January 30, 2018

Be Strong

Assalamualaikum 

Lately nie banyak benda yang berlaku...Sebagai hambaNya saya didik hati saya supaya redha dengan segala apa yang berlaku...Saya yakin segala apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...


Saya nak stress stress pun tak guna...Sebab bila saya stress makin teruk jadinya...Saya tak bahagia, saya tak fokus kerja, saya gaduh dengan suami...Jadinya biarlah saya redha...Lapangkan dada dan perbetulkan niat saya...Apa tujuan sebenar saya bekerja dan berniaga kecil kecilan...

Saya serahkan semuanya pada ALLAH SWT...Saya yakin ALLAH SWT akan bantu saya...Bantu saya menerima semuanya dengan redha dan positifkan diri saya...

Syukur alhamdulillah, saya terpilih untuk menjadi Perwakilan KNB LPP untuk Negeri bagi penggal kedua...Berkat bekerja dengan ikhlas di dalam KNB LPP dan membantu sahabat sahabat lain...ALLAH SWT permudahkan segalanya apabila saya bertugas sebagai wakil perhubungan kawasan KNB LPP untuk negeri Johor ni...


Sekarang ni saya akan teruskan jer kerja kerja kesatuan di pejabat nie...Alhamdulillah sokongan daripada sahabat sahabat memang banyak...Tak perlu saya nak sebutkan satu persatu...Kalau diorang baca entry ni saya yakin diorang tahu siapa yang saya maksudkan...Terima kasih banyak membantu saya...

Jumpa lagi di entry lain ya...Saya nak sambung buat kerja...Take care semua...

Nak dapatkan produk Supplement Shaklee, Water Filter Cuckoo, Tudung Kekaboo Mirabelle, Cadar Patchwork dan lain lain barangan boleh hubungi Kak Long Lynn di 0137660226

January 18, 2018

Family Day Sekaligus Buat Birthday Party Zahra & Amani

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Niat nak bawa family Rawang dan family Lakai bercuti dah termakbul last weekend...Ala ala Family Day juga la ni...Kak Long plan untuk buat program ni setelah mendapat persetujuan daripada Abang Long...Hihihihih...Plan sehebat macam mana pun kalau Abang Long tak bagi green light dan ALLAH SWT tak izinkan tak kan menjadi juga...Jadi bila Kak Long dah ready dengan kertas cadangan terus ler bentang kat Abang Long...Kitorang amek kesempatan celebrate birthday Zahra dan Amani juga time ni...

Kak Long booking Lot 874 A Famosa Resort sebulan lebih awal untuk menjayakan program ni...Settle jer bayar deposit terus Kak Long war warkan pada family members...Most of the family members dapat join kecuali Adik Nurul dan husband dia...Tak per lah...Insyaallah next time kita gathering lagi ramai ramai macam ni ya...Dan untuk Birthday Zahra dan Amani jemput beberapa kawan baik jer...Yang datang pun cuma Ezmad satu family...Yang lain lain semua ada hal yang tak dapat dielakkan...



Zahra turns 5...Amani turns 3


Kek tempah kat IG WannderCakes


Anak anak nie semuanya baru naik dari swimming pool...Kak Long paksa juga diorang bersiap supaya dapat selesaikan Birthday Party Zahra dan Amani...Hihihihi...Diorang dah nampak swimming pool excited nak mandi jer...



Buat BBQ sket...Family Rawang sponsor ayam, Ima dan Khairi sponsor kambing, kitorang tambah sosej sket...


First time buat program macam nie...Abang Long cakap bagus juga bila berkumpul ramai ramai macam nie...Boleh berbual bual sambil makan makan...


Seronok tengok Atuk Kak Long nie tersenyum...Atuk ni zaman sihat dia suka berjalan...Gie berjalan rumah anak anak...La ni duk rumah ibu ayah Kak Long kat Rawang...Tunggu ibu ayah bawa berjalan baru la dia dapat berjalan sekarang ni...Jadinya kita plan program macam nie supaya dia dapat berjalan jalan ubah angin sekali sekala...


Aisyah kenapa makin comey...Muahhhhhss cket...


Aisyah duk perhati jer Mama Lynn dia yang makin chubby...Hahahahaha...Bertabahlah Aisyah ya...Mama Lynn nie Papa Ezal banyak bagi makan...Tu yang semangat jer...

Lepas jer potong kek dan makan makan anak anak sambung mandi kat dalam swimming pool...Hurmmm...Kak Long tak mandi pun...Nak mandi segan oooiii sebab adik ipar semua tak mandi...Ibu, Atuk dan Mak pun tak mandi swimming pool juga...Jadi kena waras la sket...Malu sket kat orang lain...Hihihihi...






 Malam tu kitorang habiskan masa borak borak jer...Then esoknya sambung lagi mandi swimming pool...Hihihihi...Anak anak memang seronok...


 Bergambar ramai ramai untuk kenangan di masa hadapan...Terima kasih semua sebab sudi menjayakan program yang dirancang oleh Kak Long dan Abang Long...Next trip kita ke Kuantan pula la...Boleh makan Ikan Bakar Petai nanti...Hihihihi...Kita kongsi rezeki yang ada ni dengan insan tersayang...

Nak dapatkan produk Supplement Shaklee, Tudung Kekaboo Mirabelle, Cadar Patchwork boleh hubungi Kak Long di 0137660226...

January 3, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu di tahun baru 2018 ni...Tak boleh nak kata tak percaya sebab ini la kenyataannya...Tahun 2017 telah berlalu...Tahun yang banyak menyimpan memori duka...Yang rapat dengan Kak Long pastinya nampak apa yang berlaku disekeliling Kak Long...Di sudut hati Kak Long selalu mengingatkan diri sendiri bahawa di sebalik kisah duka itu pasti ada hikmah dan kegembiraan yang akan menyusul...Kak Long kena kuat dan terus positive...Cukuplah setahun 2017 yang sungguh kacau bilau...

  
Tahun 2018 ni Kak Long nak terus fokus dengan family, kerjaya dan bisnes online Kak Long...



Kak Long punya impian yang besar sebenarnya...Cuma buat masa ni Kak Long masih belum berani nak mulakan langkah untuk terus serius di dalam bisnes...Lagipun Kak Long masih terikat dengan kerja hakiki yang sekarang nie...Banyak benda nak kena fikir kalau betul betul nak serius...Tak boleh nak main redah jer...

Alhamdulillah tahun 2018 ni Nur Qistina Farzana dah masuk Darjah 5...Ada exam besar menanti tahun ni...Nur Qaleesya Arissa pula sudah Darjah 1...Setakat 3 hari ni nampaknya semuanya okey jer...Risau hati mama dan papa ada lebih sket untuk anak yang sorang nie...Hihihihi...Kami berdua sepakat untuk register Nur Qhasrina Zahra di Tadika Ixora Ria...Tempat kakak kakak dia belajar juga nie...Hari pertama cool jer anak dara ni masuk tadika...Syukur tak ada edisi melalak dan tarik muka masam sepanjang 3 hari ni...



Kakak Nur Qistina Farzana pun banyak membantu di rumah...Syukur alhamdulillah...Permulaan yang sangat baik untuk tahun 2018 ni...Kak Long rasa bersyukur sangat...Sekarang ni cuma Nur Qaseh Amani jer yang tinggal kat rumah pengasuh...Insyaallah dah 5 tahun nanti masuk tadika ya...





Selamat Tahun Baru 2018 dari kami sekeluarga...Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang tahun ni ya...

Khabar Berita Yang Jauh

 Assalamualaikum semua... Lama sungguh tak bersiaran di channel yang satu ni... Dah berabuk sungguh... Allahuakbar... Apa khabar semuanya? M...