December 13, 2013

Motivasi Jumaat

Assalamualaikum...Hari nie seperti minggu lepas...Saya nak share kata-kata motivasi di blog nie...Motivasi kali ini saya petik daripada Dr. Azizan Osman...Saper yang tak kenal Dr. Azizan Osman? Tak per...Saya introduce sket Dr. Azizan Othman nie..

Haaaa...Inilah dia Dr. Azizan Osman...Salah seorang pakar motivasi yang berjaya di Malaysia nie...Program motivasi yang Dr. Azizan Osman nie buat semuanya meletup-letup...Saya jer yang tak berkesempatan nak hadiri...

Hari nie saya nak share kat sini...


Kat atas nie ada 5 sikap positif yang kita perlu didik kat dalam diri kita kalau kita nak berjaya...Saya rungkaikan mengikut apa yang saya faham yer...Mana tahu boleh dimanfaatkan bersama...

  • Kalau kita gagal, jangan cepat mengalah dan putus asa...Jadi macam budak kecil...Bila nak pandai berjalan...Memang akan asyik jatuh jer...Tapi budak kecil tak pernah putus asa...Dia akan cuba dan terus mencuba...Sehingga la berjaya...
  • Ghairah dengan setiap apa yang kita lakukan...Maknanya senang jer...Kena rasa cinta, kasih dan sayang dengan segala apa yang kita nak buat...Baru la timbul rasa seronok bila nak buat kerja tu...Kalau kita tak bersemangat nak buat memang comfirm la tak boleh nak berjaya...
  • Tak ada perkataan tak boleh...Mesti ada jalannya...Jangan bersikap negative...Walau sesukar mana pun pasti ada jalan dan insyaallah kalau kita berusaha ALLAH akan permudahkan...
  • Kalau kita bertindak pasti akan ada perubahan...Kalau rasa nak ada wang banyak, kereta besar, rumah besar dan dapat gie holiday tiap-tiap tahun...Takkan dengan tak bekerja boleh dapat semua tu...Macam Dr. Azizan cakap...Tindakan kecil, hasilnya kecil...Tindakan besar, hasilnya besar...
  • Buat sesuatu sehingga habis...Jangan seperti Hangat-Hangat Tahi Ayam...Kalau buat kerja separuh jalan memang tak nampak hasilnya...Tapi kalau kita usaha dari awal sampai ke akhir insyaallah hasilnya pasti lumayan dan manis...
 Haaaaaa...Itu ler yang dapat saya kongsikan bersama hari nie...Semoga yang membaca dapat manfaat sama yer...

Take care...Selamat bercuti di hujung minggu...

7 comments:

Qhaifa Nur said...

ramai dah berjaya kan...
semua untuk diri sendiri dan keluarga juga...

Lynn Huraiza said...

Qhaifa Nur : betul kak...semua utk diri sendiri dan keluarga...

Rizziela said...

bila la nak dpt peluang ikut talk dia kan

Lynn Huraiza said...

rizziela : itu la tu...teringin juga nak pergi...

mysha said...

sha suka no.4 tu kak lynn

Mimie said...

motivasi die nih memg bagus tp bru2 nih sy bce kat fb de sorg pengadu nih (peserta seminar) ckp kne tipu..betul atau x wallahualam

Fiza Rahman said...

Sentiasa penuh jer kem motivasi AO.

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...