November 20, 2010

Kembali Berada Di Rawang

Salam ceria untuk kawan-kawan blogger semua...Apa khabar? Moga semuanya sihat-sihat belaka la yer...Syukur Alhamdulillah Lynn dan keluarga sihat adanya...Dan syukur juga kerana kami bertiga telah selamat tiba di Rawang setelah berada di Negeri Sembilan sejak hari Rabu lepas...Cuti Lynn dan Mr. Hubby sampai hari Isnin nie...Tak pasti lagi kitorang nak balik JB bila...

Sepanjang beberapa hari nie Lynn memang tak der la menjenguk notebook HP Lynn...Tak usik2 pun blog nie...Memang bercuti sakan betul...Dan kebetulan line broadband di rumah MIL tak berapa elok sangat...Jadi malas la sket nak try buka...Kalau tak dapat access nanti buat sakit jiwa jer...Huhuhuhuhu...

Jadi hari nie bila sampai je kat Rawang maka Lynn pun start la buka blog Lynn nie...Huhuhuhuhu...Traffic Lynn memang jatuh teruk la...Sedih jer tengok...Tapi tak per...Insyaallah lepas nie traffic blog Lynn nie tak kan merundum lagi...Nak kena sentiasa maintain nie sebab nak dapatkan banyak BE dari Tuan Nuffnang yang sungguh baik hati tu...


Dan oleh kerana hari nie hari jadi ibunda Lynn, rasanya nak bawa family gie meraikan birthday ibunda Lynn kat luar petang nie...Tak pasti lagi la nak pergi mana...Qistina dari semalam sibuk mengajak ke Zoo Negara tapi cuaca sekarang tak menentu la...Dan dia plak tengah selsema nie...Takut nanti makin melarat plak...

So apa pendapat korang ek? Agak-agak nak bawa family Lynn ke mana yer? Kalau boleh korang cadangkan la satu tempat yang mana kat situ Qistina boleh having fun dan kitorang plak boleh bersantai-santai sambil berborak-borak...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...