November 16, 2010

Nak Buat Apa Yer?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Syukur alhamdulillah Lynn dan keluarga sihat sejahtera hari nie...Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang esok, Lynn dan Mr. Hubby dah pun apply cuti rehat selama 2 hari pada Khamis dan Jumaat nie...Tahun nie kami akan menyambut Hari Raya Aidiladha di Rawang...Last week waktu Lynn contact ibu, rasanya tak kan ada program berjalan-jalan pun nanti...Spend masa kat rumah jer...Cuma pagi esok selepas Solat Raya kitorang nak menziarah kubur arwah adik Syafiq jer...

Insyaallah tengahari esok juga kitorang akan balik ke Negeri Sembilan plak...Akan stay di Negeri Sembilan sehingga petang Jumaat atau pagi Sabtu...Tengok la macam mana nanti...Then akan pulang semula ke Rawang dan habiskan cuti sehingga hari Isnin nanti...Hehehehehehe...Lama kan kitorang cuti...Sebenarnya hari Isnin tu hari cuti am untuk Negeri Johor sempena Keputeraan Sultan Johor...Jadi kitorang dapat extra cuti la...Korang jangan la jealous plak yer...

Mood nak bekerja hari nie biasa-biasa jer...Kebetulan kerja-kerja Lynn dah selesai Lynn laksanakan seawal jam 9.30 pagi tadi...Kerja pun tak banyak hari nie...Jadi sekarang nie Lynn memang free sangat-sangat la...Lynn tengah terfikir-fikir nak buat apa sekarang nie? Lynn ingat hari nie nak minta pelepasan daripada Mr. Boss untuk balik awal...Mr. Boss pun tak der kat pejabat hari nie...Agak-agak korang Lynn dapat ker pelepasan tu?

So korang buat apa pagi nie? Ada yang dah balik kampung ker? Atau ada di antara korang yang tak balik beraya tahun nie? Meh comment sket kat entry Lynn nie...Hehehehehe...Okeylah...Lynn nak buat auto publish entry untuk sepanjang hari bercuti nie nanti...Take care yer semua...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...