March 29, 2015

Anugerah Khidmat Cemerlang

Assalamualaikum

Citer dah basi yer...Tapi tetap juga nak update...Hihihihi...

Syukur alhamdulillah...Tahniah pada Mr Hubby kerana terpilih menjadi pekerja cemerlang untuk penilaian tahun 2014...Rasanya dah beberapa tahun nama Mr Hubby dicalonkan...Tak der rezeki sebelum ni...Tapi rezeki memihak pada Mr Hubby kali ni...

Bersyukur sangat sebab LPP mengiktiraf juga kerja Mr Hubby...Saya dah pernah juga terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang nie...Tahun 2009 kalau tak silap saya...Time tu saya terima anugerah di Tiara Beach Resort, Port Dickson...Yang sampaikan anugerah tu cuma Ketua Pengarah LPP jer...Tapi tahun ni Mr Hubby untung...Anugerah disampaikan oleh YB Menteri Pertanian di MAEPS, Serdang...Memang untung sangat sebab dapat terima anugerah tu dari YB Menteri Pertanian..


 Tahniah...Semoga lebih cemerlang lagi yer...


Nah belanja gambar time saya dapat APC tahun 2009...Time nie kena buat persembahan zapin...

No comments:

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...