November 22, 2014

Rezeki Kak Yong

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah...Rezeki di pagi hari...Ayah Kak Yong duk meronda kat Pokok Kuinin pagi ni...Kata Ibu Kak Yong pokok tu hasilkan 6 biji buah kuinin sulung tahun nie...Dah gugur 2 biji sebelum kitorang balik ke Rawang...

Pagi ni rezeki kitorang plak sebab 2 biji buah kuinin gugur...Syukur sangat sangat sebab dapat rezeki tak dijangka...Kata ayah n ibu Kak Yong memang rezeki preggy mommy...Syukur ya ALLAH...Merasa juga nikmat ALLAH SWT yang satu nie...

Bercakap tentang rezeki ni...ALLAH SWT sebenarnya dah tetapkan apa rezeki kita semua...Mungkin kita tidak peroleh gaji yang lumayan kerja yang senang, tapi ALLAH SWT kurniakan kita suami dan anak anak yang baik...ALLAH SWT kurniakan kita kesihatan tubuh badan dan kesejahteraan hidup...Itu juga dinamakan rezeki...

ALLAH SWT tak pernah lupa pada hamba hambaNYA...Tapi kita sebagai hambaNYA, kita ingat tak ALLAH SWT? Kita laksanakan tak segala perintah dan suruhanNYA? Atau kita leka dan lalai...Tanyalah diri sendiri...Hanya kita sahaja yang boleh menjawab persoalan ini...

Jom jemput rezeki...Bagaimana caranya menjemput rezeki? Nanti Kak Yong sharekan di entry akan datang...

No comments:

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...