Showing posts with label Stay Strong. Show all posts
Showing posts with label Stay Strong. Show all posts

March 7, 2018

Pagi Pagi Dah Serabut

Assalamualaikum

Aduhai...Apa la nasib...Dua hari dah lewat ke pejabat...Semalam terkandas 2 jam setengah on da way nak ke pejabat...Bengang memang bengang la sebab kalau kerja gomen ni datang lewat lebih daripada 3 kali sebulan mesti kena surat amaran...Dah ler baru awal bulan nie...Semalam lewat puncanya ada jalan mendap...Jadi jalan yang kitorang nak gie kerja tu dah tutup selorong...Nak gunakan jalan tu kena bergilir la...

Tak habis dengan stress mengadap jammed...Hari ni kitorang tekad kuar rumah lebih awal...Dan tak gunakan jalan yang biasa kitorang lalu tu...Ya allah...Pun sama juga jammed...Dah kenapa oiiiii...Pakat semua jalan jammed sana sini...Kalau semalam lewat 2 jam setengah...Hari ni lewat 6 minit...Tak ke sakit hati...

Saya perhatikan lately nie banyak sangat mood negative kat sekeliling kitorang nie...Benda banyak yang timbul lately nie...Rasa bengang, rasa upset, rasa stress semuanya ada...Hurmmmm...Saya memang tak suka bila hal macam ni timbul...Nak kena sit down together tengok dan kaji semula apa sebenarnya masalah...

Nampak serius kan...Yer memang serius pun...Dengan kerja yang tak tentu arah...Dengan pengurusan masa yang tak betul...Semuanya nak kena perhatikan semula nie...Sebelum saya terus melalut yang bukan bukan better saya berhenti menulis...Doakan la kehidupan kitorang kembali okay...

Rindunya gelak ketawa dan positive vibes yang dulu...

:(


January 3, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu di tahun baru 2018 ni...Tak boleh nak kata tak percaya sebab ini la kenyataannya...Tahun 2017 telah berlalu...Tahun yang banyak menyimpan memori duka...Yang rapat dengan Kak Long pastinya nampak apa yang berlaku disekeliling Kak Long...Di sudut hati Kak Long selalu mengingatkan diri sendiri bahawa di sebalik kisah duka itu pasti ada hikmah dan kegembiraan yang akan menyusul...Kak Long kena kuat dan terus positive...Cukuplah setahun 2017 yang sungguh kacau bilau...

  
Tahun 2018 ni Kak Long nak terus fokus dengan family, kerjaya dan bisnes online Kak Long...



Kak Long punya impian yang besar sebenarnya...Cuma buat masa ni Kak Long masih belum berani nak mulakan langkah untuk terus serius di dalam bisnes...Lagipun Kak Long masih terikat dengan kerja hakiki yang sekarang nie...Banyak benda nak kena fikir kalau betul betul nak serius...Tak boleh nak main redah jer...

Alhamdulillah tahun 2018 ni Nur Qistina Farzana dah masuk Darjah 5...Ada exam besar menanti tahun ni...Nur Qaleesya Arissa pula sudah Darjah 1...Setakat 3 hari ni nampaknya semuanya okey jer...Risau hati mama dan papa ada lebih sket untuk anak yang sorang nie...Hihihihi...Kami berdua sepakat untuk register Nur Qhasrina Zahra di Tadika Ixora Ria...Tempat kakak kakak dia belajar juga nie...Hari pertama cool jer anak dara ni masuk tadika...Syukur tak ada edisi melalak dan tarik muka masam sepanjang 3 hari ni...



Kakak Nur Qistina Farzana pun banyak membantu di rumah...Syukur alhamdulillah...Permulaan yang sangat baik untuk tahun 2018 ni...Kak Long rasa bersyukur sangat...Sekarang ni cuma Nur Qaseh Amani jer yang tinggal kat rumah pengasuh...Insyaallah dah 5 tahun nanti masuk tadika ya...





Selamat Tahun Baru 2018 dari kami sekeluarga...Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang tahun ni ya...

October 15, 2017

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Situasi kerja yang agak mencabar sejak kebelakangan ini banyak mematangkan  Kak Long...Pahit manis suka duka semuanya berjaya Kak Long tempoh...Kak Long bertuah sangat sebab ramai insan baik yang hadir di sekeliling Kak Long...Yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan kerja kerja...

Entry hari ni Kak Long buat khas untuk ucapkan terima kasih banyak banyak untuk insan insan yang banyak memberi sokongan kepada Kak Long terutamanya dalam urusan kerja Kak Long nie...

 Suami adalah kekuatan utama Kak Long hadapi semua cabaran...Dia la yang banyak bagi dorongan dan kekuatan bila kala Kak Long rasa nak rebah...Bila kala Kak Long stress sangat...Tak der satu benda pun yang Kak Long sembunyikan pada dia terutama sekali pasal hal kerja...Dia juga yang banyak membantu bila Kak Long kena outstation...Dia yang uruskan makan minum dan pakaian anak anak bila Kak Long tak ada kat rumah...Terima kasih abang sebab banyak berkorban...


 Kawan kawan yang ada di pejabat pun banyak membantu Kak Long...Sedikit sebanyak tempias ada juga terkena kat diorang ni bila Kak Long stress...Bila rasa nak menangis je mesti ada salah sorang yang akan jadi mangsa Kak Long...Huhuhuhu...Bertabahlah korang yer dapat kawan yang hati basah macam Kak Long nie...Kak Long sayang korang...Muahhhssss...


 Setiap kali ada program kat pejabat...Dah macam gathering dengan BFF...Mesti ada jer isu yang nak dibincangkan dan diluahkan...Thanx Lee, Pro & Ezmad...Opsss Ezmad x der dalam gambar nie...Sorry bro...Ko tak datang kan time nie...


Agak agak stress dah terlebih...Kita plan for vacation...So complete 4 family tahun nie...Tq korang sebab banyak bagi sokongan moral juga pada Kak Long...Time vacation macam ni la boleh release semua masalah yang ada...


 Walaupun ada masanya kami tak sependapat, mereka sentiasa ada bila Kak Long nak meluahkan masalah...Thanx a lot Haji Samsudin n Kak Jue...


Tuan Haji Ramli pun baik juga dengan Kak Long...Macam tu juga Nor...Selalu jer dapat detect bila Kak Long ada masalah...Tq korang...

Ada masanya kita perlukan insan insan di sekeliling kita untuk meluahkan rasa...Kita bukannya perfect...Ada kekurangan dan ada kelebihan...Bila kita tak betul kita boleh rujuk dengan diorang...Mungkin ada di antara diorang yang boleh tunjukkan jalan...

Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan mereka ini disekelilingku...Semoga kau berkatilah kehidupan mereka...Terima kasih...

October 11, 2017

Kerja

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Rasa seronok sangat berpeluang juga Kak Long nak update blog hari nie...Hihihihi...Korang jangan ler lupakan Kak Long walaupun tahun  ni cuma ada beberapa jer entry yang muncul kat blog Kak Long ni...

Tahun nie tahun kedua Kak Long bekerja dengan boss baru...Hurmmm...Nak cakap macam mana ya...Kerja dengan boss baru nie agak mencabar juga...Banyak kali juga la terdera emosi bila waktu bekerja...Tapi semakin hari semakin lali dengan keadaan nie...Sampai ke satu tahap Kak Long dah redha...Nak argue macam mana pun dah tak boleh...Jadi kita buat jer la kerja kita...

Kak Long sekarang pun dah selalu sangat outstation...Korang yang berkawan dengan Kak Long di FB atau IG mesti tahu perjalanan kerja Kak Long...Kadang kadang tu dalam seminggu cuma 2 hari jer ada kat pejabat...Di Negeri Johor ni aktif sangat dengan program...Masa nak berehat pun kadang kadang tak der sampai satu tahap hari tu Kak Long dah rasa letih sangat...Terus demam dan kena asthma attack...Huhuhu...

Meh Kak Long share beberapa peristiwa penting sepanjang tahun nie yang banyak memberi pengalaman kerja kepada Kak Long...


 Waktu ni Kak Long menguruskan Majlis Jasamu Di Kenang untuk Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP...En Mohd Naser bin Harun nie pernah jadi bos Kak Long...Bos yang agak sempoi juga dia nie...Tapi korang jangan buat pasal dengan dia...Sebulan pun lum tentu lagi dia dapat lupa kalau korang buat pasal dengan dia...Hihihi...


 Lawatan Kerja YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ke Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Koperasi Permodalan Nusajaya Berhad...Kerjasama bersama PPK Johor Bahru Selatan dan Jabatan Perikanan Negeri Johor...


Lawatan Kerja Pengarah LPP Johor ke Projek Ternakan Udang PPK Mersing

 Karnival Muafakat Tani Dun Johor Lama di Kota Tinggi...

 Yang nie mengeteh selepas habis Mesyuarat AJK KSK LPP Johor...


 Program Qurban Perdana LPP di Labu, Negeri Sembilan


 Bersama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Pavillion Negeri Johor sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 di MAEPS, Serdang.

 Dengan Yabang Khalifah sewaktu HPPNK 2017

 Antara kesayangan Kak Long di pejabat LPP Johor...Kalau diorang tak der boleh stress juga...Hahahah...


 Mengalahkan budak budak...Over acting sat time nie...

 Dengan KSU...Dia agak serius tau...Tapi boleh ler kalau nak borak borak...Hihihi...Time ni program di Projek Tanaman Jagung Bijian di ZPM Chemplak, Labis...

 Wajib posing dengan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani...Mohon jangan kecam...Banyak perubahan dalam sektor pertanian bila Dato' Sri jadi Menteri PErtanian dan Industri Asas Tani...

 Time ni kat Ekspo Johor Berkemajuan...Merah menyala baju Kak Long...Hihihi...

Sebenarnya banyak lagi program yang Kak Long uruskan tahun nie...Tapi tak dapat ler nak masukkan semua...Kang muak plak korang tengok gambar Kak Long...

Okay lah...Next time Kak Long tepek gambar dan update blog lagi ya...Bye...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...