November 11, 2010

Nak Mengadu Sket

Huhuhuhuhuhuhu...Seboleh-bolehnya Lynn tak suka nak mengadu masalah Lynn kat blog nie...Lynn tak nak ada yang anggap Lynn nie lemah...Tapi rasa macam lain sket la kalau tak share kat sini...Ntah apa yang lainnya Lynn pun tak tahu la...Mungkin sebab Lynn tahu kawan-kawan blogger boleh bagi pendapat dan memahami Lynn...Jadi Lynn nak share juga dengan korang semua...Yang sudi nak baca terima kasih yer...Yang mana tak kuasa nak baca sila klik X kat atas tu...

Sebenarnya nie pasal kat tempat kerja...Tugas sebagai seorang PA nie tak ler sesusah mana pun...Asalkan kita dapat buat segala arahan daripada Mr. Boss dan siapkan kerja-kerja yang memang dah patut kita kena buat setiap hari maka lengkaplah kerja-kerja Lynn nie...Setiap hari Lynn akan merekod surat keluar dan masuk untuk Mr. Boss...Ada masa Lynn just terima 2/3 envelope jer...Ada masa tu Lynn dapat envelope dah tinggi macam bangunan KLCC...Hahahahahaha...Logik ke tinggi KLCC...Maksudnya banyak sangat la tu...

Dan sebagai seorang PA yang professional dan tak pernah nak menebeng serta merayap ke meja atau cawangan lain, Lynn akan pastikan surat-surat yang diterima akan direkod sehingga selesai...Memang tak kan ada kerja yang tertinggal la...Sebab Lynn tahu kalau Lynn pending rekod surat-surat nie sure esok dan hari mendatang akan datang envelope bertimpa-timpa lagi...Betul tak?

Kerja-kerja Lynn biasanya selesai sebelum petang...Kalau Mr. Boss tak der kat pejabat kadang-kadang tu pukul 11 pagi Lynn dah goyang kaki sambil blogwalking kat blog korang semua...Entah macam mana ada yang iri hati dengan Lynn kat pejabat nie...Tak boleh nak tengok Lynn relaks...Dan tak boleh tengok meja Lynn nie clear...Huhuhuhuhuh...Entah apa la jenis manusia pun Lynn tak tahu la...

Agaknya dia nak suruh Lynn nie jadi macam dia kut...Walaupun dia ada 2 orang assistant yang tolong handle kerja-kerja dia tapi bila setiap kali dia dapat kerja dia akan jadi macam orang meroyan...Sekejap2 pening...Dah tu sekejap2 nak marah orang...Memang tak professional langsung...Bagi diri Lynn kalau kita dapat uruskan masa dan kerja kita dengan sempurna insyaallah kita tak kan ada masalah macam nie la...Sekarang nie Lynn tengok orang tu kerja dia makin hari makin berlambak...

Daripada dia duk sibuk nak iri hati dan buat orang lain sakit hati kan ada baiknya dia fokus jer kat kerja-kerja dia yang berlambak atas meja tu kan...Lynn memang sentiasa berdoa pada ALLAH S.W.T agar orang macam dia nie dikenakan balasan yang setimpal...Kadang kala Lynn sendiri terfikir apakah sebab yang menyebabkan dia nie iri hati sangat dengan Lynn...Lynn tak pernah pun jaja cerita atau burukkan dia depan staff kat pejabat nie...Keburukan tentang diri dia memang staff kat sini dah nampak sendiri...Tak payah ada CNN yang tolong nak sampaikan la...

Huhuhuhu...Okey...Cukup sampai tu jer luahan hati Lynn hari nie...Tak nak mengadu domba banyak sangat...Kang meluat plak orang yang membaca...Huhuhuhu...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...