January 15, 2014

Jalan Jalan : Taman Rama-Rama Melaka

Assalamualaikum dan salam ceria...

Hari nie saya nak sambung bercerita tentang short trip ke Melaka Disember 2013 yang lepas...Memang dah basi citer nie tapi tetap gak nak tepek kat blog nie...Hihihihihi...Jangan marah yer...Layankan jer la saya nak bebel nie...

 Lepas jer anak-anak bersuka ria mandi manda kat Bayou Lagoon Park Resort, kitorang terus check out...Dalam kul 12.00 tengahari dah check out dan terus menuju ke Restoran Kari Kepala Ikan kat Bukit Katil...Lepas makan Mr. Hubby tanya nak berjalan ke mana? Saya cadangkan ke Bandar Hilir...Mana tahu leh juga bawa anak-anak naik beca ke...Tapi tiba jer kat Bandar Hilir...Harapan nak naik beca hancur berkecai sebab nak cari parking pun tak jumpa...Adoooiii la...Pack giler Melaka time cuti-cuti nie...

Jadi saya sarankan ke Taman Rama-Rama Melaka...Sebab kitorang dah pernah pergi Zoo Melaka dan Taman Buaya Melaka...Jadi kali nie kita ke Taman Rama-Rama Melaka...

Ni gambar last patutnya...Tapi tepek yang first sekali sebab kat pintu masuk...Hihihi...

 
First time bawa anak-anak gie tengok rama-rama...Jadi bukan anak-anak jer yang teruja...Mak bapak pun over juga...Hahahahahaha...


 Pihak Taman Rama-Rama Melaka bagi peluang kat anak-anak lepaskan rama-rama...Tapi rama-rama nie jinak...Tak mau dia kuar dari kotak putih tu...

  
Jinak kan rama-rama nie...Nur Qhasrina Zahra memang berkenan habis...Nak dipegangnya rama-rama tu...

Selain daripada rama-rama ada juga binatang-binatang seperti Iguana, Burung, Burung Unta, Buaya, Ular...Tapi tak ler amek gambar binatang-binatang tu...Hihihihi...


Ikan koi memang cantik-cantik kat Taman Rama-Rama nie...Suka tengok ikan yang ada nie...Kalau la dapat rumah sebijik nak saya buat kolam ikan macam nie...Boleh dapat ketenangan bila duk ralit perhatikan ikan-ikan nie...



Anak-anak yang tengah seronok berposing sekarang nie...Seronok bila budak-budak nie sporting nak amek gambar...Mama cayang korang...Muahhhhhssss...

Owh yer...

Perbelanjaan sepanjang program 2 hari 1 malam hanya RM300 sahaja termasuk hotel, minyak, tiket masuk ke Taman Rama-Rama dan tiket tol...Walaupun sekejap tapi berbaloi bila tengok anak-anak happy...Insyaallah ada rezeki nak bawa anak-anak gie berjalan lagi...

4 comments:

munna said...

Dah banyak kali ke Melaka ... Tapi x pernah lagi masuk sini.... Nanti boleh try pergi

Lynn Huraiza said...

munna : betul tu munna...saya baru first time masuk taman rama-rama nie...

eija_sweetmama said...

itulah melaka ni mmg sentiasa pack lebih2 time weekend or cuti umum.

pernah dah sampai taman rama2 melaka, mmg agak menarik n sesuai bawa family dan anak2 kecik..

Masya said...

rindunya nak pg melaka.. bnyk dah berubah skrg ni.. mcm² ade...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...