Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

September 5, 2016

Jalan Jalan : Dataran Pahlawan, Melaka

Assalamualaikum 

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Memang seronok menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 59 hari tu di Dataran Pahlawan, Melaka Bandaraya Bersejarah...First time kut sambut kat Melaka nie...Sebenarnya kitorang tak planning pun nak ke Melaka...Tapi adik Mr Hubby ajak ke Melaka 30hb tu...Dia cakap bilik dah ready...Jadi kalau nak join datang jer, bawa toto extra sebab bilik luas...

So Kak Long dan Mr Hubby discuss berdua...Disebabkan tak der nak rushing apa so kitorang gerak lepas Maghrib...Sampai Melaka terus gie hotel...Adik ipar amek hotel kat area shop lot depan Menara Taming Sari tu jer...Motif sebab nanti nak gie tengok perbarisan leh jalan kaki jer...Tak payah nak sibuk sibuk pusing sana sini cari parking...

Malam tu tak der nak merayap mana mana pun...Just gie makan Asam Pedas...Lepas makan terus balik dan lepak dalam bilik...Anak anak seronok sebab dapat jumpa sepupu diorang...Duk main kejar kejar dalam bilik sambil tiup bubble...

Pagi 31hb tu kitorang kuar bilik seawal jam 7.45 pagi...Tak pergi beli sarapan apa pun...Mujur ler adik ipar dah standby barang makanan...Yang anak anak plak sibuk nak duduk dengan sepupu diorang...So Kak Long dengan Mr Hubby jer yang berlegar sana sini...Sambil nak tunggu perbarisan tu, puas ler melayan kerenah Amani...Belum start perbarisan dia dah mengaruk dulu...Huhuhuhu...

Keterujaan sungguh bila jumpa kakak dan abang askar nie...Memang salute habis dengan diorang nie...So amek peluang bergambar la yer...Diorang pun sporting habis...

Angkatan Tentera Malaysia merupakan pasukan terakhir sekali untuk perbarisan...Diorang duk melepak kat padang sambil nak tunggu turn diorang berbaris...Pun Kak Long tak lepaskan peluang untuk posing bersama...

Duk berlegar-legar sana sini sementara nak tunggu perbarisan bermula...

 Time nie tengah nyanyi lagu Tanggal 31...Memang semangat sebab semua duk nyanyi sama...

 Tengok ler tu...Diorang duk kusyuk tengok perbarisan dari tempat duduk seberang jalan...

Sempat bergambar dengan Maskot Majlis Perbandaran Alor Gajah...

Ni antara gambar pasukan yang menarik minat Kak Long...

 Ni Kak Long pasti sangat...Kontigen Majlis Perbandaran Alor Gajah...

 Tak sure dari kontigen mana...Kalau tudung tu tukar warna merah lagi sesuai dengan tema kan...

 Ok...This one paling Kak Long suka sebab warna JDT...Hahahahaha...

 Kontigen Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Melaka...Memang simple...Pakai baju korporat jer...Perbarisan diketuai oleh Encik Mohd Nor bin Jantan...Dulu pernah kerja kat Johor...Sebab tu Kak Long kenal...Hihihihi...

Time kontigen nie kuar...Semua orang duk bersorak sebab diorang pakai spec mata hitam...Hihihi...Segak wooo...

Ni kontigen Persatuan Seni Silat Gayung Melaka...Dah macam pahlawan zaman Kesultanan Melaka kan...Time diorang kuar pun ramai yang bersorak...

 Harus hormat dengan kontigen nie...Tapi sayangnya nama persatuan diorang tu...Salah kut...Sepatutnya Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka...

Kitorang tak tengok sampai habis...Kononnya nak tunggu sehingga Truck & Kereta Kebal ATM kuar...Tapi lambat sangat...Dah nak kena check out...So kitorang gerak balik ke hotel dalam kul 11.20 pagi gitu...Anak anak dah mengadu kelaparan dah...

Sampai hotel terus kemas-kemas dan check out...Kak Long ajak diorang lunch kat Hjh Rahmah Kari Kepala Ikan...Memang favorite place Kak Long dan Mr Hubby kalau nak lunch di Melaka...Then lepas tu baru berjalan ke Taman Rama Rama Ayer Keroh...Tu tunggu next entry ya...

September 1, 2014

Kisah Merdeka 2014

Assalamualaikum

Hari nie gie office jalan lengang jer...Seronok betul la...Mula-mula tertanya tanya juga kenapa la suasana lengang jer...7.49 pagi dah sampai office...Selalunya hari Isnin mesti dah nak kul 8.00 pagi baru ler sampai office...Tapi hari nie jalan clear...Tak jammed...

Rupa-rupanya hari nie kebanyakkan company swasta di Johor ni bercuti...Kilang-kilang, bank yang ikut cuti Kerajaan Persekutuan dapat cuti ganti sempena Hari Kemerdekaan semalam...Macam kami yang kerja gomen di Johor nie memang tak ler cuti sebab semalam dah dapat cuti...Kitorang kan kerja hari Ahad...Jadi semalam dah dapat cuti ler...Hihihihih...

Semalam sempat juga mengikut Mr. Hubby ke Dataran Bandaraya Johor Bahru...Seawal jam 7.15 pagi dah terpacak kat Dataran Bandaraya Johor Bahru...Kak Yong angkut sekali anak-anak sebab lepas jer Mr Hubby perbarisan kitorang akan terus ke Kota Tinggi...Nak attend wedding makcik di Kampung Lukut...

 Time kitorang sampai memang lengang lagi Dataran Bandaraya Johor Bahru nie...Tak dapat nak amek gambar depan depan sangat sebab ada 5 orang anak kecil yang nak dijaga...2 orang lagi anak Gee & Zam...Laki bini kena masuk perbarisan...Jadi Kak Yong tolong jaga anak-anak diorang...Mujur ler adik Enaz ada...Leh tolong jaga sama...

Ni ler team Lembaga Pertubuhan Peladang Johor yang berbaris untuk tahun 2014 nie...Nasib ler Kak Yong tengah preggy...Kalau tak Kak Yong comfirm joint juga...Kak Yong memang minat joint program-program macam nie...Hihihihi...

Program kat Dataran Bandaraya Johor Bahru lum habis, time deklamasikan sajak...Kak Yong tengok Mr. Hubby, Zam dan Gee dah kuar dari padang...Hahahahaha...Comfirm diorang cabut awal...Terus jer Zam ajak gie sarapan dulu kat ZZ...Maka berangkatlah kitorang ke ZZ dengan perut yang berkeroncong...Tq banyak banyak juga pada Zam sebab belanja Kak Yong anak beranak sarapan pagi kat ZZ...

Then lepas jer sarapan kitorang terus gerak ke Kampung Lukut, Kota Tinggi...Mulanya nak konvoi tapi entah macam mana terpisah di tengah jalan...Tapi time kat Kota Tinggi boleh plak terserempak semula...Hahahaha...Jadi berkonvoi balik kitorang 2 kete ke Kampung Lukut...

Ini la pengantinnya...Selamat Pengantin Baru untuk Along Kam dan suami...Kami sekeluarga mendoakan agar Along Kam dan suami kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

Lama juga kitorang melepak kat Kampung Lukut...Lepas Zuhur lebih kurang jam 2.00 petang baru ler bergerak balik ke Johor Bahru...Family Kak Yong terus ke Segamat hantar adik yang bongsu ke Kolej Vokaysional Segamat...Kak Yong sekeluarga dan Zam sekeluarga balik ke rumah masing-masing...Anak-anak pun dah kepenatan yang amat sangat...Nak singgah shopping complex pun tak syok...

Kak Yong sempat ambil buah tangan semalam sebelum balik dari Kampung Lukut...Hahahaha...Seronok dapat petik buah jambu yang merah meranum kat laman rumah Along Semah...Duku jer Kak Yong tak amek sendiri sebab tinggi benor pokoknya...Kena panjat tangga...Tidak mungkin Kak Yong lakukan semua tu...Hahahahaha...



Disebabkan Kak Yong masih lagi batuk sket sket...Jadi Kak Yong limitkan makan buah-buahan kat atas nie...Insyaallah hari nie baru nak gie mencari kuah rojak untuk dicecah dengan jambu tu...Nampak sangat Kak Yong teringin sungguh nak makan jambu tu kan...Hahahahaha...

Okey la...Jangan lupa yer...Kak Yong masih pengedar SHAKLEE yang sah...Yang nak beli produk SHAKLEE boleh contact Kak Yong yer...


September 1, 2010

Bakal Peguam Negara

Huh...
Tajuk sangat skema okey...
Bukan main-main tajuk entry Lynn hari nie...
Berkenaan apa kah ini?
Korang nak tahu siapa bakal Peguam Negara Malaysia?

Sila rujuk gambar di bawah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kat atas tu bakal Peguam Negara Malaysia yang akan datang yer kawan-kawan semua...
Hehehehehe...
 Di dalam Persidangan Parlimen Kecil..
Tadika Ixora Ria...


Yang anggota lainnya seperti di bawah ini...


dan juga ini...


Hahahahaha...
Memang kelakar sungguh la tengok poster nie terpampang kat luar Tadika Ixora Ria Isnin lepas...
Last Monday, Tadika Ixora Ria ada buat sambutan hari kemerdekaan...
Semua student kena pakai baju senaman masing-masing...
Salah satu acara yang dibuat sempena sambutan tu adalah perbarisan...
Perbarisan yang lebih kepada berjalan-jalan...
(Itu yang Teacher Nany & TEacher Efa inform kat Lynn la...)
Dan ada juga coloring contest...


Dan pemenangnya adalah...

Nur Qistina Farzana - No 3...
Ermm korang tengok lah sendiri hasil kerja anak dara nie sampai leh dapat No 3...
Agak comot kan...
Tapi bila fikirkan balik yang umur dia baru jer 3 tahun i think nie pun dah kira cantik...
Kalau x macam mana la boleh dapat No 3 dalam kategori yang sebaya dgn dia...
Betul tak?
Balik jer rumah hari Isnin tu dia asyik laungkan 
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Hehehehe...

August 31, 2010

1 Malaysia Menjana Transformasi

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53...
Tahun nie rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan di bulan Ramadhan...
Sama seperti tahun lepas...
Tema hari kemerdekaan pada tahun nie adalah 1 Malaysia Menjana Transformasi...

 Kat blog pun sekarang tengah sibuk berkempen...
Bermacam-macam cara dibuat untuk menerapkan sifat cintakan negara...
Kebiasaannya setiap tahun akan ada lagu tema sambutan kemerdekaan...
Kalau tak ada lagu tema macam x best jer...
Betul tak?
Lagu tema untuk tahun nie bertajuk 1 Malaysia...
Lebih kurang sama jer ngan tema hari kemerdekaan...

Lirik lagu 1 Malaysia

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha


Dan sambutan kemerdekaan pada tahun ini pertama kalinya 
dibuat secara bertutup di Stadium Putra, Bukit Jalil...
Dan pastinya sambutan kali nie lain daripada yang lain...
Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 53 MALAYSIA...
Korang semua boleh klik MERDEKA...

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia...
Lynn ingin menyatakan betapa bertuahnya Lynn kerana diberi peluang untuk hidup di negara yang tercinta ini...
Tiada negara yang lebih baik daripada Malaysia...
Semoga kemerdekaan yang dicapai akan sentiasa kekal di negara ini...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...