Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

December 30, 2014

Pilu Mengenangkan Mangsa Banjir

Assalamualaikum 

Sayu dan hiba hati nie bila tengok gambar gambar dari group Wassap, surat khabar dan Facebook...Bayangkanlah kalau kita berada di tempat mereka...Dengan keadaan saya yang tengah sarat mengandung nie...Silap hari bulan boleh terberanak awal bila menghadapi situasi banjir nie...

Sungguh tak sangka banjir tahun nie merupakan banjir terburuk dalam sejarah terutamanya untuk negeri Kelantan...Kata kawan-kawan yang berasal dari Kelantan, tiap tahun memang akan banjir tapi tahun 2014 nie la yang terburuk...ALLAH SWT memang nak menguji hambanya...

Semoga semua yang terlibat tabah menghadapi situasi ini...Dan saya juga mengharapkan sumbangan sumbangan yang didermakan untuk mangsa banjir nie dapat diagihkan secara betul...Sebab dah banyak sangat NGO dan badan badan yang membuat kutipan derma nie...Orang Malaysia semuanya berhati mulia dan tak pernah lokek memberi sumbangan...Semoga sumbangan tersebut sampai kepada mereka yang terlibat dengan banjir nie...

Separuh dari Tabung Sedekah Subuh saya sedekahkan kepada mangsa banjir nie...Kutipan dibuat oleh Group Inspirasi Legacy kelolaan Master Hafsah...Sumbangan yang ada tu nanti akan diberikan kepada Kak Long Nuzula untuk dibelikan barang barang keperluan untuk mangsa banjir di Kelantan...






Macam mana la nak bersihkan semua nie...Memang amek masa untuk pulih...Dengan sesi persekolahan yang akan dibuka tak lama lagi...Tabahlah hati...Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan...

April 23, 2012

Kita Hidup Ni Bukan Untuk Berlumba-Lumba

Assalamualaikum dan salam ceria...Hari nie, pagi-pagi lagi dah timbul satu isu...Huhuhuhuhu...Sangat sedih tapi i need to be strong...Sebabnya kalau tak strong n positive dah tentu la mood negatif dan sedih tu akan berpanjangan setiap kali berjumpa dengan mereka-mereka itu...

Syukur alhamdulillah, Lynn sekeluarga memang rasa happy dan bahagia sekarang nie...Dengan rahmat dan berkat dari rezeki ALLAH S.W.T berikan, kami sekeluarga dapat menumpang hidup di muka bumi ini dengan segala keperluan yang mencukupi...Dan untuk pengetahuan semua, yang ada sekarang nie adalah dengan hasil titik peluh Lynn dan Mr. Hubby...Bukan dari hasil meminta-minta atau belas ikhsan sesiapa yer...

Jadi bila ada isu orang mengata yang kami nie jealous dengan kekayaan, kejayaan dan apa yang orang lain ada maka hati nie tersentap juga la...Sebabnya baik Lynn atau Mr. Hubby kitorang tak pernah pun nak jealous atau iri hati dengan kejayaan dan keupayaan orang lain nak pakai kereta atau beli rumah besar ke apa...Tak der hati pun nak jealous bila tengok orang lain ada duit berkepuk-kepuk dalam akaun bank tu...Sebab apa yang ada di depan mata kami nie memang mencukupi...

Walaupun berhutang dengan bank, tapi kami punya rumah dan kereta sendiri...Dan bagi kami berdua juga semua nie adalah pinjaman daripada ALLAH S.W.T...Biarpun duit berkepuk-kepuk tapi tak diuruskan dengan betul pun tak guna juga...Bagi kami hidup nie bukan untuk berlumba-lumba...Tapi ada spesis di luar sana yang suka berlumba-lumba...Duk sibuk mengata orang sampai terlupa tentang diri sendiri...Apa la masalah korang ek? Huhuhuhuh...Tepuk dada tanya selera...

Sekian...

July 30, 2010

Sampai Nangis Dibuatnya

Petang nie nak share entry sedih ngan korang semua...
Huhuhuhu...
Lynn sejak 2 malam nie asyik menangis jer...
Murah betul air mata nie keluar...
Mr. Hubby plak boleh buat tak tahu jer bila Lynn menangis...
Sampai betul hati dia...

Mesti korang tertanya-tanya apa yang dah terjadi kan...
Huhuhuhu...
Semua nie adalah gara-gara ini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.


Rob Pattinson @ Edward Cullen...Si handsome yang berlakon dalam filem...


dan juga kerana mereka...

Richard Gere & Hachiko dalam...


Malam pertama Lynn menonton Remember Me seorang diri pada mulanya...
Mr. Hubby temankan waktu dah separuh citer nie dimainkan...
Memang arr jatuh cinta dengan Rob Pattinson nie...
Sangat handsome wei...
Dan sedih sungguh bila dia mati...
Emo sangat la Lynn nie...
Hehehehe...

Malam tadi pun air mata mencurah-curah kuar disebabkan Hachiko...
Sangat sedih melihat kesetiaan anjing ini seperti yang Zana ceritakan...
Lynn memang dapat tahu tentang citer nie daripada review yang Zana buat...
Yang kali nie nangis lagi teruk daripada malam sebelumnya...
Huhuhuhu...
Mengalahkan tengok citer Hindustan...
Mr. Hubby duk bantai gelak jer tengok Lynn...
Sabar jer la...
Korang jangan gelak plak pada Lynn...

Sebenarnya Lynn nie memang kaki nanges bila tengok part yg sedih2 nie...
Tak kisah la citer apa pun...
Lawaks kan...
Tapi itu la kenyataannya...
Lynn memang sensitif sket...

P/S : Sekarang nie hati tengah berdebar-debar plak sebab nak gie jumpa Teacher Qistina sekejap lagi...
Nak gie amek report card dia...
Huhuhuhu...
Doakan Qistina dapat feedback yang baik yer...

SELAMAT BERHARI MINGGU

June 30, 2010

Blog Nie Dah Bersawang

Salam rindu buat korang semua...

Lynn minta maaf banyak2 sebab dah nak dekat seminggu gak blog Lynn nie tak berUPDATE...Huhuhuhu...Episod busy masih lagi menyelubungi diri Lynn nie...Rasa letih sangat la...Weekend lepas kami satu family menghantar Inaz sambung belajar di UiTM Merbok...Syukur Alhamdulillah segala urusan dan perjalanan berjalan lancar...Inaz pun nampak excited untuk memulakan hidup sebagai pelajar...Really good for her...


Insyaallah Lynn akan cuba untuk mencari mood dan masa untuk UPDATE citer2 terbaru untuk tatapan korang yer...Sebenarnyer untuk pengetahuan korang Lynn sekarang dalam mood bersedih sebab ada sesuatu yang berlaku dalam family kitorang lepas balik dari hantar Inaz ke Kedah...Tapi Lynn rasa tak perlu la Lynn story mory kat blog nie...Ia agak personal dan hanya kami sekeluarga jer yang patut tahu tentang hal nie...Korang doakan Lynn dan keluarga kuat yer menempuh dugaan nie...

P/S :  Lynn sentiasa memohon agar Allah S.W.T menunjukkan jalan kebenaran buat mereka yang telah tersasar...Amin...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...