January 15, 2010

::PeTir SaMbAr MeNyAmBar...TaKutNyeR Aku::

Nak story mory dengan korang sket...Hari nie sampai jer aku kat office, terdengar sedikit kekecohan di dept. aku nie...Ala-ala petir sambar menyambar...Sorang cakap sorang lagi melawan...Amek kau...Ayoyo...Pagi2 dah ada isu PANASSZZZZ ker? Dah la hari nie hari Jumaat...Penghulu segala hari tau...

Aku macam dapat menjangka apa yang dikecohkan pagi2 hari nie...Sebenarnya apa yang berlaku adalah disebabkan KELAZERAN seorang staff kat dept. nie...Selalunya aku dan beberapa rakan lain yang menjadi bahan makanan staff nie untuk DILAZERKAN tapi hari nie kena kat batang hidung dia sendiri...Staff nie memang arr suka menyampuk kalau ada jer mistake kitorang kat mana-mana...Dan tersangatlah suka jadi minah kecoh kat dept. nie...

Semalam aku terima surat aduan berkenaan staff nie disebabkan KELAZERAN dia yang terlampau...Dan yang dijadikan bahan untuk MELAZER kali nie adalah seorang pegawai atasan...Boss aku pagi2 dah merungut yang bukan2 pasal staff nie...Aku pun layankan jer la...Dengarkan jer rungutan boss aku...Boss aku pun dah report dengan pegawai atasan staff nie berkenaan apa yang staff nie dah buat...Siap sertakan sekali surat aduan daripada pegawai atasan yang telah DILAZERKAN tu...Entah apa la tindakan pegawai atasan staff nie ek...

Aku harap sangat aku tak jadi macam staff nie...Aku cakap macam nie sebab aku pun dah pernah menjadi mangsa KELAZERAN staff nie...Saat tu ALLAH S.W.T jer yang tahu betapa sedih dan sakitnya hati aku...Jadi aku harap sangat agar ada keinsafan yang akan wujud dalam diri staff nie bila dah kena sound dengan boss dan pegawai atasan dia...

Ok arr...Aku nak buat kerja lain plak...Kang tak pasal2 aku plak yang kena sound...Huhuhu...

No comments:

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...