May 12, 2014

Hadiah Yang Paling Bermakna

Assalamualaikum

Lambat kan saya update hari nie...Pagi tadi ada mesyuarat jadi saya fokus kepada mesyuarat dan kerja-kerja hakiki di pejabat dahulu...Ni amek masa sket untuk update tentang Hari Ibu semalam...

Pagi semalam memang Nur Qistina Farzana tak sempat nak wish saya Selamat Hari Mama...Saya pun tak ler kecik hati sebab saya sendiri dah dengar dia excited wish saya pada hari Sabtu 10 Mei 2014 tu...Untuk anak berusia 7 tahun saya tak expect apa-apa hadiah yang istimewa pun daripada dia...

Semalam memang saya ada berinteraksi dengan dia time di Tadika Ixora Ria...Tanya tentang exam dia...Then bila jumpa jer dia petang semalam...Dia terus serahkan pada saya beberapa keping kertas...Owhhh Myyy...Hati saya benar benar tersentuh...Apa yang dia tulis semuanya dari hati dia sendiri dan kitorang sebagai ibu bapa tak pernah ajar dia untuk tulis semua tu...

 Nur Qistina Farzana memang seorang anak yang adil...Di saat dia teringat mama, di saat itu juga dia teringat papa...

 I am confused...Dia nak tahu nama sebenar agaknya...Hihihi...

 Huhuhuhuhu...Hiba saya time baca semua yang dia tulis nie...Sampai la ni saya sebak...Bergenang air mata time buat entry nie...

 Seorang anak yang ikhlas...Walaupun dia tak pernah mention depan kitorang tapi dia luahkan dalam tulisan dia...

 Saya tak dapat teka apa yang dia nak belikan untuk saya...Tak perlu hadiah...Tak perlu kek untuk sambutan hari mama nie...Cukuplah dengan tulisan tulisan dari anak syurga ini...

Terfikir untuk framekan semua tulisan dia...Insyaallah...

8 comments:

SYANI said...

Kelakar ada, terharu pun ada bila anak2 buat camni kan??

Unknown said...

Alahai so sweet 😃....sejuk je hati baca semua tu...👍

Lynn Huraiza said...

SYANI : hihihihi...betul tu syani...anak-anak skrg makin kreatif...

Lynn Huraiza said...

Love Umi : Lebih kepada sebak sebenarnya...hihihi...

Jiha said...

anak perempuan mmg lebih senang buat kita terharu..sy pun sebak baca surat qistina ni..

anak lelaki diorg tak reti sgt benda2 gini..

tapi diluahkan dgn pujian secara terus..pengalaman sy..huhuhu..

Anonymous said...

Alahai..terharu sangat bila anak sebesar dia mampu melahirkan isi hati begitu dengan kata-kata

Lynn Huraiza said...

Jiha : Lynn memang x ada anak lelaki...Jadi x merasa pengalaman begitu...

Qistina memang seorang anak yang sensitif...Jiwa dia pun cepat tersentuh...Jadi bila dia buat nota nota macam nie saya yakin semua nie lahir dari hati dia sendiri...

Lynn Huraiza said...

Emy Omar : Memang rasa terharu sangat...Huhuhu...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...