Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik Nur Qhasrina Zahra dah pun 13 tahun hari ni... Pagi tadi seawal jam 6.20 pagi dah ke sekolah dan hari ini merupakan hari pertama di sekolah menengah... Macam tak percaya dia dah Tingkatan 1...
Kenangan sewaktu konvo tadika
Kenangan sewaktu Darjah 1
Paling syahdu... Kenangan sewaktu kepala luka kena almari... Bergurau dengan adik dia masa tu... Kena la 2 jahitan... Yang paling terkesan bila Papanya pengsan tengok luka anak... Kelam kabut la rumah masa tu... Dengan kepala anak berdarah, Papanya pula pengsan...
Kenangan masa Aidilfitri 2025
Kenangan masa pendaftaran Sekolah Menengah sabtu lepas
Mama papa doakan Nur Qhasrina Zahra menjadi anak yang solehah... Yang patuh pada suruhan Allah swt... Menjadi anak yang menjaga akhlak dan adabnya... Semoga dipermudah segala urusan dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah... Semoga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat... Yang baik baik sahaja untuk awak...
.jpeg)

.jpeg)



7 comments:
Selamat menempuh alam sekolah menengah ye kakak...belajar rajin -rajin dan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 13..
terima kasih auntie
happy birthday anak chantik. moga berjaya dunia akhirat.
uish mesti banyak darahnya sampai ayah dia pengsan. rasanya kalau rumah ni akak la yang pengsan sebab akak tak boleh tengok orang luka
Selamat hari lahir nur qasrina.
Aamiin doa2nya.
boleh tahan juga banyaknya... aamiin... terima kasih kak
terima kasih... aamiin
Happy birthday buat Nur Qasrina, moga sentiasa dalam lindunganNYa, moga berjaya dunia akhirat
Post a Comment