggu Yang Terlalu Sibuk::

Sebenarnya tangan nie dah lama dah gatal nak update blog...Tapi entah la sejak 2 minggu kebelakangan nie jadual kerja tersangatlah padat....Baru la aku rasa mcm free sket hari nie dan tanpa membuang masa ini la hasil luahan rasa aku kali nie...

Jadual Kerja Lynn pada 1 - 3 Jun 2009 (Isnin, Selasa & Rabu)

  • 1 Jun 2009 (2.00 petang - 5.00 petang) : Pendaftaran peserta untuk Pemilihan Peserta Bola Jaring Lembaga Pertubuhan Peladang sempena Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota MOA Tahun 2009.

  • 2 Jun 2009 (8.00 pagi - 7.30 malam) : Berkampung kat Perbadanan Stadium Johor, Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus dari pagi hingga la lewat petang. Uruskan pemilihan players yang aku rasa kali ni kalau diorang x datang pun x per...Sebab apa aku cakap macam tu...Sebab yang datang untuk pemilihan nie seramai 23 orang...Awal2 pemilihan dah 3 orang injured...Then ada gak yang datang just for fun...Apa la masalah diorang agaknyer ek...

  • 3 Jun 2009 (8.00 pagi - 3.30 petang) : Erm, senarai 10 orang peserta yang terpilih dah ada pada tangan aku...Secara jujurnya kami (aku, Sara Zarina + Sara Zarida (Twins yang jadi COACH untuk pemilihan kali nie) dan AJK KSK LPP Johor) rasakan mereka yang terpilih ini tidak lah betul2 layak untuk menyertai team nie...Tapi disebabkan ketiadaan peserta lain nak tak nak kena la pilih diorang juga...Selepas jer uruskan pembayaran bilik peserta aku n Kak Noorzaini terus jer bergegas ke LPP Johor...Nak kena submit senarai nama peserta yang terpilih kepada Syahurin, Setiausaha MKSR LPP...Dia dah membebel sebab KSK LPP Johor la yang last sekali bagi nama peserta...Sorry la yer Syah...
Jadual Kerja Lynn pada 8 - 10 Jun 2009 (Isnin, Selasa & Rabu)

  • 8 Jun 2009 (8.00 pagi - 6.30 petang) : Satu hari nie aku memerap kat pejabat...Sebab lepas waktu kerja nanti aku nak bergegas ke Perbadanan Stadium Johor lagi...Hari nie sampai la hari Rabu KSK LPP Johor buat Centralized Training untuk 10 orang pemain netball LPP...Erm, x semua pemain datang hari nie...Zurin n Kak Shidah dari NAFAS akan sampai pada 9 Jun 2009 disebabkan diorang lambat dapat info tentang program nie...

  • 9 Jun 2009 (8.00 pagi - 7.00 petang) : Hari nie just aku, Haji Ramli dan Sara Zarina jer yang handle pemain netball nie...Pagi2 Haji Ramli dah buat fitness training untuk semua peserta...Dalam pukul 10.30 pagi baru la Sara Zarina take over the training...Aku uruskan makan minum diorang dan dalam masa yang sama kitorang duk sibuk mohon sumbangan daripada PPK untuk beli baju, seluar, kasut dan peralatan utk semua peserta nie...Untung la korang semua sebab dapat semua nie...Petang dalam kul 5.30 petang ada friendly game dgn Player AURA...Huh...Team LPP kalah teruk dengan diorang...Marah giler Sara Zarina dengan team yang ada nie...Aku dan jawatankuasa lain x terkata apa pun...

  • 10 Jun 2009 (8.00 pagi - 6.30 petang) : Hari nie pun satu hari suntuk aku kat Perbadanan Stadium Johor...Uruskan training diorang...Dah 2 hari tak masuk pejabat...Entah apa la yang jadi kat pejabat aku tu...

Setelah berpenat lelah selama 2 minggu nie menguruskan pemain-pemain netball LPP nie, harapan aku cuma satu jer...Aku harap sangat diorang nie menang dan mengharumkan nama LPP serta KSK LPP Johor yang menjadi Pengurus Pasukan Bola Jaring LPP...Dan untuk pengetahuan semua pada 12 Jun 2009 aku mengalami sakit dada yang teramat sangat...Bangun jer tidur pagi Jumaat tu aku dah rasa lain macam...Bila aku tunduk dan pandang bawah rasa macam ada sesuatu yang mencucuk2 dada nie...Sakit sungguh...

Aku tekad jer pergi klinik pada tengahari Jumaat tu...Nak tahu apa doktor cakap...Dia kata muscle di antara tulang rusuk aku bengkak...Entah macam mana boleh jadi macam tu pun aku x tahu...Mungkin sebab aku terlalu sibuk sangat uruskan hal-hal Pasukan Bola Jaring LPP nie sampaikan membinasakan badan sendiri...Mungkin la kot...

Tapi itu cerita 2 minggu ku yang terlalu sibuk...This week aku dah mula menjadi PA Pengarah seperti biasa...Ada juga beberapa kerja KSK LPP Johor yang perlu aku selesaikan sebelum kejohanan sebenar berlangsung pada 19 - 22 Jun 2009 nie...Tapi semua tu insyaallah akan dapat dilaksanakan dengan sempurna...Ok la...Itu jer cerita aku tentang 2 minggu yang terlalu sibuk...

Bye...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...