April 9, 2015

Bahasa Arab

Assalamualaikum

Risaunya saya...Hari ni Nur Qistina Farzana exam Bahasa Arab...Entah dia boleh jawab entah tidak exam hari nie...Sejujurnya saya memang tak faham Bahasa Arab ni...Semalam saya sempat up status kat FB...Serius cakap...Saya memang tak faham apa yang tertulis kat dalam buku Bahasa Arab Qistina...

Ustazah dia ada jual salinan kamus Bahasa Arab...Dah dibelek belek pun saya tetap tak faham...Soalan dalam buku latihan memang tak der langsung translation jawi...Semuanya Bahasa Arab...Jadi bila nak buat latihan tu agak payah di situ untuk memahaminya...Ingatkan boleh rujuk kat salinan kamus tu...Tapi satu hapa pun saya tak faham...

Qistina dah tentu la blur blur minta saya ajarkan...Yang saya dah nak nangis sebab stress tak faham dan tak dapat plak nak ajar anak yang sorang tu...Hadooooooiii...Rasa nyesal dulu tak belajar rajin rajin kat sekolah agama time Bahasa Arab...Memang ler habis belajar sampai Darjah 6, Sekolah Agama Sentul...Dah tu dapat sambung kat Sekolah Menengah Puteri Wilayah, amek aliran agama...Ada juga belajar Bahasa Arab...Tapi duk ngelat, time belajar tak tumpu perhatian...Dapat bertahan sampai Tingkatan 2 jer...Naik Tingkatan 3 minta ayah tukarkan sekolah ke Rawang....

Lepas tu memang tak amek pot langsung pasal Bahasa Arab nie...Tapi sekarang nie bila anak dah kena belajar Bahasa Arab, time tu ler nak menyesal...Hohohohoho...Camno nie?


 Percaya tak saya boleh wassap Ustazah anak saya semalam cakap saya tak pandai...Memang terus terang habis...Tapi sedih...Ustazah tak balas pun wassap saya...Sibuk kut...Tapi tengok ada tanda dah dibaca wassap tu...


Macam mana solutionnya nie? Tolong saya...

6 comments:

imm said...

salam kenal..singgah jalan2 kat sini ☺

lieyalatif said...

tu le kak...lieya pun ade masalah bab bahasa arab...mujur husben lieya terra arab sebab die pun dulu uia kan so bab2 arab mmg tolak kat die ....

takpe kak....in sha Allah ade caranye.... mungkin akak kene laa try install translation kat henset ke cari arabic punye...mane tau leh bantu....

ehem kak..kang ade lak komen anon "rilekss laa anak baru darjah satu kot" kakakaakak..sakit jiwa la kak kawan ko sorang tu kkakakakaka

Lynn Huraiza said...

imm hassan : salam kenal juga...nanti saya singgah blog yer...balas kunjungan...

Lynn Huraiza said...

lieyalatif : hahahahahaha...ku nak guling guling pasal cik anon tu...

haah lieya...nanti kena try install transalation la...kena buat sesuatu...jenuh wei nak belajar balik macam zaman kanak kanak dulu...

Erynz said...

Walaupun penggunaan sumber teknologi maklumat dan komunikasi memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada penggunanya, namun jika disalahgunakan ia juga merupakan medium terhebat untuk menyebarluaskan perkara-perkara yang tidak elok pada pandangan syara'

Persoalannya adakah umpat dan fitnah menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat juga dianggap seperti umpat dan fitnah yang dilarang syara'?

Menurut Imam al-Ghazali Rahimullahu Ta'ala sebagaimana di atas, bahawa salah satu bentuk umpatan dan fitnah adalah dengan tulisan, sebagai contoh: Seorang pengarang buku dengan jelas menyebut orang tertentu di dalam penulisannya bahawa: "Si Polan itu begini dan begini", dengan tujuan menyebutkan kekurangan dan menghinanya, maka yang sedemikian itu hukumnya adalah haram.

Oleh yang sedemikian, maka umpat dan fitnah melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti blog, email atau Whatsapp juga dianggap sebagai satu bentuk penyebaran umpat dan fitnah dengan tulisan dan ini juga merupakan perbuatan yang dicela oleh syara'. Ini kerana penyebaran dalam bentuk ini juga tidak sunyi daripada kejahatan umpat dan fitnah seseorang terhadap orang lain.

Perlu kita sedar, penyebaran umpat dan fitnah melalui kemudahan teknologi dan komunikasi ini turut menyumbang kepada perpecahan dan perbalahan ummah, bahkan ianya lebih dahsyat lagi daripada penyebaran biasa kerana kepantasan penyampaian yang sekelip mata dengan hanya menekan 'send' (hantar/kirim) terus kepada penerima dapat merealisasikan niat buruk seseorang yang ingin mengaibkan atau menjatuhkan maruah orang lain.

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)?"

Para sahabat berkata: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Baginda bersabda: "(Mengumpat itu ialah) penyebutanmu terhadap saudaramu tentang sesuatu yang tidak disukainya."

Dikatakan: "Apakah pendapat Tuan jika yang aku katakan itu memang benar ada pada saudaraku?"

Baginda bersabda: "Jika apa yang engkau katakan itu memang benar maka sesungguhnya engkau telah mengumpatnya, tetapi jika apa yang engkau katakan itu tidak benar, maka sesungguhnya engkau telah membuat dusta kepadanya."

(Hadis riwayat Muslim)

Adapun umpat atau fitnah yang dicela syara' itu tidak hanya terbatas pada umpat atau fitnah dengan lidah bahkan juga dengan perbuatan. Imam al-Ghazali Rahimullahu Ta'ala dalam kitab beliau Ihya 'Ulumuddin menyebutkan bahawa menyebarkan dengan apa sahaja cara umpat atau fitnah yang boleh difahami sama ada dengan percakapan, isyarat dan tulisan juga adalah haram.

Adapun banyak perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat atau memfitnah, antaranya..
- Untuk gurauan dan untuk mengisi waktu dengan gelak tawa, maka disebut keaiban orang lain.
- Mengejek dan menghina. Perbuatan ini dapat dilakukan sama ada ketika kehadiran orang yang diejek atau semasa ketiadaannya.

Apabila dilihat kepada perkara di atas, jelas bahawa punca seseorang itu mengumpat atau memfitnah orang lain adalah untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang yang diumpat atau difitnahnya. Inilah antara perbuatan yang sangat-sangat dilarang oleh Islam, sama ada disedari ataupun tidak.

(credit to: www.pelitabrunei.gov)

Even I don't know which anon it is, as a muslim and as a sister in Islam, I think this is not right attitude bagi seseorang yang selalu buat solat tahajjud, solat sunat Dhuha, solat 5 kali siang dan malam, puasa sunat Isnin dan Khamis, mengajar anaknya mengaji and everything.

Sungguh sayang sebab amal ibadat kamu sudah cukup tapi hati dan keimanan kamu belum cukup lengkap.

Well, at least I comment and use my google name, not a Korek Kundi, korek Hidung, Korek Telinga or something like that.

Please don't hesitate to reply my comment as you did before like the others.

Have a nice day!

Lynn Huraiza said...

Erynemysha Helmy : tq so much kerana sudi tinggalkan jejak...tq juga kerana sudi beri nasihat pada saya yang naif nie...insyaallah saya akan cuba perbaiki diri saya dari masa ke semasa...tq...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...