February 12, 2018

Step Into My Shoes

Assalamualaikum

Hurmmmm, its really hurt me...Sungguh saya terasa hati sangat...Orang luar memang boleh bercakap, mempertikaikan...Tapi orang luar tak tahu apa yang saya rasa, apa yang saya hadap...

Jangan disebabkan marahkan orang lain saya yang jadi mangsa templak semua...Saya ni ada hati perasaan juga...Kalau ada yang rasa tak puas hati jumpa sendiri dan pertikaikan sendiri segala keputusan dan tindakan yang dibuat...Jangan jadikan saya nie pula bahan untuk melepaskan kemarahan...



February 5, 2018

Perihal Pagi Isnin

Assalamualaikum 

On da way nak ke pejabat perut memulas mulas...Dah la tengah rushing nak mengejarkan thumb print, tapi perut memang tak boleh nak bekerjasama langsung...Memang tak bagi chance langsung...So nak tak nak terpaksa la berhenti juga kat petrol station...Dalam hati dah terdetik, jangan ler nanti toilet tu ada orang...

Huhuhuhuhuh...Memang betul la apa yang orang tua cakap...Jangan terdetik langsung di hati...Dah la itu jer satu toilet wanita kat petrol station tu...Dan time nak masuk waktu tu la ada orang guna...Memang risau terkincit jer oiii...Jenuh ler nak memusing balik ke rumah plak nanti...

Nak dekat 10 minit kut menunggu kat depan toilet tu...Dah nekad nak guna toilet lelaki siap panggil Mr Hubby kuar dari kete...Konon nak suruh standby depan pintu toilet lelaki tu...Memang dah tak tahan sangat dah nak memerut time tu...Sekali bila Mr Hubby dah turun kete nak menuju ke toilet, cik kak tu kuar dari toilet wanita...

Huhuhuhuhu...Dengan muka selamber jer...Ya allah...Bersabar jer la...Kak Long masuk dan terus melepaskan segala hajat...Jam dah 8.15 pagi...Memang dah lewat ler...Entah kenapa la perut tak okay hari ni...Nak kata salah makan rasanya malam tadi tak ler makan yang bukan bukan...

So bila dah lambat, memang semuanya spoil la...Nasib la bos tak ada kat pejabat hari ni...Kak Long memang kalau boleh tak nak datang lambat ni...Tapi hari ni memang tak boleh nak elak...Kalau proceed juga tadi boleh terkincit tau...Lagi haru...Huhuhuhuh...

La ni perut memulas mulas lagi...Mana taknya, dah la kuar segala isi perut...Dah jam 9.25 pagi masih belum sarapan apa apa lagi...Nak kirim dengan kawan kawan diorang semua dah pergi sarapan...So makan nestum jer la pagi ni ya...Mudah mudahan turun ler 5kg hari nie...Hahahahah...

February 4, 2018

Hebatnya Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah...Baru baru ni saya balik ke rumah mertua di Negeri Sembilan...Sampai jer di rumah, saya disajikan dengan cerita yang seronok sangat...

Ayah saya baru baru nie menghadapi masalah kaki cramp sewaktu menunaikan solat...Dia pernah mengadu kat kami sewaktu family day di Melaka tempoh hari...Dia cakap setiap kali dia solat, kaki dia akan cramp waktu tahiyat awal dan akhir...Dia rasa tak selesa sangat sebab bila cramp tu dia tak dapat duduk tahiyat awal dan akhir tu dengan sempurna...


Malam yang dia cakap dia ada masalah tu saya suruh dia makan 4 biji Ostematrix...Kebetulan saya memang akan bawa bekalan supplement Shaklee saya setiap kali travel ke mana mana...Alhamdulillah ayah saya ni seorang yang senang nak makan supplement gini...Dia makan terus 4 biji Ostematrix tu dan konsisten makan setiap hari...Tak pernah tinggal pun dan dah masuk botol kedua makan Ostematrix ni kongsi dengan mak saya...

Kita yang mencadangkan supplement ni memang akan rasa seronok sangat bila dapat feedback yang seronok macam ni...Ayah saya siap tunjukkan lagi dia duduk tahiyat awal dan akhir untuk membuktikan yang kaki dia dah tak sakit lagi...Hihihihi...So comel tau...Syukur alhamdulillah dengan izin Allah Swt kaki ayah saya dah tak cramp lagi...

Tubuh badan kita memang perlukan kalsium setiap hari...Untuk orang yang tak minum susu macam saya ni...Memang wajib makan Ostemarix Shaklee untuk memastikan pengambilan Kalsium secukupnya setiap hari...


1 tablet Ostematrix nie bersamaan 1 gelas susu kalsium tinggi dan bersamaan juga dengan 80 biji badam...Ostematrix juga sesuai diambil untuk ibu yang mengandung, mereka yang mengalami masalah sembelit, mereka yang kerap lesu dan letih dan mereka yang selalu kekejangan otot...

Kita berusaha dan serahkan kepada Allah Swt atas segalanya...

Nak dapatkan Ostematrix Shaklee boleh hubungi Kak Long Lynn di talian 0137660226... Tak salah kita spend duit sedikit untuk kesihatan ibu bapa kita...Hanya RM64.00 sebotol untuk penggunaan 1 bulan...

February 1, 2018

Vita Lea For Children : Multivitamin Wajib Untuk Anak Anak

Assalamualaikum 

Sebagai seorang mama kepada 4 orang anak saya tidak mampu untuk memastikan anak anak saya mengambil semua keperluan di bawah ini setiap hari.  Nak memastikan anak anak mengambil sayur-sayuran pun dah memeningkan kepala saya.  Ini kenyataan untuk diri saya sekeluarga.  

Vita Lea For Children membantu saya untuk memastikan anak anak saya mendapat nutrisi yang mencukupi untuk badan mereka.  Jadual persekolahan yang sangat padat dicampur pula dengan kelas tuition di sebelah malamnya, saya kena pastikan anak anak saya sihat dan fokus untuk mengharungi setiap hari dengan bertenaga.



Vita Lea For Children ini dilengkapi 19 nutrien penting dan disediakan dalam bentuk mudah untuk dinikmati oleh anak anak kita...



Vita Lea For Children 

~ Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak kanak 
~ Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
~ Memberi 100% nilai harian vitamin C
~ Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia 
~ Berasaskan phtonutrien semulajadi 
~ Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
~ Kaya dengan sumber nutrien antioksidan 
~ Diperkaya dengan buah oren, anggor dan campuran perisa beri

Vita Lea for Children sangat bagus untuk anak anak yang kurang selera makan dan tidak memakan sayur.  Para ibu bapa yang inginkan multivitamin yang hebat untuk anak anak anda boleh mendapatkan Vita Lea for Children daripada saya Kak Long Lynn di 0137660226...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...