August 20, 2010

Ceramah Agama Pagi Tadi

Salam Jumaat...Sedar tak sedar hari nie dah masuk hari ke10 kita semua berpuasa...Dah nak masuk ke Fasa 2 Ramadhan...Seperti kata Tuan Haji Mohd Nor dalam ceramah agama pagi tadi...Bulan Ramadhan nie ada 3 Fasa...Fasa 1 - 10 hari pertama...Fasa 2 - hari ke 11 - ke hari ke 20Fasa 3 - 10 hari terakhir...

Setiap fasa nie ada kelebihannya...

Fasa 1 - Dipenuhi dengan rahmat ALLAH S.W.T...
Fasa 2 - Dipenuhi rahmat ALLAH S.W.T. dan mendapat keampunan dari ALLAH S.W.T...
Fasa 3 - Dipenuhi rahmat ALLAH S.W.T, mendapat keampunan dariNya dan dapat pembebasan dari api neraka...

Sewaktu Fasa ke3 nie la akan ada satu malam yang istimewa yang dikenali sebagai Malam Lailatulqadar...Puasa juga sebenarnya memberi didikan kepada umat Islam yang melakukannya...Didikan puasa terbahagi kepada 2 iaitu spritual & fizikal...

Didikan Puasa Secara Spiritual
  • Melemahkan tekanan nafsu 
  • Meningkatkan kecergasan akal 
  • Menghindari keburukan 
  • Meningkatkan syahsiah diri 
  • Meningkatan pengawalan diri
  • Meluhurkan kesusilaan
Didikan Puasa Secara Fizikal 
  •  Mengurangkan agresif diri 
  • Membersihkan penghadaman 
  • Mengendurkan otot/usus
  • Menyempitkan urat saraf
  • Zat gula dapat disebatikan 
  • Denyutan jantung dapat diturunkan 
  • Jasmani bertambah sihat
Ceramah agama pagi tadi just amek masa 1 jam jer...Ini disebabkan ada mesyuarat pagi nie...Dan untuk kesekiankalinya Mr. Boss naik Dewan Kuliah dengar ceramah agama...Syukur Alhamdullilah...Tak ler susah sangat Lynn nak menjawab kalau pegawai lain tanya tentang Mr. Boss...

Sekarang nie Lynn nak minta pertolongan anda semua...Boleh tak sesiapa di antara anda yang terror tu tolong ajar Lynn sesuatu...Huhuhuhu...Tolong ajar Lynn macam mana nak buat auto published entry...Please...Muka Lynn dah merah padam nie nak minta tolong ngan korang...Sebab Lynn rasa bukan susah sangat pun nak buat auto published entry tu...Tapi Lynn dah puas godek2 la...Try sana try sini...Tak juga dapat buat...Tolong la ajar Lynn yang sangat x pandai tentang hal nie...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...