August 10, 2010

Salam Ramadhan 1431H

Pejam celik pejam celik tinggal sehari jer umat Islam di bumi ALLAH S.W.T ini akan memulakan ibadah puasa di bulan mulia bulan RAMADHAN...Insyaallah esok bersamaan 11 Ogos 2010 akan bermula episod bangun sahur untuk kami sekeluarga...Begitu juga dengan anda semua di luar sana...Awal pagi tadi Lynn dah ajukan pertanyaan pada Mr. Hubby agak-agak dia nak sahur apa esok pagi? Mr. Hubby tak nak Lynn masak yang heavy-heavy sepanjang masa bersahur...Dia tak nak menyusahkan Lynn dan dia sendiri tak boleh nak makan lauk yang berkuah waktu bersahur nie...Tak kena dengan tekak dan selera dia...Jadi senang la sket kerja Lynn...Hehehehe...

Okeys...Entry kali nie Lynn nak share sedikit info tentang Bulan Ramadhan nie dengan pembaca blog Lynn nie...Dan kalau korang nak sebarkan info2 nie pun boleh gak...Lynn tak kisah...Info nie Lynn dapat daripada kiriman seorang sahabat baik Lynn yang mana ianya terkandung dalam Panduan Ibadah Puasa Ramadhan terbitan Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)...

10 Senarai Semak Persiapan dan Perlaksanaan Puasa
  1. Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan, 'Barang siapa yang hatinya merasa gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, maka ALLAH haramkan jasadnya untuk masuk neraka' - Al-hadith...
  2. Memohon maaf kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat anda, di mana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan...
  3. Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri hati, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong) sebelum, ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya...
  4. Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk menjalankan juga ibadah-ibadah nafila (tambahan)...
  5. Tingkatkan Iman dan Taqwa, selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam di tempat anda...
  6. Perbanyak membaca dan memahami Al-Quran Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu...
  7. Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama ibadah puasa, tingglkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala...
  8. Tingkatkan amar ma'ruf nahi mungkar, saling nasihat menasihati di jalan ALLAH dan perbanyak bersabar...
  9. Usahakan anda beri'tikaf (berdiam diri/menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 hari terakhir Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu...
  10. Ingatlah, bukan pakaian baru yang diterima di sisi ALLAH S.W.T tetapi kebagusan ibadah kita yang utama...

Lafaz niat sebulan berpuasa

Lafaz niat puasa Ramadhan seharian

Niat berbuka puasa

Untuk menyenangkan para pembaca dan blogger di luar untuk mengetahui waktu IMSAK dan BERBUKA, korang boleh klik kat SINI... Di kesempatan yang ada nie Lynn ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog Lynn nie sekiranya ada kata-kata di dalam blog ini yang menyentuh sensitiviti anda semua...Lynn juga mohon maaf sekiranya ada ketelanjuran kata sewaktu memberi komen di blog kawan-kawan...Lynn mohon sangat agar semua pembaca dapat memaafkan Lynn sekiranya ada yang terasa hati yer...Semoga Ramadhan yang bakal menjelang akan memberi kerahmatan buat kita semua Umat ISLAM di muka bumi ALLAH ini...Selamat berpuasa buat anda semua...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...