August 25, 2010

Mula-mula ke Western Union Kemudian Menyinggah ke Teratak Za'ba

Last Sunday sewaktu di rumah MIL, Mr. Hubby ada ajak Lynn dan Qistina ke Bahau...Tujuan Mr. Hubby nak ke Bahau sebab nak gie masukkan duit untuk pekerja dia yang berada di Indonesia...Jadi kitorang pun gie ke Kiara Square yang terletak di luar Pekan Bahau tu...Dan nasib kitorang baik sebab kat situ ada outlet Western Union...


Sebenarnya dari hari Sabtu lagi kitorang dah sibuk mencari Western Union nie...Waktu berjalan-jalan kat Nilai dan lalu kat Seremban...Tapi x terserempak plak dengan outlet Western Union nie...Mr. Hubby nak masukkan duit RM800.00 untuk staff dia tu...Duit Rupiah Indonesia bila dah ditransferkan menjadi 2 juta lebih...Perrrggghhh...Memang la banyak giler...Tapi duit kat sana tak sama macam duit kat Malaysia...Kalau kita kat Malaysia nie ada duit sebanyak 2 juta lebih tu rasanya dah duk senang lenang kat rumah...Betul x? 

Disebabkan jam menunjukkan baru kul 11.00 pagi jadi x banyak la kedai yang dibuka kat Kiara Square tu...Huhuhuhu...Pelik betul la...Sepatutnya hari Ahad la diorang buka kedai awal-awal sebab hari Ahad kan hari cuti...Dah tentu la orang akan keluar rumah untuk berjalan-jalan dan shopping...Lebih2 lagi bulan Ramadhan nie...Disebabkan kedai-kedai kat Kiara Square tu tak semeriah kat Mid Valley Megamall atau Jusco Tebrau City maka Lynn pun suggest la kat Mr. Hubby sesuatu...

Lynn suggest kat Mr. Hubby supaya bawa kitorang ke Teratak Za'ba...Mr. Hubby nie memang la orang Negeri 9 tapi dia sendiri tak pernah bertandang kat Teratak Za'ba tu...Sure ada di antara korang yang tertanya2 Teratak Za'ba tu kat mana dan apa yang ada kat situ kan...Okey, meh sini Lynn citer sket pasal Teratak Za'ba nie...Chewah...Dah macam orang Tourism Negeri Sembilan plak...Hehehehe...

Signboard di pintu masuk Teratak Za'ba...

Teratak Za'ba nie terletak di Kampong Bukit Kerdas, Batu Kikir..."Tiba-tiba teringat lagu Batu Kikir Jambatan Besi"...Untuk pengetahuan korang Bahau ngan Batu Kikir nie bersebelahan...Dekat sangat...Tujuan Teratak Za'ba nie dibina adalah untuk dijadikan sebagai memorial untuk memperingati tempat kelahiran Za'ba dan di sini juga tempat terletaknya beberapa koleksi barangan Za'ba...

Pandangan hadapan Teratak Za'ba...

Gambar dekat Teratak Za'ba...Cantikkan senibina Teratak nie...


Pandangan dari belakang Teratak Za'ba...

Sedikit penerangan tentang Teratak Za'ba...

 
 Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba ialah seorang ilmuan Melayu yang dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan...Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kikir ketika berumur 12 tahun dan kemudiannya turut dihantar ke Linggi untuk mendalami Bahasa Arab...Pekerjaan awal beliau sebagai seorang guru di Bukit Zahrah English School...Dikurniakan gelaran PENDITA sempena Kongres Bahasa dan PErsuratan Melayu Ketiga...Info lanjut tentang Pendita Za'ba boleh didapati DI SINI...

Bergambar di kawasan luar Teratak Za'ba...

 Waktu amek gambar nie Qistina peluk leher Lynn sampai rasa nak tercekik...Huhuhuh...Sabar jer la tengok keletah anak dara nie...

 Posing dengan Papa plak...

Chewah...Bertentang mata plak diorang nie...

Last but not least gambar kami bertiga...

Mesti korang pelik kan kenapa kitorang bergambar kat luar jer? Sebenarnya memang dilarang sama sekali untuk mengambil gambar di dalam Teratak Za'ba...Pasal apa tak boleh amek gambar Lynn tak pasti...Tapi segala koleksi yang ada kat dalam Teratak Za'ba tu memang arr dah lama sungguh...Memang antik belaka la...Lynn memang puas hati sangat la sebab dapat pergi ke Teratak Za'ba nie...Selama nie just lalu lalang jer kat depan tu setiap kali nak pergi Bahau atau ke rumah Wan di Batu Kikir...Jadi bila dah dapat pergi dan tengok sendiri apa yang ada kat Teratak Za'ba tu memang arr satu kepuasan untuk diri Lynn...

Dan yang paling Lynn suka sekali seni bina dan rekaan Teratak Za'ba nie...Walaupun ini bukan la rumah asal Za'ba tapi seni bina dan rekaan Teratak Za'ba nie memang sangat tradisional...Ukiran2 yang ada kat Teratak Za'ba tu pun memang sangat cantik...Waktu tu Lynn dah mula berangan nak cari tanah lot dan buat rumah seperti Teratak Za'ba nie...Serious tau...Lynn memang suka konsep tradisional macam nie...Memang cantik...Tapi difahamkan harga kayu sekarang nie lebih mahal dari harga batu...Jadi kalau korang nak bina rumah batu sebiji dalam anggaran RM100k - RM150k, berapa banyak plak kos yang diperlukan untuk bina rumah seakan-akan Teratak Za'ba nie? Hehehehe...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...