August 31, 2010

1 Malaysia Menjana Transformasi

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53...
Tahun nie rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan di bulan Ramadhan...
Sama seperti tahun lepas...
Tema hari kemerdekaan pada tahun nie adalah 1 Malaysia Menjana Transformasi...

 Kat blog pun sekarang tengah sibuk berkempen...
Bermacam-macam cara dibuat untuk menerapkan sifat cintakan negara...
Kebiasaannya setiap tahun akan ada lagu tema sambutan kemerdekaan...
Kalau tak ada lagu tema macam x best jer...
Betul tak?
Lagu tema untuk tahun nie bertajuk 1 Malaysia...
Lebih kurang sama jer ngan tema hari kemerdekaan...

Lirik lagu 1 Malaysia

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha


Dan sambutan kemerdekaan pada tahun ini pertama kalinya 
dibuat secara bertutup di Stadium Putra, Bukit Jalil...
Dan pastinya sambutan kali nie lain daripada yang lain...
Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 53 MALAYSIA...
Korang semua boleh klik MERDEKA...

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia...
Lynn ingin menyatakan betapa bertuahnya Lynn kerana diberi peluang untuk hidup di negara yang tercinta ini...
Tiada negara yang lebih baik daripada Malaysia...
Semoga kemerdekaan yang dicapai akan sentiasa kekal di negara ini...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...