February 27, 2022

Nak Murah Rezeki... Jaga Hati...

Rupanya nak rezeki laju hanya jaga hati. Bagaimana tu?

Nak jaga hati ni meliputi banyak aspek. Bukan setakat kita kena jaga hati orang je. Hati sendiri lebih lagi kena jaga. Sebab semakin bersih hati semakin mudah hidup kita.

Orang yang hatinya bersih jiwanya kaya. Apa yang saya lihat orang yang kaya jiwa ni rezekinya tak pernah surut. Macam ustaz tempat saya mengaji walau dia cacat anggota. Dia tak seperti orang lain yang cukup anggota boleh kerja sana sini. Boleh ceramah sana sini. Namun rezekinya sangat lancar. Dia gunakan kelebihan yang ada untuk memberi manfaat pada orang ramai.

Padahal dia tak bekerja makan gaji pun. Rutin dia setiap hari hanya mengajar orang mengaji, dan ajar ilmu tauhid dll. 

Ini contoh yang paling dekat dengan saya. Kita ni yang cukup anggota masih tak tahu bersyukur. Masih tak rajin untuk berusaha. Masih tak mahu berubah. 

Rezeki datang laju apabila kita mula kaya jiwa. Orang kaya jiwa tak pernah hidupnya merasa tidak cukup. Dia sentiasa rasa kaya. Orang lain pula berlumba lumba nak bagi dia duit dan harta. 

Nak kaya jiwa kita perlu bentuk diri bermula dari hati. Kena latih diri setiap hari. 


Bawah ni antara sikap orang kaya jiwa : 

+ Suka buat dan melihat kebaikan. Suka baca al quran. Suka majlis ilmu. 
+ Suka senangkan orang lain walaupun dirinya punyai pelbagai masalah. 
+ Tidak terbawa bawa emosi dan masalahnya hingga menyakiti orang lain. 
+ Mampu sembunyikan kesusahan dirinya agar dapat menjaga hati orang lain. 
+ Orang kaya jiwa perihatin terhadap orang lain. Pentingkan orang lain lebih dari dirinya.

Nabi muhammad saw adalah contoh orang kaya jiwa. (Selawat)

Kesimpulannya, orang kaya jiwa ni orang yang bersyukur dan suka memberi kebaikan kepada orang lain.

Kredit: Siti Rohani

February 9, 2022

Aktiviti Cuti Raya Cina

Assalamualaikum

Lama sungguh tak jengah blog ni... Sejak dah ada media sosial yang lain, memang terabai sungguh blog yang pernah menjadi tempat meluahkan perasaan ni...

Tahun baru 2022 telah sebulan berlalu... Sekejap jer masa berlalu kan... 

 Last week masa Cuti Raya Cina kami mengambil peluang balik ke Kota Tinggi, Johor dan Jelebu, Negeri Sembilan... Bawa anak anak ziarah atuk ibu, atuk ayah, atuk dan wan mereka... Sementara masih ada hayat, masih sihat kami memang akan sedaya upaya balik ziarah...

Meh share citer sepanjang Cuti Raya Cina tempoh hari... 1 Februari tu kami balik dulu ke Kota Tinggi, Johor sebab dah janji dengan adik adik nak bantu kemas rumah ibu ayah... So sepanjang hari tu kerja kami memang mengemas jer la... Syukur alhamdulillah, dah teratur sket keadaan di rumah ibu ayah since rumah tu siap Mac 2021 yang lepas...

Keesokan harinya, saya decide nak ajak semua pi makan kat FFY Asam Pedas, Sedili Besar... Kebetulan Mok De sekeluarga datang bertandang... Jadi kita ajak semua sekali yang ada pi makan sama... Ada rezeki lebih jadi jom kita kongsi sama sama...


With anak bujang, Qayyum Rizq... Dah berusia 10 bulan dah...

Kita block 4 meja untuk family kita... Still tak cukup korum tapi tak per la... Maybe next time...

Mok De dan Ibu... Lama diorang tak jumpa... Syukur alhamdulillah Allah swt izinkan pertemuan ini... Mok De ni isteri kepada arwah adik Ibu... Walaupun arwah Pok De dah tak ada, hubungan silaturahim masih berkekalan sehingga kini...


Senyum lebar Atuk dapat pergi jalan jalan makan makan... In sha Allah ada rezeki lagi kita berjalan lagi ya...

Lepas jer makan makan kat FFY Asam Pedas, adik saya dan suami bergerak balik ke Rawang, Selangor... So kami yang lain lain pun balik ke rumah Ibu Ayah sambung berbual... Dah lepas Asar baru Mok De sekeluarga balik ke Tongkang Pechah, Batu Pahat...

Dah senang dah Mok De nak bergerak sekarang ni... Anak anak dah besar panjang semuanya... Along, Iwan dan Aisyah pun dah kerja... 

Suka Qayyum Rizq duk dalam bonet Triton Pak Ngah Iwan dia...

Lorrr, macam mana gambar ni leh tertinggal... Hihihihi... 

Malam tu kami stay lagi di rumah Ibu Ayah... Esok lepas sarapan pagi kami terus ke Jelebu, Negeri Sembilan... Kali ni balik ikut jalan Mersing... Sajer nak singgah berjalan ke Pekan, Pahang...

Kitorang memang suka betul la ikut jalan pantai ni... Leh santai santai sebenarnya... Anak anak sibuk nak singgah Muzium Pahang kat Pekan... Kat tepi jalan jer Muzium Pahang ni... 


Kat luar Muzium Pahang ni ada banyak artifak untuk bergambar... Panas sungguh masa kami tiba ni...

Ni mujur la Qayyum Rizq tak pandai berjalan lagi... Kalau dah pandai mau dia berlari kat kawasan lapang ni... Jenuh ler nak mengejar... Hihihihi...


Ada geng dah papa... :)

Qaleesya membesar dengan jayanya... Bulan Mac ni dah masuk darjah 5...

Lepas jer selesai jalan jalan kat Muzium Pahang tu, kitorang terus gerak balik ke Jelebu... Dalam kul 9 malam rasanya kitorang sampai rumah mak ayah...

Aktiviti kat Jelebu memang meriah... Almaklumlah kat rumah atuk diorang ni ada macam macam...

Ayam Serama ni Qayyum tak nampak... Kalau nampak memang di picit picit dia... 


Hasil pancingan diorang masa kat kampung tempoh hari...

Atuk layankan cucu cucu dia... Rezeki kali ni dapat Ikan Rohu dan Ikan Talapia...

Kita cuba ya... Ada rezeki tak dapat ikan?

Alhamdulillah... Dapat Talapia...



Alhamdulillah, joran mengena lagi... 

Kitorang stay kat rumah mak ayah pun dua malam juga... Anak anak semua ponteng tuition minggu lepas... Nak buat macam mana... Kalau ikutkan jadual tuition diorang, hari Jumaat tengahari baru leh bergerak kalau nak ke mana mana... 

In sha Allah, jika diizinkan Allah swt setiap bulan kitorang akan usaha balik ke kampung... Ada duit ke, tak ada duit ke... Tetap akan usaha juga supaya dapat ziarah orang tua kat kampung setiap bulan... Memang dari awal kahwin lagi dah buat macam tu... Jadi dah boleh manage masa dan duit setiap kali nak balik kampung ni... 

Okaylah... Nanti update lagi ya... Take care semua...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...