December 3, 2014

Masalah HB Rendah Ketika Mengandung

Assalamualaikum 

Petang semalam Kak Yong gie check up kat Klinik Desa Kangkar Pulai...Erm, dalam diam dah 31 minggu usia kandungan Kak Yong...Hasil dari check up semalam...Nie keputusan yang Kak Yong dapat...

Tekanan Darah : 100/60
Hemoglobin : 10.7 gm
Berat : 78 kg 

Haaaa...Semuanya okey cuma HB jer rendah sket...Kalau nak diikutkan HB Kak Yong nie tak berubah dari last check up time 28 minggu hari tu di Klinik Kesihatan Taman Universiti...Berat Kak Yong pun cuma naik 1kg jer dari berat 3 minggu lepas...Mungkin juga sebab kurang makan lately nie...

Masalah HB rendah nie mungkin berpunca daripada masalah Anemia...

Apa itu Anemia?

Situasi di mana pesakit mengalami kekurangan darah.  Kepekatan darah adalah kurang daripada biasa dan seseorang yang mengalami masalah anemia nie mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin...

Tapi dalam kes Kak Yong nie peratus hemoglobin 10.7...Still rendah sebab peratus yang okey mestilah di antara 11.5 - 16.4...Jadi Kak Yong kena la berusaha untuk naikkan peratus hemoglobin Kak Yong nie...

Kenapa kena naikkan peratus Hemoglobin? 

Ibu hamil tidak boleh mengambil remeh bila masalah HB rendah nie...Ini disebabkan ibu hamil seperti Kak Yong berisiko untuk menghadapi masalah seperti di bawah nie kalau peratus HB tak naik...
  • Mengalami keguguran 
  • Melahirkan anak pra matang (tidak cukup bulan)
  • Anak mati di dalam perut 
  • Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan 
  • Anak mudah mendapat jangkitan penyakit 
  • Pengeluaran susu badan akan berkurangan 
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung 
  • Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin 
  • Membawa maut

Jadi ibu hamil yang mengalami anemia ketika mengandung nie kena ambil berat dari segi pemakanan dan penjagaan kesihatan...Tak boleh pandang remeh...Ibu hamil macam Kak Yong nie kena dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya...Pemakanan yang seimbang juga sangat-sangat dititikberatkan...

Ibu hamil disarankan untuk memakan makanan yang kaya dengan zat besi seperti dalam gambar di bawah nie untuk naikkan peratus hemoglobin...



Sekarang nie Kak Yong gigih juga makan supplement Shaklee untuk naikkan hemoglobin Kak Yong...


Vita Lea Iron Formula : Mengandungi Zat Besi yang membantu mereka yang mempunyai masalah kekurangan zat besi
B Complex (Lengkap dengan Asid Folik) : Vitamin B12 mencegah anemia manakala B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah 
Vita C Plus Sustained Release : Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih efisyen

Chaiyok Chaiyok...Kena usaha nie supaya Hemoglobin makin naik...

Berminat nak dapatkan Supplement Shaklee?

Hubungi / Wassap Lynn Huraiza 0137660226

11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Harapnya consume shaklee nanti HB oklah ye Lynn. Sihat baby dan mamanya juga..

Lynn Huraiza said...

Kakzakie : insyaallah kak...memang yakin dengan shaklee...

emy said...

salam...
sy dulu mmg jenis hb rendah...
nak derma darah pun takleh..
skrang lak kalau tension skit dahnaik darah..heheh

Lynn Huraiza said...

emy pokden : owh yer...jgn tensen tensen okey...nanti kang naik plak darah...

Unknown said...

Alhamdulillah.. setakat 2 anak nih x pernah ade masalah HB rendah. tapi ade masalah BP.. hehehehe

AMIIZAA@Mieja said...

lyn, semoga semuanya berjalan lancar....samalah mcm akak hb rendah..

Lynn Huraiza said...

Nafira Usof : owh syukur alhamdulillah...BP pun penting juga kan...

Lynn Huraiza said...

AMIIZAA : tq so much kak...mudah-mudahan BP makin okey nanti...

Lynn Huraiza said...

AMIIZAA : oppsss...bukan BP...HB...Hihihih...

kakrose said...

semuga seperti sediakala..

Lynn Huraiza said...

Kakyon : Insyaallah...tq...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...