June 3, 2014

Ujian ICT Tahap Lanjutan

Assalamualaikum

Insyaallah esok saya akan menghadapi Ujian ICT Tahap Lanjutan untuk paper Miscosoft Office Word di Universiti Malaya...Syukur alhamdulillah saya mempunyai majikan yang baik seperti LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG kerana telah sudi memberi slot 2 hari kursus untuk kami Setiausaha di LPP nie...

Bila gie kursus memang dapat refresh semula dan cikgu kursus memang baik hati...Bagi email kat semua peserta contoh soalan ujian esok...Jadi yang nak amek exam nie kena pandai pandai amek masa untuk buat revision supaya boleh jawab exam dengan sempurna nanti...Hihihihi...

Doakan saya boleh jawab exam esok yer...Saya tinggal satu paper jer lagi...Paper Microsoft Office Excel dan Powerpoint dah lulus tahun lepas...Khamis lepas berpeluang berdiskusi tentang Mr Boss tentang masa depan saya di LPP...Nampaknya Mr Boss dah beri green light kepada saya untuk mohon jawatan lain di LPP nie...Dia nak saya lebih maju di LPP dan nampak peluang saya untuk pergi jauh...

Jadi kita fokuskan dulu untuk exam esok dan misi untuk menjawat jawatan lain di LPP akan bermula bila ada kekosongan jawatan nanti...Insyaallah...Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan hambaNYA di muka bumi ini...

P/S : Ada ke kawan-kawan lain yang amek Ujian ICT Tahap Lanjutan esok di UM?

7 comments:

Unknown said...

haa, ingatkan dekat sekolah dan universiti je ada exam .. waaa

inazamri said...

semoga berjaya dlm exam nnt

Lynn Huraiza said...

IK Tia : kerja pun ada exam juga...hihihihi...

Lynn Huraiza said...

inazamri : terima kasih...

lieyalatif said...

all the best kak...

lieya tgu tahun depan la kak hahaahah sbb dah tgk soalan mcm dah ingat2 lupe....kene pi course dulu nieh...

IDAZS said...

terlepas pandang pula.. macam mana exam semalam. semoga dipermudahkan ya :)

Anonymous said...

Good Luck semoga berjaya dalam ujian nanti

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...