August 17, 2010

Berkongsi Tip Keibubapaan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia untuk kawan-kawan blogger semua...Apa khabar hari nie? Moga semuanya sihat sejahtera yer...Sedar tak sedar hari nie merupakan hari ke7 Ramadhan...Sekejap jer masa berlalu kan...Hari nie Lynn nak share sket ilmu yang Lynn dapat dari satu magazine di Malaysia nie...Mana tahu info yang ada kat sini leh jadi panduan untuk kawan-kawan blogger di luar sana...Jom kita tengok satu persatu yer...

10 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

~ Membebel berbanding berbincang - Pendekatan memarahi anak-anak remaja seperti anak kecil bukan lagi kaedah terbaik dalam mendidik.  Sebaliknya teguran berhemah dan berbincang lebih mudah diterima anak-anak remaja kini.  Teguran seperti seorang kawan lebih bermakna.

~ Mengambil mudah setiap perkara - Disiplin anak remaja yang kadangkala suka membuat masalah seperti balik lambat, tidur di rumah kawan, ponteng kuliah dan sebagainya bukanlah perkara yang harus dipandang sebelah mata oleh ibu bapa.  Mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.

~ Tidak mengambil tindakan - Peraturan yang ditetapkan ibu bapa kepada anak-anak mereka kadang-kadang hanya tinggal peraturan.  Anak-anak sepatutnya jelas dengan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan yang digariskan oleh ibu bapa.

~ Menetapkan matlamat yang tidak munasabah - Apabila menetapkan matlamat, ibu bapa harus memastikan bahawa matlamat yang dibuat itu adalah sesuatu yang jelas dan boleh dicapai.  Contohnya, jika mahu anak pandai bermain muzik, ibu bapa perlu menghantar anak mereka ke kelas muzik.

~ Kurang berdoa dalam proses mendidik anak - Perlu diingatkan bahawa doa ibu bapa adalah doa yang akan dimakbulkan.  Mendidik anak-anak sambil berdoa untuk kebaikan mereka adalah sangat dituntut.

~ Memperkecilkan kebolehan anak - Setiap anak dikurniakan kelemahan dan kelebihan masing-masing.  Sikap ibu bapa yang memperkceilkan kelemahan anak-anak akan membuatkan anak-anak berasa terasing dan jauh daripada ibu bapa.

~ Kurang tegas - Ketegasan ibu bapa dalam mendidik anak adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan.  Pastikan anak-anak belajar, makan, tidur, riadah pada waktu yang sepatutnya.

~ Kurang memberi sentuhan - Anak-anak yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa lebih cenderung untuk mengasingkan diri.  Mereka lebih gemar berada dalam dunia mereka sendiri.  Sentuhan dan belaian mahupun perbualan singkat antara ibu bapa dengan anak-anak mampu mengeratkan hubungan.

~ Menegur dengan cara negatif (sentiasa mencemuh dan mengkritik anak-anak) - Kritikan yang membina boleh merangsang semangat anak-anak manakala cemuhan atau kritikan yang negatif tentu sahaja membuatkan anak-anak menjadi lebih pasif dan tidak yakin pada diri sendiri.

~ Pendidikan anak-anak yang tidak seimbang - Mendedahkan anak-anak kepada perkara-perkara yang cemerlang boleh membentuk perkembangan minda yang sihat.  Keseimbangan dalam mendidik anak-anak dari segi intelektual, fizikal, kerohanian dan pengalaman adalah pendekatan terbaik.

Daripada panduan yang ada nie mungkin kita sebagai ibu bapa boleh memikirkan cara yang terbaik bagi kita untuk mendidik anak-anak...Info nie Lynn dapat dari Majalah Wanita bulan Ogos 2010...Sharing is caring...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...