March 30, 2015

Zakat 2014

Assalamualaikum...

Hari ni dapat envelope dari MAINJ...Apa tu? MAINJ ni Majlis Agama Islam Negeri Johor...Macam pelik juga tiba tiba dapat surat personal dari MAINJ ni...Sekali bila buka rupanya MAINJ hantar penyata rasmi bayaran zakat bagi tahun 2014...

Untuk pengetahuan semua kami suami isteri baru jer start buat potongan gaji untuk pembayaran zakat pendapatan April 2014...Setelah lebih 10 tahun bekerja baru la terhegeh-hegeh nak bayar zakat pendapatan...Selama nie? On off bayar zakat...Sedih kan...Sejujurnya pembayaran zakat pendapatan nie memang perkara WAJIB yang harus kita buat...Ada insan lain yang memerlukan di luar sana, dan kita yang berupaya nie harus membantu...Salah satunya dengan pembayaran zakat kepada MAINJ untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan...

Rasa sedih sangat sebab selama 10 tahun duk on off bayar zakat pendapatan nie...Jadi tahun lepas dah nekad dengan Mr Hubby...Kita kena juga bayar zakat pendapatan...Boleh jer nak bayar tiap hujung tahun tapi kami berdua prefer untuk bayar setiap bulan melalui potongan gaji...


Saya bukan la seorang yang pakar dan arif sangat tentang agama...Tapi saya dan Mr Hubby memang rasa lain bila dah start potongan zakat nie...Rasa lebih tenang dan berkat...Kebiasaannya saya akan bayar semua hutang piutang secara perbankan online hari pertama dapat gaji...Then lepas tu bayar duit pengasuh anak-anak...Bila dah settle semua, baru ler tengok balance kat dalam akaun...Ehhhh...Tinggal banyak nie jer...Time tu duk terfikir, mampu ke nak survive sampai hujung bulan? 

Syukur alhamdulillah, duit gaji sentiasa cukup..Kadang kadang fikir macam tak logik jer bila tengok balance dalam akaun tu...Dengan nak balik kampung jengah orang tua...Dengan nak beli susu pampers anak anak...Tapi ALLAH SWT dah tetapkan yang terbaik buat kami...Syukur Ya ALLAH...Harapan kami semoga kami berdua istiqamah dalam melaksanakan suruhanNYA yang satu ini...Insyaallah...


" Mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada mu atas apa yang kamu berikan dan menjadikannya sebagai pembersih harta mu serta Allah memberkati atas baki harta mu. Ya Tuhan Kami, terimalah daripada apa yang kami lakukan.  Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Megetahui. (Hadith : Raudah Nawawi) "

9 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
eima said...

betui tu ....
harta kite bkn 100 kite punya .... alhadulillah

Lynn Huraiza said...

eima : betul sangat...

Kakzakie Purvit said...

Itulah hikmah semakin kita memberi semakin murah rezeki Allah berikan. Tak perlu takut memberi kerana janji Allah itu pasti..

Lynn Huraiza said...

Kakzakie : memang betul kak..kena teruskan memberi...insyaallah pasti akan menadapat balasannya...

SYANI said...

Saya pun zakat terus potong dari gaji.. Senang sikit.

Lynn Huraiza said...

SYANI : kan...senang buat macam tu...tak yah fikir nak pergi bayar lagi...

Erynz said...

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعَبْدَ التَّقِىَّ الْغَنِىَّ الْخَفِىَّ

“Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, hamba yang hatinya selalu merasa cukup dan yang suka mengasingkan diri.”[1] Mengasingkan diri berarti amalannya pun sering tidak ditampakkan pada orang lain.

Ibnul Mubarok mengatakan, “Jadilah orang yang suka mengasingkan diri (sehingga amalan mudah tersembunyi, pen), dan janganlah suka dengan popularitas.”

Az Zubair bin Al ‘Awwam mengatakan, “Barangsiapa yang mampu menyembunyikan amalan sholihnya, maka lakukanlah.”

Ibrahim An Nakho’i mengatakan, “Kami tidak suka menampakkan amalan sholih yang seharusnya disembunyikan.”

Sufyan bin ‘Uyainah mengatakan bahwa Abu Hazim berkata, “Sembunyikanlah amalan kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan amalan kejelekanmu.”

Al Fudhail bin ‘Iyadh mengatakan, “Sebaik-baik ilmu dan amal adalah sesuatu yang tidak ditampakkan di hadapan manusia.”

Basyr Al Hafiy mengatakan, “Tidak selayaknya orang-orang semisal kita menampakkan amalan sholih walaupun hanya sebesar dzarroh (semut kecil). Bagaimana lagi dengan amalan yang mudah terserang penyakit riya’?”

Imam Asy Syafi’i mengatakan, “Sudah sepatutnya bagi seorang alim memiliki amalan rahasia yang tersembunyi, hanya Allah dan dirinya saja yang mengetahuinya. Karena segala sesuatu yang ditampakkan di hadapan manusia akan sedikit sekali manfaatnya di akhirat kelak.”

Erynz said...
This comment has been removed by the author.

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...