January 18, 2010

LovELy QisTinA dEmAm LaR

Aduhai...Lovely Qistina demam lar...

Kesiannya tengok My Lovely Qistina...Ermmm...Hari nie dah masuk hari ke3 anak dara kesayangan kami nie demam...Actually hari Sabtu lepas waktu tgh malam tu badan dia dah dedar...Lovely Qistina punya la aktif petang Sabtu tu...Kebetulan petang tu aku & Mr. Hubby bawa dia berjalan-jalan ke Danga Bay...Then entah macam mana badan dia leh dedar plak malam tu...

Semalam aku & Mr. Hubby bawa dia ke klinik...Doc cakap suhu badan dia dah cecah 38 darjah celsius...Kira panas juga la tu...So balik jer rumah aku & Mr. Hubby berhempas pulas la bagi dia makan ubat....Huhuhu...Amat lah susah nak bagi anak dara nie makan ubat...Melalak macam kena pukul...Sabar jer la...Tapi melalak macam mana pun kena gak bagi ubat...Tak ada excuse yer...Dulu ada sekali tu dia demam, aku campurkan ubat dengan susu dia...Tapi bila aku buat sekarang nie macam tu, dia dah protes tak nak minum susu...Jadi kena la bagi makan ubat dengan cara asal...

Pagi tadi seawal jam 4.00 pagi terasa badan dia panas lagi...Erm, kesian plak nak bagi makan ubat...Kang x pasal2 mengganggu jiran tetangga plak bila suara anak dara tu membingit pagi2 buta...Jadi aku & Mr. Hubby decide untuk masukkan ubat montot...Yang bagusnya guna ubat montot nie sebab tak sampai 1 jam badan dia dah berpeluh-peluh...Kesan ubat montot nie sangat cepat...Then bila dah susut panas tu, pukul 6 lebih lepas dia minum susu aku bagi plak ubat antibiotik...

Pagi nie tengok muka Lovely Qistina dah ceria sket...Waktu hantar dia kat school, dah boleh tersenyum dan nak bermain-main dengan kawan2...So aku tak la worried sangat...Luckily Teacher Fatimah faham kes-kes macam nie...Dia kata akan beri Lovely Qistina makan ubat ikut masa dan sekiranya suhu badan anak dara panas sangat baru dia akan contact aku or Mr. Hubby...Tapi aku harap sangat bila kami amek dia petang nie dia dah sihat sepenuhnya la...Kesian arr tengok dia demam...

Get well soon yer anak mama...Miss you so much...

1 comment:

Zalikha Taza said...

kecian nye qistina demam...
idea yang best la masukkan ubat dlm susu...

bole wat tuk anak buah nnti..hehe

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...