Showing posts with label Family First. Show all posts
Showing posts with label Family First. Show all posts

January 10, 2026

Persiapan Sekolah 2026

 Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah... Persiapan sekolah anak anak hampir selesai 90%... Ada 10% yang belum settle... Masih menanti arahan selanjutnya dari pihak sekolah untuk buat bayaran... Pembayaran yang ni dengan guru kelas... 

Bulan 10 lepas kasut kasut anak ada yang baru berganti... Jadi untuk tahun 2026 Lynn minta anak anak gunakan kasut yang masih elok tu... Tak perlu la nak beli kasut baru sebab kasut yang ada masih boleh digunakan lagi... 

Qaleesya pula satu saiz dengan kakaknya Qistina... Sebelum SPM awal tahun 2025 hari tu, Qistina pun ada beli kasut... Dengan kasut dia yang masih okay tu, ada la 2 pasang kasut untuk Qaleesya gunakan sepanjang tahun 2026 ni... 

Cuma anak anak request nak bag sekolah baru... Jadi last weekend kami pergi ke Paradigm Mall cari bag sekolah anak anak yang baru... Sorang dapat satu bag dan bagi peluang untuk diorang pilih sendiri yang diorang berkenan... Untuk tuition guna la bag bag yang lama tu... Lagipun tuition diorang tak pergi setiap hari, ada hari hari tertentu jer... 

Buku buku sekolah pun dah beli semuanya... Dan kos untuk 3 beradik ni lebih kurang RM800++ juga... Ini tak termasuk baju baju sekolah dan alat tulis...  Bila di catit begini dalam blog terasa pula lelahnya kan... Syukur alhamdulillah, persiapan untuk seisi persekolahan 2026 ni kami dah sediakan dari awal... Jadi tak ler rasa lelah sangat... 


Struggle? Mustahil tak struggle kan... Bukan sikit belanja tau untuk 3 orang anak yang bersekolah... Kalau nak listkan satu satu panjang nanti senarainya... Hihihihi... Jadi biar kita simpan jer... Rezeki anak anak tetap ada... Untuk jalan jalan kami target nak berjalan pun time Qistina cuti sem nanti... In Sha Allah... 

Tahniah buat korang juga yang dah berjaya buat persiapan sekolah anak anak... Moga Allah swt limpahkan rezeki kita lagi selepas ini...

Kita hebat kawan kawan 😘

February 9, 2022

Aktiviti Cuti Raya Cina

Assalamualaikum

Lama sungguh tak jengah blog ni... Sejak dah ada media sosial yang lain, memang terabai sungguh blog yang pernah menjadi tempat meluahkan perasaan ni...

Tahun baru 2022 telah sebulan berlalu... Sekejap jer masa berlalu kan... 

 Last week masa Cuti Raya Cina kami mengambil peluang balik ke Kota Tinggi, Johor dan Jelebu, Negeri Sembilan... Bawa anak anak ziarah atuk ibu, atuk ayah, atuk dan wan mereka... Sementara masih ada hayat, masih sihat kami memang akan sedaya upaya balik ziarah...

Meh share citer sepanjang Cuti Raya Cina tempoh hari... 1 Februari tu kami balik dulu ke Kota Tinggi, Johor sebab dah janji dengan adik adik nak bantu kemas rumah ibu ayah... So sepanjang hari tu kerja kami memang mengemas jer la... Syukur alhamdulillah, dah teratur sket keadaan di rumah ibu ayah since rumah tu siap Mac 2021 yang lepas...

Keesokan harinya, saya decide nak ajak semua pi makan kat FFY Asam Pedas, Sedili Besar... Kebetulan Mok De sekeluarga datang bertandang... Jadi kita ajak semua sekali yang ada pi makan sama... Ada rezeki lebih jadi jom kita kongsi sama sama...


With anak bujang, Qayyum Rizq... Dah berusia 10 bulan dah...

Kita block 4 meja untuk family kita... Still tak cukup korum tapi tak per la... Maybe next time...

Mok De dan Ibu... Lama diorang tak jumpa... Syukur alhamdulillah Allah swt izinkan pertemuan ini... Mok De ni isteri kepada arwah adik Ibu... Walaupun arwah Pok De dah tak ada, hubungan silaturahim masih berkekalan sehingga kini...


Senyum lebar Atuk dapat pergi jalan jalan makan makan... In sha Allah ada rezeki lagi kita berjalan lagi ya...

Lepas jer makan makan kat FFY Asam Pedas, adik saya dan suami bergerak balik ke Rawang, Selangor... So kami yang lain lain pun balik ke rumah Ibu Ayah sambung berbual... Dah lepas Asar baru Mok De sekeluarga balik ke Tongkang Pechah, Batu Pahat...

Dah senang dah Mok De nak bergerak sekarang ni... Anak anak dah besar panjang semuanya... Along, Iwan dan Aisyah pun dah kerja... 

Suka Qayyum Rizq duk dalam bonet Triton Pak Ngah Iwan dia...

Lorrr, macam mana gambar ni leh tertinggal... Hihihihi... 

Malam tu kami stay lagi di rumah Ibu Ayah... Esok lepas sarapan pagi kami terus ke Jelebu, Negeri Sembilan... Kali ni balik ikut jalan Mersing... Sajer nak singgah berjalan ke Pekan, Pahang...

Kitorang memang suka betul la ikut jalan pantai ni... Leh santai santai sebenarnya... Anak anak sibuk nak singgah Muzium Pahang kat Pekan... Kat tepi jalan jer Muzium Pahang ni... 


Kat luar Muzium Pahang ni ada banyak artifak untuk bergambar... Panas sungguh masa kami tiba ni...

Ni mujur la Qayyum Rizq tak pandai berjalan lagi... Kalau dah pandai mau dia berlari kat kawasan lapang ni... Jenuh ler nak mengejar... Hihihihi...


Ada geng dah papa... :)

Qaleesya membesar dengan jayanya... Bulan Mac ni dah masuk darjah 5...

Lepas jer selesai jalan jalan kat Muzium Pahang tu, kitorang terus gerak balik ke Jelebu... Dalam kul 9 malam rasanya kitorang sampai rumah mak ayah...

Aktiviti kat Jelebu memang meriah... Almaklumlah kat rumah atuk diorang ni ada macam macam...

Ayam Serama ni Qayyum tak nampak... Kalau nampak memang di picit picit dia... 


Hasil pancingan diorang masa kat kampung tempoh hari...

Atuk layankan cucu cucu dia... Rezeki kali ni dapat Ikan Rohu dan Ikan Talapia...

Kita cuba ya... Ada rezeki tak dapat ikan?

Alhamdulillah... Dapat Talapia...



Alhamdulillah, joran mengena lagi... 

Kitorang stay kat rumah mak ayah pun dua malam juga... Anak anak semua ponteng tuition minggu lepas... Nak buat macam mana... Kalau ikutkan jadual tuition diorang, hari Jumaat tengahari baru leh bergerak kalau nak ke mana mana... 

In sha Allah, jika diizinkan Allah swt setiap bulan kitorang akan usaha balik ke kampung... Ada duit ke, tak ada duit ke... Tetap akan usaha juga supaya dapat ziarah orang tua kat kampung setiap bulan... Memang dari awal kahwin lagi dah buat macam tu... Jadi dah boleh manage masa dan duit setiap kali nak balik kampung ni... 

Okaylah... Nanti update lagi ya... Take care semua...

September 23, 2018

Mood Rabak

 Assalamualaikum 

Allahu...Tiba tiba teringat ibu ayah... Tiba tiba teringat mak ayah... Nak kata dah lama tak jumpa, minggu sudah baru jer jumpa ibu ayah dan semalam baru jer balik dari kampung jumpa mak ayah...

Hati cepat terusik bila tengok wajah mereka berempat nie... 





Sebagai seorang anak rasanya masih belum rasanya dapat membalas jasa mereka yang membesarkan, masih belum lagi dapat membahagiakan mereka sepenuhnya... 

Ya allah, tidak termampu jika dihitung dengan nilai ringgit, emas permata untuk aku membalas jasa kesemua mereka... Aku mohon kau perlihara la keempat empat insan yang cukup berjasa ini... Kau sihatkanlah tubuh badan mereka dan berikanlah peluang kepada mereka untuk merasa nikmat bahagia selagi hayat mereka ada... 

Semoga kami anak anak mereka akan diberi peluang untuk membalas jasa mereka dan sentiasa membahagiakan mereka sementara hayat mereka masih ada... Insyaallah... Amin...


Ayah dan Ibu 


Ayah dan Emak

Petang petang ni mood rabak jadinya teringat kat diorang nie... Huhuhuhu...

January 18, 2018

Family Day Sekaligus Buat Birthday Party Zahra & Amani

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Niat nak bawa family Rawang dan family Lakai bercuti dah termakbul last weekend...Ala ala Family Day juga la ni...Kak Long plan untuk buat program ni setelah mendapat persetujuan daripada Abang Long...Hihihihih...Plan sehebat macam mana pun kalau Abang Long tak bagi green light dan ALLAH SWT tak izinkan tak kan menjadi juga...Jadi bila Kak Long dah ready dengan kertas cadangan terus ler bentang kat Abang Long...Kitorang amek kesempatan celebrate birthday Zahra dan Amani juga time ni...

Kak Long booking Lot 874 A Famosa Resort sebulan lebih awal untuk menjayakan program ni...Settle jer bayar deposit terus Kak Long war warkan pada family members...Most of the family members dapat join kecuali Adik Nurul dan husband dia...Tak per lah...Insyaallah next time kita gathering lagi ramai ramai macam ni ya...Dan untuk Birthday Zahra dan Amani jemput beberapa kawan baik jer...Yang datang pun cuma Ezmad satu family...Yang lain lain semua ada hal yang tak dapat dielakkan...



Zahra turns 5...Amani turns 3


Kek tempah kat IG WannderCakes


Anak anak nie semuanya baru naik dari swimming pool...Kak Long paksa juga diorang bersiap supaya dapat selesaikan Birthday Party Zahra dan Amani...Hihihihi...Diorang dah nampak swimming pool excited nak mandi jer...



Buat BBQ sket...Family Rawang sponsor ayam, Ima dan Khairi sponsor kambing, kitorang tambah sosej sket...


First time buat program macam nie...Abang Long cakap bagus juga bila berkumpul ramai ramai macam nie...Boleh berbual bual sambil makan makan...


Seronok tengok Atuk Kak Long nie tersenyum...Atuk ni zaman sihat dia suka berjalan...Gie berjalan rumah anak anak...La ni duk rumah ibu ayah Kak Long kat Rawang...Tunggu ibu ayah bawa berjalan baru la dia dapat berjalan sekarang ni...Jadinya kita plan program macam nie supaya dia dapat berjalan jalan ubah angin sekali sekala...


Aisyah kenapa makin comey...Muahhhhhss cket...


Aisyah duk perhati jer Mama Lynn dia yang makin chubby...Hahahahaha...Bertabahlah Aisyah ya...Mama Lynn nie Papa Ezal banyak bagi makan...Tu yang semangat jer...

Lepas jer potong kek dan makan makan anak anak sambung mandi kat dalam swimming pool...Hurmmm...Kak Long tak mandi pun...Nak mandi segan oooiii sebab adik ipar semua tak mandi...Ibu, Atuk dan Mak pun tak mandi swimming pool juga...Jadi kena waras la sket...Malu sket kat orang lain...Hihihihi...






 Malam tu kitorang habiskan masa borak borak jer...Then esoknya sambung lagi mandi swimming pool...Hihihihi...Anak anak memang seronok...


 Bergambar ramai ramai untuk kenangan di masa hadapan...Terima kasih semua sebab sudi menjayakan program yang dirancang oleh Kak Long dan Abang Long...Next trip kita ke Kuantan pula la...Boleh makan Ikan Bakar Petai nanti...Hihihihi...Kita kongsi rezeki yang ada ni dengan insan tersayang...

Nak dapatkan produk Supplement Shaklee, Tudung Kekaboo Mirabelle, Cadar Patchwork boleh hubungi Kak Long di 0137660226...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...