March 31, 2009

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang LPP Peringkat Zon Selatan

Hi...

Demam majlis anugerah khidmat cemerlang dah settle...Erm, rasa lega sangat...Rasa seperti batu-batu yang terbeban di bahu nie dah jatuh ke tanah...Ini i ambil dari speech terakhir mantan Ketua Pengarah LPP, Y.Berbahagia Dato' Haji Abdul Rahim bin Ahmad di majlis tersebut...I have a lots of things yang i nak share dgn semua tntg apa yang terjadi dalam majlis tersebut...

Raptai pada petang sebelum majlis berlangsung agak kelam kabut...Majlis nie melibatkan 5 buah negeri...Johor, Melaka, Selangor, Ibu Pejabat - KL dan Negeri Sembilan sebagai host...Raptai sepatutnyer belangsung jam 5.00 petang tertangguh disebabkan pihak resort sibuk duk mengemaskan dewan...Sebelum raptai, dewan tu digunakan untuk kursus kepada anggota LPP yang lain-lain...I think dalam pukul 5.30 baru raptai bermula...

Huh...Emcee pada petang tu macam x boleh nak handle keadaan...Nasib baik la ada Timbalan Pengarah LPP Negeri Sembilan, Puan Hajah Ruzleina binti Ramly take over the raptai...Ramai juga yang terima anugerah pada tahun nie...Oleh kerana majlis ini dibuat sekali dgn majlis perpisahan Ketua Pengarah LPP, jadi anugerah-anugerah yang diberikan pada tahun nie merangkumi Anugerah Khidmat Setia (untuk staff yang berkhidmat 25 tahun ke atas), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Majlis Persaraan Staff...

Seramai 150++ penerima anugerah yang akan beratur untuk terima anugerah masing2...Termasuklah empunya badan nie...Hehehe...Rasanyer i yang paling junior malam tu yang terima anugerah...Waktu raptai tu Pengarah Perniagaantani, Tuan Haji Mohd Ismail bin Mohd Nor siap soal siasat lagi...Tanya kerja dah lama ker, bila comfirm dan mcm2 la soalan yang terkeluar dari mulut dia...What i can do? Sengih jer la...

Our group kebudayaan kena perform malam tu...So, my friends semua dah duk tercegat kat dewan tu start kul 5.45 petang...Kononnyer dapat la buat training terakhir sebelum perform malam nanti...Naik jenuh la jugak diorang menunggu...Kesian kat Gee, Erin n Hidayah sbb diorang nie dah siap solek oleh Cikgu Hash...Ayu-ayu semuanyer...Cuma i sorang jer yang masih belum make-up lagi...At last, kitorang dapat gak training...Tapi waktu tu dah kul 6.30 petang...Huhuhu...Kelam kabut training kitorang...

Waktu lepas training...Ceria jer muka masing2...

Lepas training tu, kitorang pun sibuk la berkejar plak ke bilik...Cikgu Hash duk make-up kan i dan lepas tu duk sibuk uruskan pakaian kitorang...Lepas all ladies siap, kitorang pun melepak plak kat bilik mens...Duk perhatikan diorang bersiap...Hahaha...ingatkan kitorang jer yang kena make up, diorang pun kena juga...Nampak macho la sikit dgn janggut tiruan diorang yang Cikgu Hash reka tu...Perasan handsome la masing2 sekejap...

Sesi Make Up With Cikgu Hash...

Keadaan agak kelam kabut sbb kitorang kena ada kat dewan majlis paling lewat 8.30 malam...Sampai jer kat dewan tu kitorang terus lepak kat meja yang disediakan khas untuk group kitorang...Sepatutnyer i kena duk kat meja lain tp x nak la...I sorang2 jer yang pakai costume yang cun melecun tu...Better i duk ngan my group...Bila waktu makan, kitorang semua x terjamah pun makanan yang ada depan mata...Sebab? Masing-masing cuak sbb tinggal berapa minit jer lagi nak perform...Macam2 rasa ada waktu tu...Takut dah tentu punya...Hehehehe...

Waktu perform Zapin Tenglu i rasa mcm nak nangis pun ada...I lupa step...Tapi nasib baik orang x perasan...Disebabkan stage yang agak kecil, i x dapat nak imbangkan badan waktu menari...I was lucky sbb dapat tahan tgn i kat stage tu...Kalau terduduk kat stage tu alangkah malunyer muka nie...Mana la nak letak muka...Beratus2 org tau kat dalam dewan tu...Buat malu LPP Johor jer nanti...Alhamdulillah, kitorang selamat perform Zapin Tenglu tu sampai habis...Ada small mistake jer tapi kalau diberikan peluang nak rasanyer naik semula ke atas pentas dan repeat tarian tu...

Lepas performance tu baru la kitorang ada nafsu nak makan...Masing2 dah x ingat benda lain dah waktu tu...I dont have mood nak makan malam tu because i kena naik lagi stage untuk terima anugerah plak...Lapar la perut nie nampaknyer...After dinner, majlis diteruskan dgn ucapan aluan daripada Pengarah LPP Negeri Sembilan...Kemudian ucapan oleh Ketua Pengarah LPP, Y.Berbahagia Dato' Haji Abdul Rahim bin Ahmad...Ini merupakan kali terakhir Dato' berucap dalam majlis rasmi LPP...28 Mac 2009 ni hari terakhir beliau berkhidmat sebagai penjawat awam...Biasanyer Dato' akan berucap lama tp malam nie ucapan Dato' amat ringkas tp bermakna...

Dato' juga mengumumkan nama Ketua Pengarah yang akan menggantikan beliau...Seperti yang dijangka Puan Hajah Mariam Mas binti Yaacob akan menjadi Ketua Pengarah LPP yang baru...Bangga giler kaum hawa di LPP nie sebab Puan Mas merupakan wanita pertama yang memegang gelaran Ketua Pengarah di LPP...I am really proud of her...Berkobar2 rasanyer semangat untuk ikut jejak langkah dia...Semoga Puan Mas dapat melakukan yang terbaik sebagai Ketua Pengarah LPP...Dan kalau boleh, harap sangat Puan Mas dapat pertimbangkan permohonan MKSR untuk laksanakan Perhimpunan Dwitahunan untuk tahun nie...

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian anugerah...So all the penerima anugerah pun beratur la seramai-ramai tidak kat tepi dewan menunggu nama dipanggil...Bila dah selesai majlis penyampaian anugerah, sibuk plak dgn sesi bergambar...Program malam tu habis jam 10.45 malam...Ingatkan berlanjutan sampai kul 12.00 tengah malam...My group dah sibuk nak bergambar ramai2 kat luar dewan...Dah macam artis...Glamour sekejap...Hahahaha...Memang banyak betul post kitorang malam tu...X pandang belakang la...

Here i upload gambar-gambar sepanjang program berlangsung...Hope you all enjoy it...

Our Group Kebudayaan with Cikgu Hash


All Mens with Cikgu Hash...Control Macho Sih...

The Ladies with Cikgu Hash...Yang Nie Control Ayu...



With Tuan Haji Ramli bin Salikan Ex-Pengarah LPP Johor

With Mantan Ketua Pengarah n Wife (Dato' Haji Abdul Rahim bin Ahmad and Datin Hajah Naimah)


With Ketua Pengarah LPP (Puan Hajah Mariam Mas binti Yaacob)



With Our Beloved Pengarah (Encik Mohd Naser bin Harun), EO (Puan Paridah binti Kahlit), PRO (Tuan Haji Mismon bin Juman) and Pengerusi KSK LPP Johor (Tuan Haji Samsudin bin Selamat)


With Ketua Cawangan Teknologi Maklumat LPP Johor (Kak Ina)


Me with My Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...

March 27, 2009

Happy 3rd Anniversary - Lynn & Ezal



Happy 3rd Anniversary for myself n hubby..

Actually anniversary kitorang pada 26 Mac 2009 (semalam - Khamis)...Entah macam mana boleh terlupa tentang anniversary ni...Hari nie baru la kitorang berdua sedar yang anniversary kitorang dah lepas semalam...Huhuhu...Sedih gak sbb tak dapat nak wish untuk diri masing2 semalam...Erm, we will celebrate our anniversary kitorang yg ke-3 nie hari ini...Tapi x ler grand sangat...Kebetulan my parents ada kat JB...So boleh la ajak diorang celebrate sama...

Harapan dan doa agar ikatan perkahwinan yang kami bina ini akan kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa bahagia...Semoga kami berdua panjang umur dan murah rezeki...Dianugerahkan putera dan puteri yang bijak dan soleh/solehah...Dan Semoga hari esok lebih baik dari hari ini...

Insyaallah...Amin...

March 19, 2009

Zapin Performance - Malam Anugerah Khidmat Cemerlang LPP Peringkat Zon Selatan

Salam...

Next week on 25th Mac 2009, i need to perform zapin for Malam Anugerah Khidmat Cemerlang LPP Peringkat Zon Selatan at Tiara Beach Resort, Port Dickson...Erm, with lack of training and 'ZERO' knowledge with new step i am not sure either we can do our best for this time performance...

Untuk performance kali nie seramai 8 orang staff LPP Johor yang terlibat...
Men - Abg Asri, Edy, Nizam n My Lovely Hubby Ezal...
Women - Gee, Erin, Hidayah n Me Myself...

Petang semalam kitorang training selama 2 jam di PPK Johor Bahru Timur...Itu la tempat training kitorang setiap kali kena menari macam nie...Hehehe...Erm, agak kelam kabut juga sbb semalam first time kitorang training step baru...Selama nie kitorang buat Zapin Melayu...Tapi for this time we change and choose Zapin Tenglu for our performance...I really hope that we can do our best...Think positive...

Sambung lg nanti...Bye...

March 16, 2009

Selamat Pengantin Baru...

Salam...

First of all, i want to say sorry to both of my friend Adzeem and Irma...Last Saturday n Sunday wedding diorang...Huhuhu...Disebabkan tugas2 ad hoc yang tidak disangka2, plan untuk attend wedding Adzeem and Irma x dapat nak on...On Saturday, my hubby sibuk uruskan one trip lawatan from UiTM Shah Alam ke projek kolam ikan PPK Johor Bahru Selatan...Dia sampai rumah dah nak kul 2 ptg...So, kalau kitorang rushing balik ke Rawang pun sure x sempat nak attend wedding Irma...Comfirm kitorang sampai malam...

Wedding Adzeem plak pada Sunday night...Pun x dapat nak attend juga sbb kitorang x balik Rawang...Kalau balik dah tentu leh attend wedding dia....Pagi nie my hubby ada meeting di pejabat dia dan x boleh kalau x attend meeting tu...Serba salah dibuatnyer...Kesian Adzeem...Dia mengharapkan sangat kedatangan kitorang...Maaf la Adzeem yer...Insyaallah kalau ada rezeki nanti kita leh jumpa kat KL...Kita buat gathering ok...

Huhuhu...I really hope that they will accept my apologizes...Bukan sengaja x nak datang...I doakan both my friends bahagia bersama pasangan masing2 hingga ke akhir hayat...Cepat2 dapat baby supaya bertambah seri rumah tangga yang dibina...Insyaallah...

Selamat Pengantin Baru...

March 12, 2009

I aM HaPPy

Today i feel very happy...Hehehehe...Kenapa happy?

1 - My dad dah keluar dari Hospital Kuala Lumpur...Dia kena demam denggi dan last Monday dia kena tahan kat ward...So hari ni awal2 pagi my dad dah telefon inform yang dia dah boleh keluar...Waktu mula2 dapat tahu my dad kena denggi hari tu I feel very worried...Bahaya giler penyakit denggi nie...My friend meninggal dunia 5 tahun lepas disebabkan denggi berdarah...Last year, my hubby pun kena denggi...5 days kena tahan kat Hopsital Sultanah Aminah Johor Bahru...So, i really hope x der sesiapa lagi yang kena denggi...Ngeri la...

2 - Hari nie dapat surat daripada LPP Ibu Pejabat...I di antara Senarai Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang untuk Penilaian Prestasi Bagi Tahun 2008...Happy sungguh tau...Dah 5 tahun kerja kat Lembaga Pertubuhan Peladang nie dan dah mcm2 kerja yang I buat...Jadi committee member untuk mcm2 event anjuran LPP Johor di samping membuat kerja hakiki...I really hope dgn penerimaan anugerah ini, i akan menjadi seorang kakitangan awam yang lebih berdedikasi dan bertanggungjawab dalam segala tugas2 yang diamanahkan...

3 - My lovely house yang I dan my hubby beli 2007 di Bandar Baru Kangkar Pulai dah start renovate...Dah 60% siap...We start renovate that house pada 27 Februari 2009 dan sekarang nie dah masuk 14 days kerja-kerja renovasi dijalankan...Tak sabarnyer nak pindah masuk rumah tu...I think dalam masa 2 minggu lagi dah boleh pindah masuk...Qistina pun happy setiap kali kitorang gie tengok rumah tu...Cuma skrg nie I am thinking tntg decorations rumah baru I tu...Nak cat hall warna apa, nak cat bilik warna apa, nak susun sofa kat mana dan mcm2 lagi la...

So...perkara2 ni membuatkan hati I rasa berbunga2...Hehehehe...Dan rasa bersyukur sangat2 pada ALLAH S.W.T kerana mengurniakan kegembiraan ini...Semoga perkara2 baik akan sentiasa muncul dalam hidup I dan family...Serta untuk insan2 lain di luar sana...

Insyaallah...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...