Assalamualaikum...
Korang kat luar sana...Jangan jealous yer...Hari nie kami di Johor bercuti...Sempena Hari Hol Alhamrhum Sultan Johor...Tapi walaupun bercuti tak ler berjimba sangat pun...Stay kat JB jer...
Hari nie nak share dengan korang semua tentang Solat Dhuha...
Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan untuk kita
mengamalkannya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang
di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW. Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat.
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor.
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).

Rakaat Pertama
"Allahuakbar"& Niat
dalam hati :
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca Al-Fatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca Al-Fatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
Rakaat Kedua
Baca Al-Fatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
Tahiyyat akhir & Beri Salam..
Doa
Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :
Maksudnya:
Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Saya berazam untuk tahun 2014 yang akan datang ni untuk memperbanyakkan amalan dan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan amalan sunat seperti Solat Dhuha dan Solat Tahajjud...Semoga ALLAH SWT permudahkan segalanya...Insyaallah...
4 comments:
Perkongsian yg baik..tq
bagusnya n3 ni...tengs sharing dear..
tq share yer..moga memberi manfaat utk kita semua..
tu ar kak..jeles semalam johor cuti..sonok adik lieya berjalan sakan sbb cuti 3 ari termasuk sabtu ahad kan....
Post a Comment