August 26, 2010

Kerajaan Malaysia Bagi Duit Raya RM500

Salam 1 Malaysia...Daripada tajuk entry pun korang dah dapat agak kan apa yang Lynn nak coret kat blog hari nie...Semalam petang Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pemberian Duit Raya sebanyak RM500 kepada 1.24 juta Kakitangan Awam dan 590,000 Pesara di Malaysia...Lynn dan Mr. Hubby rasa bersyukur sangat...Walaupun amaun tu tak seberapa tapi setidak-tidaknya dapatlah juga menampung perbelanjaan pada hari raya nanti...Memang itu la berita yang dinanti-nantikan oleh kami semua...Dan petang semalam waktu nak punch card, kawan sepejabat Lynn kebanyakkannya tersengih-sengih...


Seawal Ramadhan dulu ada gak dapat SMS yang berbunyi "CUEPACS dah comfirm! Kerajaan jadi bagi bonus hari raya kepada semua Kakitangan Awam pada 7 September 2010 sebanyak RM2000 kepada kakitangan kumpulan sokongan & RM1500 untuk kumpulan profesional.  Pekeliling boleh didapati melalui laman web http://www.janganharaplahwoi.com.my!!Hahahahaha!!"...Macam tu la bunyi SMS nyer...Waktu dapat SMS tu memang Lynn dah tersengih-sengih sorang diri...Entah saper la yang memulakan...

Owh yer...Pagi nie Lynn akan menghadiri satu mesyuarat Pengurusan bersama Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan di Negeri Johor...Disebabkan bulan ni Bulan Ramadhan maka mesyuarat kali nie hanya diadakan di pejabat LPP Johor sahaja...Kalau bulan biasa rasanya dah tentu kena mesyuarat kat luar Johor Bahru...Dan kebetulan hari nie pegawai yang sepatutnya mencatit minit mesyuarat awal-awal dah menyatakan yang dia tidak akan hadir kerana demam...Boleh plak semalam telefon pejabat kata esok dia demam...Huhuhu...Memang bermasalah sungguh la...

Maka selain daripada menghadiri mesyuarat Lynn juga kena ambil alih tugas mencatit minit mesyuarat hari nie...Jadi tak dapat la Lynn nak merayap ke blog korang semua pagi nie...Tak per...Tengahari nanti Lynn akan jenguk korang semua yer...Untuk semua Kakitangan Awam & Pesara yang membaca blog Lynn nie...Lynn ucapkan tahniah sebab dapat Duit Raya RM500 daripada Kerajaan Malaysia...Gunakan lah duit tersebut dengan sebaik-baiknya dan janganlah kita berlebihan dalam membuat persiapan raya...Bersederhana itu adalah lebih baik...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...