November 14, 2010

Nak Makan Apa Yer?

Salam ceria untuk semua...Korang tengah buat apa tu? Lynn dan Mr. Hubby tengah duk melayan Qistina nie...Al maklumlah anak dara nie bukan ada kawan pun kat rumah...Jadi Mama dan Papa dia la yang jadi mangsa kan...Kena main sama-sama dengan dia...Hehehehehe...

Syukur alhamdulillah...Majlis graduation day untuk Tadika Ixora Ria dah selesai semalam dengan jayanya...Walaupun agak kelam kabut pada mulanya tapi semua yang ada having fun tengok keletah anak-anak yang buat persembahan di Tadika Ixora Ria...Tapi entry kali nie Lynn tak nak citer pasal Graduation Day yang berlangsung semalam...

Sebenarnya Lynn nie tengah hadapi masalah makan la...Huhuhuhuh...Lynn dah tak tahu nak buat macam mana lagi la...Ramai yang cakap kalau nak elakkan rasa loya dan mual waktu mengandung nie kena elakkan makanan yang bergoreng...Jadi Lynn nie memang arr dah puas mengelak makanan yang bergoreng...Sarapan Lynn gantikan dengan meehoon sup atau soto...Begitu juga dengan makan tengahari dan makan malam-malam...

Tapi tekak Lynn tetap juga tak dapat nak terima makanan-makanan tu...Lynn tetap juga akan muntah 1 atau 2 jam selepas makan...Huhuhuhuhu...Memang la rasa perit sangat...Lynn cuba juga makan buah-buahan yang masam seperti orange dan epal hijau tapi tetap gak tak jalan...Aduhai...Macam mana la yer nak atasi masalah nie...

Malam nie Lynn tak tahu nak makan apa...Kebetulan hari nie tadi kitorang keluar dan balik rumah jam 2.30 petang...Makanan tengahari tadi kitorang tapau jer sebab Lynn tak larat nak masak...Huhuhuhu...Gie jalan2 beli barang rumah kat Tesco larat plak...Tapi nak masak tak larat...Mengada-ngada kan...Qistina kalau gie makan kat luar dah tentu la nak makan Sotong Goreng Kunyit favorite dia...Mr. Hubby plak memang tak memilih part makan nie...Cuma Lynn jer yang tengah bermasalah...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...