November 16, 2014

Tabung Sedekah Subuh

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Kak Yong baru-baru ni diperkenalkan dengan Tabung Sedekah Subuh...Apa sebenarnya Tabung Sedekah Subuh nie yer? Tabung Sedekah Subuh ni konsepnya sama juga seperti kita sedekah macam yang biasa kita buat tu...Cuma Tabung Sedekah Subuh nie kita amalkan setiap hari selepas Solat Subuh dan sebelum waktu Syuruk...


Cara-cara melaksanakan Tabung Sedekah Subuh
  1. Sediakan sebuah bekas yang transparent seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
  2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)...Tak letak pun tak per asalkan korang ingat nak sedekah subuh...
  3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa sen/rm. ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda. be spesifik, tapi jangan lupa niat untuk dunia dan akhirat.
  4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham.  
  5. Waktu mustajab ialah selepas matahari terbit dan sebelum waktu syuruk. kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak gred A+++ maka segerakanlah. jangan terlepas waktu syuruk tu.
  6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
  7. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? (cth: ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas/mudah lalu lintas) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu luas.
  8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari  41 hinggalah seterusnya jangan berhenti...
  9. Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH
Syukur alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke empat Kak Yong lancarkan Tabung Sedekah Subuh nie...Insyaallah genap hari ke 40 Kak Yong akan kuarkan duit dari tabung tu dan agihkan kepada yang berkenaan...

4 comments:

SYANI said...

Bagusnya.... boleh dipraktikkan ni..

Lynn Huraiza said...

SYANI : memang bagus syani...melatih diri kita bersedekah...

OKje said...

Wahhhhh...bagusnya perkongsian ini LH, insyallah akan cuba buat....
Buat kerana Allahkan....

Mama Zharfan said...

salam ziarah..i pun dh mula buat..sbb baru jer tahu psl amalan mulia ni..and miracles really happen to me..syukur alhamdulillah

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...