Showing posts with label Tabung Sedekah Subuh. Show all posts
Showing posts with label Tabung Sedekah Subuh. Show all posts

January 6, 2015

Cerita Tentang Azam

Assalamualaikum 

Awal-awal tahun nie memang banyak azam yang tersimpan di dalam kepala saya nie...Saya memang tak write down lagi apa azam saya sepanjang tahun nie...Sepatutnya kena tulis kan...Ni tidak main peram jer dalam kepala...

Antara azam yang tak pernah luput adalah nak drive sendiri pergi kerja...Hahahahah...Sejak dapat lesen, memang saya tak pernah drive sendiri gi kerja...Time bujang lum kawen dulu duk tumpang kete kawan-kawan sebab tak mampu nak beli kete...Sobs sobs...Gaji dulu starting bukan besar macam sekarang nie...Mana nak bayar sewa rumah, mana nak bagi parents, mana nak sopink, macam macam hal la...

Then bila dah kawen, Mr Hubby memang akan hantar ke mana sahaja yang saya nak pergi...Dan salah satu sebab tak drive, pejabat kitorang satu perjalanan yang sama...Jadi agak membazir kalau masing-masing nak drive sendiri ke tempat kerja...Kebanyakkan kerja pun banyak kitorang buat sama-sama contohnya macam hantar anak ke sekolah dan rumah pengasuh...

Saya sampai dah tak berani nak drive dah bila Mr Hubby dah volunteer hantar dan amek saya setiap hari...Hihihihi...Hati dah makin kecik jer nak drive tau...Sabar jer la kan...Jadi azam saya kena juga beranikan diri untuk drive sendiri lepas bersalin anak keempat nanti...Tapi kete ada sebijik sajork kat rumah...Camner tu? Hahahahaha...

Lately nie kesedaran untuk menyimpan makin membuak-buak...Start November 2014 saya dah lancarkan Tabung Sedekah Subuh...Dan beberapa tahun kebelakangan nie juga saya dan Mr Hubby sudah mula mendisiplinkan diri untuk menabung di akaun bersama dan juga akaun anak-anak syurga kami...

Untuk akaun bersama kami setia bersama CIMB manakala untuk akaun anak-anak syurga kami daftarkan di Akaun Nuri Bank Rakyat...Walaupun amaun tak seberapa...Tapi kesedaran tu dah wujud...Menyimpan untuk masa depan dan sekiranya kami betul betul sesak memang itu ler harapan yang ada...Hihihihi...Korang yang dah beranak pinak mesti faham kan situasi nie...

Tahun 2015 nie saya nak tambah lagi satu tabung...Boleh tak? Boleh tak? Kalau Tabung Sedekah Subuh saya buat sasarannya untuk disedekahkan kepada yang memerlukan...Tapi kali ni saya nak buat Tabung Hijau plak...


Sasaran Tabung Hijau nie untuk menceriakan suasana di rumah kitorang...Boleh tak agaknya yer? Hihihihi...Saya dah makin excited...Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan saya yer lepas nie...Semoga niat nak mengumpul Tabung Hijau nie tercapai mulai tahun 2015 nie...

Insyaallah

P/S : Kenapa pilih hijau? Hahahahah...Ikut tema Shaklee kut...

Nak order supplement Shaklee
Nak jana pendapatan tambahan bersama Shaklee

Hubungi saya 
Pengedar Shaklee Kawasan Johor Bahru 
LYNN HURAIZA 
0137660226 


December 30, 2014

Pilu Mengenangkan Mangsa Banjir

Assalamualaikum 

Sayu dan hiba hati nie bila tengok gambar gambar dari group Wassap, surat khabar dan Facebook...Bayangkanlah kalau kita berada di tempat mereka...Dengan keadaan saya yang tengah sarat mengandung nie...Silap hari bulan boleh terberanak awal bila menghadapi situasi banjir nie...

Sungguh tak sangka banjir tahun nie merupakan banjir terburuk dalam sejarah terutamanya untuk negeri Kelantan...Kata kawan-kawan yang berasal dari Kelantan, tiap tahun memang akan banjir tapi tahun 2014 nie la yang terburuk...ALLAH SWT memang nak menguji hambanya...

Semoga semua yang terlibat tabah menghadapi situasi ini...Dan saya juga mengharapkan sumbangan sumbangan yang didermakan untuk mangsa banjir nie dapat diagihkan secara betul...Sebab dah banyak sangat NGO dan badan badan yang membuat kutipan derma nie...Orang Malaysia semuanya berhati mulia dan tak pernah lokek memberi sumbangan...Semoga sumbangan tersebut sampai kepada mereka yang terlibat dengan banjir nie...

Separuh dari Tabung Sedekah Subuh saya sedekahkan kepada mangsa banjir nie...Kutipan dibuat oleh Group Inspirasi Legacy kelolaan Master Hafsah...Sumbangan yang ada tu nanti akan diberikan kepada Kak Long Nuzula untuk dibelikan barang barang keperluan untuk mangsa banjir di Kelantan...






Macam mana la nak bersihkan semua nie...Memang amek masa untuk pulih...Dengan sesi persekolahan yang akan dibuka tak lama lagi...Tabahlah hati...Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan...

December 29, 2014

Tabung Sedekah Subuh #1

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Tabung Sedekah Subuh #1 telah selesai...Macam tak percaya dah berlalu fasa pertama...Sekarang nie dah start Tabung Sedekah Subuh #2 saya...Hari ni juga saya telah sedekahkan separuh Tabung Sedekah Subuh #1 ke Masjid Jamek AlMakmur, Taman Bukit Tiram untuk Skim Wakaf Karpet...Semoga apa yang saya niatkan dipermudahkan ALLAH SWT...

Insyaallah separuh lagi akan saya sedekahkan kepada mangsa-mangsa banjir...Seperti yang semua maklum di negeri Johor juga sudah ada mangsa-mangsa banjir...Dan terkini di pejabat saya juga telah diwujudkan Urusetia Banjir untuk melaksanakan kutipan derma dan pembelian barang-barang keperluan untuk disedekahkan kepada mangsa banjir di negeri Johor...

 Walaupun tak seberapa tapi saya ikhlas sedekahkan Tabung Sedekah Subuh saya nie kerana ALLAH SWT...Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan...Insyaallah...

December 17, 2014

Berkongsi Rezeki

Assalamualaikum 

Hari nie saya nak share sedikit pengalaman tentang berkongsi rezeki...Baru benar perkara nie terjadi...Khamis lepas saya dan Mr Hubby pergi sarapan di area Taman Johor Jaya...Kitorang biasanya akan sarapan di luar sebelum masuk office bila saya tak sempat nak sediakan sarapan di rumah...Bila dah sarapan tu, nanti kat office boleh fokus nak buat kerja jer...

Tengah sarapan tu ada la kucing yang mengeeeooowww...Saya dan Mr Hubby tak ler peminat kucing sangat...Jadi tak ler duk melayan sangat kucing tu...Makin lama makin kuat kucing tu mengeeeeoooowww...Erm...Kami suami isteri berpendapat kucing nie lapar...Terus ler bagi kucing tu sedikit ayam dari hidangan soto saya...Berkongsi rezeki dengan kucing tu...Kucing tu makan...Dan bila dia nak lagi...Dia menggeeeooooowww lagi...Faham dah kitorang laki bini...Bagi lagi ayam kat kucing tu...



Then dalam masa yang sama...Saya amek sebiji telur puyuh dari pinggan Mr Hubby...Baru jer nak suapkan ke mulut, telur puyuh tu meluncur jatuh dari sudu saya...Bayangkan lah...Rezeki yang dah nak hampir masuk ke mulut jatuh...Time tu saya terus teringat sesuatu...Rezeki yang ada depan mata kita nie belum tentu lagi milik kita sepenuhnya...Kita mungkin berkongsi rezeki tu dengan orang lain ataupun dengan kucing...Rasa insaf sangat di situ...

Semalam sorang kat FB saya duk share info nie kat wall dia...Haaaaaa...Lagi ler timbul rasa insaf di situ...Agaknya telur  puyuh tu jatuh dari sudu sebab kitorang laki bini lambat nak bagi kucing tu makanan kan...

  


Semoga menjadi iktibar buat saya dan Mr Hubby di masa-masa akan datang...Insyaallah...


P/S : Dah nak dekat 40 hari saya mulakan misi Tabung Sedekah Subuh...Cukup 40 hari nak sedekahkan kepada yang berkenaan...

November 16, 2014

Tabung Sedekah Subuh

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Kak Yong baru-baru ni diperkenalkan dengan Tabung Sedekah Subuh...Apa sebenarnya Tabung Sedekah Subuh nie yer? Tabung Sedekah Subuh ni konsepnya sama juga seperti kita sedekah macam yang biasa kita buat tu...Cuma Tabung Sedekah Subuh nie kita amalkan setiap hari selepas Solat Subuh dan sebelum waktu Syuruk...


Cara-cara melaksanakan Tabung Sedekah Subuh
  1. Sediakan sebuah bekas yang transparent seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
  2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)...Tak letak pun tak per asalkan korang ingat nak sedekah subuh...
  3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa sen/rm. ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda. be spesifik, tapi jangan lupa niat untuk dunia dan akhirat.
  4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham.  
  5. Waktu mustajab ialah selepas matahari terbit dan sebelum waktu syuruk. kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak gred A+++ maka segerakanlah. jangan terlepas waktu syuruk tu.
  6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
  7. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? (cth: ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas/mudah lalu lintas) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu luas.
  8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari  41 hinggalah seterusnya jangan berhenti...
  9. Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH
Syukur alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke empat Kak Yong lancarkan Tabung Sedekah Subuh nie...Insyaallah genap hari ke 40 Kak Yong akan kuarkan duit dari tabung tu dan agihkan kepada yang berkenaan...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...