November 10, 2010

Supplement Untuk Ibu Mengandung

Salam pagi Rabu untuk semua...Apa khabar? Sihat ker korang semua? Lynn dan keluarga sihat2 adanya...Owh yer nak bagi tahu kat korang yang Mr. Hubby tak jadi outstation ke Pulau Pinang...Semalam lepas je selesai majlis Hari Inovasi kat LPP KL, Mr. Hubby dan boss dia dah memcut balik ke JB...Hehehehehe...Berbunga-bunga hati Lynn tau bila dapat tahu Mr. Hubby tak jadi ke Pulau Pinang...

Kononnya semalam nak la kenen Pizza Hut kat Mr. Hubby...Ala sebenarnya Lynn nie nak sangat merasa pizza terbaru keluaran Pizza Hut nie...Terliur betul tengok entry Kak Sumi yang pergi makan pizza nie...


Cheh...Kononnya lepas amek Qistina singgah la dulu rumah nak mandi dan solat Maghrib...Tapi bila sampai jer kat rumah Lynn dah termuntah-muntah...Tekak memang loya sungguh semalam...Penyudahnya tak la pergi ke Pizza Hut sebab dah tak larat sangat nak bawa diri...Kang tak pasal-pasal plak muntah-muntah kat Pizza Hut tu nanti...Jadi program makan pizza tu kitorang tangguhkan dulu hingga keadaan Lynn dah stabil sket...Huhuhuhuhu...

Pagi nie tadi sebelum sarapan 2 kali Lynn muntah-muntah kat pejabat...Nasib baik la tak der saper yang masuk toilet kat pejabat tadi...Kalau tak sure orang yang masuk tu pun ikut loya sama bila tengok Lynn muntah...Lynn tak pasti sampai bila aktiviti muntah-muntah nie akan berterusan...Ada orang tak lama...Ada plak tu yang perut dah memboyot pun masih muntah-muntah lagi...Huhuhuhuhu...Lynn harap sangat Lynn tak lama sangat la nak hadapi situasi nie...Perit rasanya tekak nie la...

Kalau semalam Lynn ada bertanya dengan korang tentang tarikh pemeriksaan yang sesuai di klinik kerajaan kan...Hari nie Lynn nak minta juga pendapat korang lagi...Tapi kali nie tentang supplement untuk ibu mengandung macam Lynn nie...Apakah supplement yang sangat bagus dan best untuk dimakan waktu tengah preggy nie...Waktu mengandungkan Qistina dulu Lynn makan Set Salindah...Ada beberapa step yang perlu Lynn completekan...Baru-baru nie Lynn ada terdengar tentang Shaklee...Ramai yang cakap produk Shaklee nie bagus...Ada tak di antara korang yang guna produk nie? Please share dengan Lynn yer...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...