Showing posts with label Pengedar Shaklee Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Pengedar Shaklee Johor Bahru. Show all posts

April 23, 2019

Year by Year... A Major Throwback of Lynn Huraiza...

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah... Berpeluang lagi mencoret dalam blog kesayangan... 

Entry hari nie memang ala ala throwback gamaknya... Hahahahaha... Bila tengok tengok semula... Wow... Memang banyak sangat perubahannya... Korang sendiri boleh tengok gambar gambar dari tahun 2012 hingga la ke tahun 2019 ni...

12 Februari 2012 - Baru 2 anak kut masa nie...

  15 Ogos 2013 - Dah ada anak ketiga... Badan memang berisi sungguh...

3 Ogos 2014 - Membesar dan terus membesar... Hahahahah...

 9 Jun 2015 - Masa ni dah ada 4 gegurl... Tu amek gambar sendeng sket... Cer amek gambar menegak... Aduhai...


15 Februari 2016 - Bidan terjun... Rasa macam nak terjun sungguh tengok muka dan badan yang terus mengembang...


29 Februari 2016 - Masa ni kursus PA kat Sabah... Dah mula terfikir nak start diet dan jaga kulit muka...

17 March 2016 - Gie jalan jalan kat Melaka... Asal jalan jalan jer cari port makan best best... Hahahaha...

Saya akhirnya buat keputusan untuk mula menjaga pemakanan dan start dengan Diet Atkins... Saya tolak nasi selama 3 bulan... Dan teruskan pengambilan supplement Shaklee...



14 September 2016 - Setelah nekad untuk menguruskan badan...


6 November 2016 - Majlis pertunangan Enaz dan Majlis pernikahan Nurul...


9 Mei 2017 - Lawatan ke Perak Anjuran KETADBIR LPP Cawangan Negeri Johor... Dah boleh pakai tshirt saiz M


15 Julai 2017 - Masa pertunangan Erin


12 Oktober 2017 - Belum gunakan Youth Shaklee lagi waktu nie... Duk guna skin care macam macam...


 1 Mei 2018 - Dah start pakai Youth Shaklee


18 June 2018 - Time Raya tahun lepas...


28 Julai 2018 - On da way nak ke wedding Pieka di Muar...


22 Ogos 2018 - Raya Aidiladha


21 November 2018 - Guano nak buat kening macam mu Elly? 


14 Disember 2018 - Di Bukit Bendera Penang... Lighting memang best... Konsisten Youth Shaklee pun best jugakkkk... 


26 Januari 2019 - XPDC Gunung Panti... 


5 Februari 2019 - Waktu gigih beratur tengah panas nak dapatkan Keria Antarabangsa


11 Februari 2019 - Naked faces masa sukan LPP di UKM Bangi...


29 Mac 2019 - Masa jalan jalan di Pengkalan Kubor, Kelantan


Semalam





Pagi nie...

Hihihihi... Nampak tak perubahan saya...

Saya cuma konsisten mengamalkan Shaklee dan gunakan skin care Youth Shaklee... Dan baru baru nie, saya add on lagi Fellina Hot Lotion dan Teatox Sisfel...


Saya konsisten guna Youth Shaklee dah masuk tahun kedua...


Saya suka pakai Fellina Hot Lotion ni sebab boleh burn out lemak saya di perut... Selain tu Fellina Hot Lotion ni mengurangkan juga stretchmarks saya... Suami dah mula perasan tau... Tu yang paling best sekali...


Saya minum Teatox untuk buang segala toksin toksin dalam badan saya... Teatox juga membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme dan mencantikkan kulit...

Korang pun boleh juga berubah tau menjadi lebih cantik dan sihat... Apa yang saya maksudkan cantik nie adalah kulit yang cantik... Yang tak kusam, yang tak ada jerawat, yang tak ada jeragat...Dan yang paling penting, konsisten... Jangan la bila korang pakai produk ni nak dapatkan kesan yang cepat jer... Kena konsisten tau supaya kulit kita makin cantik dan badan kita pun sihat...

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan Youth Shaklee, Fellina Hot Lotion dan Teatox korang boleh jer wassap saya...

www.wasap.my/+60137660226

April 1, 2019

New Start

Assalamualaikum 

Alhamdulillah... April telah muncul... Pejam celik pejam celik dah berlalu 3 bulan tahun 2019 ni... Sekejap jer masa berlalu kan...



April 2019 bermula new cycle Shaklee... Insyaallah, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk kekal aktif bersama Shaklee dan berjaya mencapai Rank Coordinator Shaklee untuk cycle 2019...

Untuk mereka di luar sana yang ingin menjana pendapatan melalui TWB dan Shaklee boleh la berhubung dengan saya... Feel free to contact me ASAP at 0137660226...

March 25, 2019

Meet Her Personally

Assalamualaikum

Sihat korang hari ni? Akak doakan semuanya sihat sihat belaka la ya... Musim musim panas ni kena pastikan korang minum air yang secukupnya... Risau nanti ada pula yang terkena Stroke Haba...
Alhamdulillah... Di JB walaupun panas terik, ada juga hujan turun... Tapi bahang tetap juga terasa...

Pernah tak korang terfikir yang korang akan meet in person orang yang korang rasa adore sangat... Yang korang rasa sungguh motivated dan penuh dengan inspirasi... Syukur alhamdulillah, hari ni akak berpeluang bertentang mata dengan Master Ainul Shahrazad... Akak prefer panggil dia Master Ainul...

Pada mulanya macam tak percaya jer yang Master Ainul tag akak malam tadi kat FB... Tag okay... Bukan personally wassap atau mesenger ke... Secara terang terangan memang dia dah target nak jumpa akak personally hari nie... Akak dapat tahu jam 4.00 pagi tadi... Memang semalam tidur awal dan tak amek port pasal hp ke apa... Sedar sedar tengok hp dah siap sedia di caj dan tengok ada notification yang Master Ainul tag... 

Terkedu seketika... Hahahaha... Orang yang ko tak pernah terfikir pun dapat jumpa personally boleh tag ko kata nak jumpa hari ni... Dan akak tak pernah anggap ini satu gurauan okay... Once dia dah choose nak jumpa, mesti ada yang dia target...


Allahu... She so gorgeous okay... Kulit dia halus mulus... We having lunch kat McD sebelah pejabat akak jer... Memang masa yang ada tu diisi dengan perbualan yang sangat sangat best... 

Master Ainul ni merupakan pengasas TWB - Spa Shaklee... Dan dia seorang yang sangat sangat dedicated dengan apa yang dia buat... Semoga perjumpaan kali pertama secara personally ini membawa ke perjumpaan yang seterusnya...




Semoga kata kata Master Ainul mendoakan akak untuk menjadi Coordinator Shaklee Cycle 2019 dipermudahkan dan menjadi kenyataan... Insyaallah... Aamiin... Terima kasih Master...

Untuk semua di luar sana... Yang nak tahu lebih lanjut berkenaan TWB - Spa Shaklee boleh personally wassap akak ya...

www.wasap.my/+60137660226/TWBSpaShaklee

February 4, 2018

Hebatnya Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah...Baru baru ni saya balik ke rumah mertua di Negeri Sembilan...Sampai jer di rumah, saya disajikan dengan cerita yang seronok sangat...

Ayah saya baru baru nie menghadapi masalah kaki cramp sewaktu menunaikan solat...Dia pernah mengadu kat kami sewaktu family day di Melaka tempoh hari...Dia cakap setiap kali dia solat, kaki dia akan cramp waktu tahiyat awal dan akhir...Dia rasa tak selesa sangat sebab bila cramp tu dia tak dapat duduk tahiyat awal dan akhir tu dengan sempurna...


Malam yang dia cakap dia ada masalah tu saya suruh dia makan 4 biji Ostematrix...Kebetulan saya memang akan bawa bekalan supplement Shaklee saya setiap kali travel ke mana mana...Alhamdulillah ayah saya ni seorang yang senang nak makan supplement gini...Dia makan terus 4 biji Ostematrix tu dan konsisten makan setiap hari...Tak pernah tinggal pun dan dah masuk botol kedua makan Ostematrix ni kongsi dengan mak saya...

Kita yang mencadangkan supplement ni memang akan rasa seronok sangat bila dapat feedback yang seronok macam ni...Ayah saya siap tunjukkan lagi dia duduk tahiyat awal dan akhir untuk membuktikan yang kaki dia dah tak sakit lagi...Hihihihi...So comel tau...Syukur alhamdulillah dengan izin Allah Swt kaki ayah saya dah tak cramp lagi...

Tubuh badan kita memang perlukan kalsium setiap hari...Untuk orang yang tak minum susu macam saya ni...Memang wajib makan Ostemarix Shaklee untuk memastikan pengambilan Kalsium secukupnya setiap hari...


1 tablet Ostematrix nie bersamaan 1 gelas susu kalsium tinggi dan bersamaan juga dengan 80 biji badam...Ostematrix juga sesuai diambil untuk ibu yang mengandung, mereka yang mengalami masalah sembelit, mereka yang kerap lesu dan letih dan mereka yang selalu kekejangan otot...

Kita berusaha dan serahkan kepada Allah Swt atas segalanya...

Nak dapatkan Ostematrix Shaklee boleh hubungi Kak Long Lynn di talian 0137660226... Tak salah kita spend duit sedikit untuk kesihatan ibu bapa kita...Hanya RM64.00 sebotol untuk penggunaan 1 bulan...

February 1, 2018

Vita Lea For Children : Multivitamin Wajib Untuk Anak Anak

Assalamualaikum 

Sebagai seorang mama kepada 4 orang anak saya tidak mampu untuk memastikan anak anak saya mengambil semua keperluan di bawah ini setiap hari.  Nak memastikan anak anak mengambil sayur-sayuran pun dah memeningkan kepala saya.  Ini kenyataan untuk diri saya sekeluarga.  

Vita Lea For Children membantu saya untuk memastikan anak anak saya mendapat nutrisi yang mencukupi untuk badan mereka.  Jadual persekolahan yang sangat padat dicampur pula dengan kelas tuition di sebelah malamnya, saya kena pastikan anak anak saya sihat dan fokus untuk mengharungi setiap hari dengan bertenaga.



Vita Lea For Children ini dilengkapi 19 nutrien penting dan disediakan dalam bentuk mudah untuk dinikmati oleh anak anak kita...



Vita Lea For Children 

~ Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak kanak 
~ Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
~ Memberi 100% nilai harian vitamin C
~ Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia 
~ Berasaskan phtonutrien semulajadi 
~ Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
~ Kaya dengan sumber nutrien antioksidan 
~ Diperkaya dengan buah oren, anggor dan campuran perisa beri

Vita Lea for Children sangat bagus untuk anak anak yang kurang selera makan dan tidak memakan sayur.  Para ibu bapa yang inginkan multivitamin yang hebat untuk anak anak anda boleh mendapatkan Vita Lea for Children daripada saya Kak Long Lynn di 0137660226...

January 30, 2018

Be Strong

Assalamualaikum 

Lately nie banyak benda yang berlaku...Sebagai hambaNya saya didik hati saya supaya redha dengan segala apa yang berlaku...Saya yakin segala apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...


Saya nak stress stress pun tak guna...Sebab bila saya stress makin teruk jadinya...Saya tak bahagia, saya tak fokus kerja, saya gaduh dengan suami...Jadinya biarlah saya redha...Lapangkan dada dan perbetulkan niat saya...Apa tujuan sebenar saya bekerja dan berniaga kecil kecilan...

Saya serahkan semuanya pada ALLAH SWT...Saya yakin ALLAH SWT akan bantu saya...Bantu saya menerima semuanya dengan redha dan positifkan diri saya...

Syukur alhamdulillah, saya terpilih untuk menjadi Perwakilan KNB LPP untuk Negeri bagi penggal kedua...Berkat bekerja dengan ikhlas di dalam KNB LPP dan membantu sahabat sahabat lain...ALLAH SWT permudahkan segalanya apabila saya bertugas sebagai wakil perhubungan kawasan KNB LPP untuk negeri Johor ni...


Sekarang ni saya akan teruskan jer kerja kerja kesatuan di pejabat nie...Alhamdulillah sokongan daripada sahabat sahabat memang banyak...Tak perlu saya nak sebutkan satu persatu...Kalau diorang baca entry ni saya yakin diorang tahu siapa yang saya maksudkan...Terima kasih banyak membantu saya...

Jumpa lagi di entry lain ya...Saya nak sambung buat kerja...Take care semua...

Nak dapatkan produk Supplement Shaklee, Water Filter Cuckoo, Tudung Kekaboo Mirabelle, Cadar Patchwork dan lain lain barangan boleh hubungi Kak Long Lynn di 0137660226

January 18, 2018

Family Day Sekaligus Buat Birthday Party Zahra & Amani

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Niat nak bawa family Rawang dan family Lakai bercuti dah termakbul last weekend...Ala ala Family Day juga la ni...Kak Long plan untuk buat program ni setelah mendapat persetujuan daripada Abang Long...Hihihihih...Plan sehebat macam mana pun kalau Abang Long tak bagi green light dan ALLAH SWT tak izinkan tak kan menjadi juga...Jadi bila Kak Long dah ready dengan kertas cadangan terus ler bentang kat Abang Long...Kitorang amek kesempatan celebrate birthday Zahra dan Amani juga time ni...

Kak Long booking Lot 874 A Famosa Resort sebulan lebih awal untuk menjayakan program ni...Settle jer bayar deposit terus Kak Long war warkan pada family members...Most of the family members dapat join kecuali Adik Nurul dan husband dia...Tak per lah...Insyaallah next time kita gathering lagi ramai ramai macam ni ya...Dan untuk Birthday Zahra dan Amani jemput beberapa kawan baik jer...Yang datang pun cuma Ezmad satu family...Yang lain lain semua ada hal yang tak dapat dielakkan...



Zahra turns 5...Amani turns 3


Kek tempah kat IG WannderCakes


Anak anak nie semuanya baru naik dari swimming pool...Kak Long paksa juga diorang bersiap supaya dapat selesaikan Birthday Party Zahra dan Amani...Hihihihi...Diorang dah nampak swimming pool excited nak mandi jer...



Buat BBQ sket...Family Rawang sponsor ayam, Ima dan Khairi sponsor kambing, kitorang tambah sosej sket...


First time buat program macam nie...Abang Long cakap bagus juga bila berkumpul ramai ramai macam nie...Boleh berbual bual sambil makan makan...


Seronok tengok Atuk Kak Long nie tersenyum...Atuk ni zaman sihat dia suka berjalan...Gie berjalan rumah anak anak...La ni duk rumah ibu ayah Kak Long kat Rawang...Tunggu ibu ayah bawa berjalan baru la dia dapat berjalan sekarang ni...Jadinya kita plan program macam nie supaya dia dapat berjalan jalan ubah angin sekali sekala...


Aisyah kenapa makin comey...Muahhhhhss cket...


Aisyah duk perhati jer Mama Lynn dia yang makin chubby...Hahahahaha...Bertabahlah Aisyah ya...Mama Lynn nie Papa Ezal banyak bagi makan...Tu yang semangat jer...

Lepas jer potong kek dan makan makan anak anak sambung mandi kat dalam swimming pool...Hurmmm...Kak Long tak mandi pun...Nak mandi segan oooiii sebab adik ipar semua tak mandi...Ibu, Atuk dan Mak pun tak mandi swimming pool juga...Jadi kena waras la sket...Malu sket kat orang lain...Hihihihi...






 Malam tu kitorang habiskan masa borak borak jer...Then esoknya sambung lagi mandi swimming pool...Hihihihi...Anak anak memang seronok...


 Bergambar ramai ramai untuk kenangan di masa hadapan...Terima kasih semua sebab sudi menjayakan program yang dirancang oleh Kak Long dan Abang Long...Next trip kita ke Kuantan pula la...Boleh makan Ikan Bakar Petai nanti...Hihihihi...Kita kongsi rezeki yang ada ni dengan insan tersayang...

Nak dapatkan produk Supplement Shaklee, Tudung Kekaboo Mirabelle, Cadar Patchwork boleh hubungi Kak Long di 0137660226...

January 3, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu di tahun baru 2018 ni...Tak boleh nak kata tak percaya sebab ini la kenyataannya...Tahun 2017 telah berlalu...Tahun yang banyak menyimpan memori duka...Yang rapat dengan Kak Long pastinya nampak apa yang berlaku disekeliling Kak Long...Di sudut hati Kak Long selalu mengingatkan diri sendiri bahawa di sebalik kisah duka itu pasti ada hikmah dan kegembiraan yang akan menyusul...Kak Long kena kuat dan terus positive...Cukuplah setahun 2017 yang sungguh kacau bilau...

  
Tahun 2018 ni Kak Long nak terus fokus dengan family, kerjaya dan bisnes online Kak Long...



Kak Long punya impian yang besar sebenarnya...Cuma buat masa ni Kak Long masih belum berani nak mulakan langkah untuk terus serius di dalam bisnes...Lagipun Kak Long masih terikat dengan kerja hakiki yang sekarang nie...Banyak benda nak kena fikir kalau betul betul nak serius...Tak boleh nak main redah jer...

Alhamdulillah tahun 2018 ni Nur Qistina Farzana dah masuk Darjah 5...Ada exam besar menanti tahun ni...Nur Qaleesya Arissa pula sudah Darjah 1...Setakat 3 hari ni nampaknya semuanya okey jer...Risau hati mama dan papa ada lebih sket untuk anak yang sorang nie...Hihihihi...Kami berdua sepakat untuk register Nur Qhasrina Zahra di Tadika Ixora Ria...Tempat kakak kakak dia belajar juga nie...Hari pertama cool jer anak dara ni masuk tadika...Syukur tak ada edisi melalak dan tarik muka masam sepanjang 3 hari ni...



Kakak Nur Qistina Farzana pun banyak membantu di rumah...Syukur alhamdulillah...Permulaan yang sangat baik untuk tahun 2018 ni...Kak Long rasa bersyukur sangat...Sekarang ni cuma Nur Qaseh Amani jer yang tinggal kat rumah pengasuh...Insyaallah dah 5 tahun nanti masuk tadika ya...





Selamat Tahun Baru 2018 dari kami sekeluarga...Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang tahun ni ya...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...