November 8, 2010

Dah Monday

Pejam celik pejam celik dah pun sampai hari Isnin...Maka bermula la permulaan hari untuk minggu nie...Anyway good morning untuk kawan-kawan blogger semua...Hari nie semuanya sihat-sihat ker? Syukur alhamdulillah Lynn dan keluarga sihat-sihat adanya...Cuma penyakit mabuk masih melanda diri Lynn nie...Tapi x per la...Rasanya itu bukan satu masalah yang besar...

Minggu nie merupakan minggu persiapan terakhir untuk majlis graduasi + konsert untuk Tadika Ixora Ria...Insyaallah majlis akan berlangsung jam 8.00 malam di Tadika Ixora Ria dan ini merupakan kali pertama tadika tersebut melaksanakan majlis graduasi...Kalau tak silap Lynn seramai 5 - 10 orang student yang akan graduasi pada hari Sabtu nie...

Tak sabar rasanya nak melihat Qistina menari tarian cha-cha yang dah 2 bulan dia training tu...Hehehehehe...Anak yang nak buat performance mama plak yang lebih2 kan...Caj baju untuk tarian tersebut pun telah Lynn dan Mr. Hubby bayar seawal minggu lepas...Kalau tak silap Lynn baju tu berwarna pink...Tergantung kat hall Tadika Ixora Ria...Lepas jer majlis pada hari Sabtu nie baju tu akan menjadi hak milik penuh anak dara Lynn...Maka bertambah la lagi dress yang ala-ala flower firl kat rumah nanti...

Minggu nie juga merupakan minggu outstation untuk Mr. Hubby...Bermula pada hari ini dan insyaallah Mr. Hubby akan balik ke JB pada hari Khamis nanti...Lama juga Mr. Hubby outstation kali nie...Mr. Hubby bersama Boss dia @ Encik Faizal akan ke Kuala Lumpur menghadiri Majlis Hari Inovasi di LPP KL pada esok hari dan terus ke Pulau Pinang untuk menghadiri lawatan ke projek akuakultur PPN P.Pinang...Huhuhuhuhu...Rindu sakan la Lynn dan Qistina nanti pada Mr. Hubby...

Kalau la cuti Lynn masih banyak nak juga mengikut Mr. Hubby ke Pulau Pinang...Kat Pulau Pinang kan banyak tempat menarik untuk dilawati...Tapi bila fikirkan keadaan diri yang masih mabuk2 nie, maka simpan jer la hasrat nak mengikut Mr. Hubby tu...Kang kalau dah asyik mabuk2 jer menyusahkan plak Mr. Hubby dan Encik Faizal nanti...

So macam mana plak dengan korang hari nie? Monday blues ker? Jangan la asyik monday blues yer...Kang takut melarat hingga ke hari seterusnya...Hehehehehe...Ceriakan diri dan senyum selalu...Banyak2 berdoa agar segala urusan kita di muka bumi ALLAH S.W.T. ini dipermudahkan...Take care semua...Lynn nak sarapan nie...Jumpa di next entry yer...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...