Showing posts with label Diamond Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Diamond Shaklee. Show all posts

December 2, 2014

Pengiktirafan Dari Shaklee

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Shaklee bagi lagi pengiktirafan kepada kami suami isteri...Kali ni kami dijemput untuk menghadiri Shaklee Motivation & Recognition Rally yang akan diadakan di Grand Paragon Hotel, JB 13 Disember 2014 nie...

 Pengiktirafan untuk mereka yang berjaya naik pangkat dalam Shaklee...

Kak Yong memang ada aim yang tinggi untuk berjaya bersama Shaklee...Sebab bagi Kak Yong ini la satu-satunya cara untuk berbisnes yang paling mudah...Kenapa Kak Yong cakap mudah?  Dengan Shaklee Kak Yong tak perlu nak kuar rumah sampai balik tengah tengah malam untuk jana pendapatan tambahan...Kak Yong boleh lakukan semua tu dari rumah...Kak Yong boleh tumpukan perhatian pada Mr Hubby dan anak-anak syurga Kak Yong...

Kak Yong juga yang tentukan berapa banyak income yang Kak Yong nak...Bukan orang yang tentukan berapa banyak income yang Kak Yong dapat...Just focus dan pastikan TUDIA Kak Yong buat tiap hari Insyaallah sales datang menderu-deru...Produk Shaklee juga terbaik di dunia...Ramai yang gunakan dan tahu kehebatan produk Shaklee...

Dan event kali nie bakal menemukan Kak Yong dengan Master Rabihah Anis...Kak Yong memang LUA nak jumpa Master Rabihah Anis nie...Ramai duk cakap muka kami ada iras...Jadi Kak Yong takkan lepaskan peluang untuk kejar Master Rabihah Anis sampai dapat...Kak Yong nak korek rahsia dan sedut aura banyak banyak dari Master Rabihah Anis...


Ni gambar Kak Yong berlatarbelakangkan gambar Master Rabihah Anis...Tak sabar tunggu 13 Disember 2014 nie...

November 16, 2014

Tabung Sedekah Subuh

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Kak Yong baru-baru ni diperkenalkan dengan Tabung Sedekah Subuh...Apa sebenarnya Tabung Sedekah Subuh nie yer? Tabung Sedekah Subuh ni konsepnya sama juga seperti kita sedekah macam yang biasa kita buat tu...Cuma Tabung Sedekah Subuh nie kita amalkan setiap hari selepas Solat Subuh dan sebelum waktu Syuruk...


Cara-cara melaksanakan Tabung Sedekah Subuh
  1. Sediakan sebuah bekas yang transparent seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
  2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)...Tak letak pun tak per asalkan korang ingat nak sedekah subuh...
  3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa sen/rm. ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda. be spesifik, tapi jangan lupa niat untuk dunia dan akhirat.
  4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham.  
  5. Waktu mustajab ialah selepas matahari terbit dan sebelum waktu syuruk. kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak gred A+++ maka segerakanlah. jangan terlepas waktu syuruk tu.
  6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
  7. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? (cth: ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas/mudah lalu lintas) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu luas.
  8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari  41 hinggalah seterusnya jangan berhenti...
  9. Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH
Syukur alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke empat Kak Yong lancarkan Tabung Sedekah Subuh nie...Insyaallah genap hari ke 40 Kak Yong akan kuarkan duit dari tabung tu dan agihkan kepada yang berkenaan...

November 10, 2014

Jom Besarkan Kolam Jiwa

Assalamualaikum 

Apa tu KOLAM JIWA? Korang yang dah selalu sangat dengar talk DAO mesti dah tahu sangat dengan term KOLAM JIWA nie...

Semakin positif KOLAM JIWA kita semakin kita menarik kekayaan, kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup kita nie...Macam mana nak positifkan KOLAM JIWA nie...
  1. Fikir yang baik baik...Jangan ada sekelumit pun perasaan yang tak elok (negatif) dalam diri kita...Jangan buruk sangka....
  2. Lihat benda yang baik baik...Lihat yang indah-indah belaka...Dari sudut yang positif...
  3. Cakap benda yang baik-baik...Jangan duk ngomel yang bukan-bukan...Yang tak berkenaan dengan kita...Kalau tak der benda nak cakap, kita jangan cakap...Baik lah kita zikir atau baca Al Quran...
  4. Buat benda yang baik-baik...
Kenapa kita perlu positifkan KOLAM JIWA kita nie?

Bila kita positif, KOLAM JIWA kita akan menjadi lebih besar...Bila KOLAM JIWA kita besar...Kita akan nampak masalah yang datang adalah satu sebagai satu hikmah...Kita akan tenang dalam menyelesaikan setiap masalah...Kita tak mudah rasa down dan kita tak kan mudah mengalah...Bohong la kalau kita tak ada masalah kan...Kita bukannya perfect...Jadi kita kena POSITIF sebab bila kita POSITIF kita akan fikir dari pelbagai sudut yang ada...Kita akan cuba cari solution dan tidak mudah putus asa...

Hidup ni pilihan...Kuasa memilih terletak dalam hidup kita...Kita yang mencorakkannya...Kalau kita pilih untuk bahagia dan berjaya...Maka kita akan berusaha ke arah itu...


Aku nak BAHAGIA
Aku nak SEJAHTERA 
Aku nak KEKAYAAN
Aku nak KEJAYAAN
Aku tak boleh MENGALAH
Aku yakin aku insan yang CEMERLANG
 Aku yakin pada DIRI SENDIRI
Aku POSITIF

Insyaallah...Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan ku...Ammiinn...

June 11, 2014

National Conference Shaklee 2014

Syukur alhamdulillah...NC SHAKLEE dah pun berakhir pada 9 Jun yang lepas...Bermula pada 7 Jun dan menutup tirai pada 9 Jun 2014...Sebagai penerima Star Achiever Awards, secara tidak langsung saya juga terlibat dalam NC SHAKLEE nie...Tapi disebabkan saya menghadiri program keluarga dan wedding sahabat baik pada 8 Jun maka saya cuma dapat hadir pada 9 Jun 2014 jer...

Rasa seronok sangat sebab ini tahun pertama saya bersama SHAKLEE...Berkat usaha dan kegigihan saya berjaya mendapat 1 award pada tahun ini...Biarpun cuma satu tapi daripada satu ini lah yang akan berkembangnya empayar DIAMOND SHAKLEE saya...Insyaallah...

 Ini lah award yang saya terima...New Rank Achievement Award...Syukur alhamdulillah...


Di atas pentas Sunway Pyramid Convention Centre Ahad lepas...

Memang ramai yang terima award nie...Kebanyakkannya dari susur galur JUTAWAN SHAKLEE...Haaaa...Nak kenal tuan punya empayar JUTAWAN SHAKLEE...

Yang sebelah saya tu la PM Shareeza Hashim @ Cery...Kitorang tumpang tuah dan aura PM Cery hari tu...Insyaallah lagi 2 tahun merasa juga dapat award Presidential Award ni...Insyaallah...Kena usaha gigih dan teruskan sharing tentang SHAKLEE...Tak mau putus asa dan sentiasa berfikiran positif...

 Kenal tak mamat nie? Yang aktif dengan SHAKLEE comfirm kenal sokmo mamat handsome nie...Mr Roger Barnett ni merupakan Chairman & CEO Shaklee Corporation...Sempat dengar talk dia pasal ladang anggur dia...Sangat-sangat memberi inspirasi...Kata Mr. Roger Barnett, ladang anggur nie cara penjagaan dan penanaman tidak sama...Kita boleh ikut cara jiran sebelah menanam dan menjaga tapi penghasilannya pasti lain...Bulan depan mungkin jiran kita dapat menuai hasil...Tapi bukan kita...Yang pasti hasil tetap akan ada bila kita berusaha dan terus berusaha...

 Last but not least...Be Part of The Shaklee Effect...Faham ke faham?

 Amek aura orang hebat lagi...With Mr Roger Barnett...

 Pun tumpang amek gambar bersama...Puan Zihan Zizan...Satu team dengan saya di bawah Empayar Multimillionaire Shaklee...

 Haaaaaa...Ini yang best nie...Ada yang cakap muka saya iras dengan Master Rabihah Anis nie...Tak sempat nak cari Master Rabihah Anis hari tu...Jadi saya tumpang amek gambar bersama...Moga aura Master Rabihah Anis jatuh tempiasnya kat saya...Insyaallah...Rezeki saya dan suami plak 2 tahun akan datang...

Picture of us...Insyaallah ada rezeki kita berjaya dengan SHAKLEE nie...Yakin boleh...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...