March 17, 2014

Bila Bercuti

Assalamualaikum & Salam Ceria

Semalam saya bercuti satu hari...Ikutkan hati saya memang tak mau cuti lebih-lebih lagi semalam ada 3 mesyuarat penting di pejabat...Tapi apakan daya saya kena juga bercuti sebab anak-anak tak ada yang handle...Pengasuh anak ke Mersing semalam...Dan disebabkan pengasuh anak tak pernah minta cuti maka saya tak sampai hati nak tolak permintaan dia...

Seharian di rumah semalam Nur Qaleesya Arissa dan Nur Qhasrina Zahra memang baik-baik belaka...Cuma saya tak dapat la nak buat kerja-kerja yang saya aim nak buat time cuti semalam...Antaranya ialah melipat kain baju yang dah bertimbun tu...Punca tak dapat nak buat adalah kerana anak-anak syurga nie duk kemburkan balik bila saya dah lipat kain-kain tu...Hihihihihi...Sabar jer la mama semalam...

 Awal-awal pagi bila Papa dah hantar kakak Nur Qistina Farzana ke sekolah...Dua beradik nie minta mandi kolam cetek...Layankan...

 Bila dah puas berendam...Perut pun lapor...Maka top up pula dengan susu...

Semalam berpeluang la juga berjumpa dengan seorang anak SHAKLEE dan juga kawan saya sewaktu dia dan keluarganya duk di Johor...Kebetulan dia berjalan ke Johor Bahru jadi dia singgah la rumah sekejap...Tak sempat nak coaching apa...Tapi tak per...Teknologi dah makin canggih...Coaching juga Wassapp dan Facebook la yer nanti...Hihihihi...

So hari nie saya dengan penuh bersemangat datang ke pejabat...Dan sebagai balasan daripada cuti semalam...Maka hari nie hadap la kerja-kerja nie yer...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mulakan dengan Bismillah...Insyaallah ALLAH SWT permudahkan kerja-kerja saya...

7 comments:

lia said...

slmt bekerja ;p

suwara entertainment said...

amin amin..salam isnin lyn!

Lynn Huraiza said...

lia : terima kasih...

Lynn Huraiza said...

Sue-Rya Qistina : salam isnin dear...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

Mesti anak2 seronok sgt bila mamanye sendiri yg jaga kat rumah kan..^_^

Lynn Huraiza said...

Lily : hahahahah...seronok sangat sampai mama x leh nak buat apa...mengadap jer diorang...

rostina76 said...

go go lyn!!!heheh bagi semangat sikit utk lyn keje. btw cekci btul anak dar tu

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...