January 2, 2026

Menyantuni Jemputan - IPP Johor Bahru

 Assalamualaikum 

Hari ni last day bekerja untuk minggu ni... Dan hari ni juga ada jemputan untuk menghadiri Majlis Doa Selamat Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru sempena operasi tahun 2026... So hadir la sekejap menyantuni tuan rumah yang menjemput... 

Untuk makluman korang, Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru ni menyediakan perkhidmatan sewaan dewan dan tempat penginapan... Terletak dalam kawasan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor... 


Kat office hari ni pun tak ramai yang ada... Ramai yang bercuti lagi sempena cuti sekolah... 

Kembang semangkuk muka tuan punya blog... Hahahaha... Azam tahun 2026, nak kuruskan sket badan ni dan turunkan berat badan... Agak agak boleh tercapai ke? Setiap tahun pun itu lah azam orang perempuan kan... Yang sebelah tu memang gitu la dia... Makan banyak pun gitu... Jealous tau... 

Kawan office yang selalu dengan saya... Semua pangkat adik adik ni... Yang senior tak ramai dah kat office ni... Ramai yang dah pencen... Saya pun dah tak muda... Hihihi... Tahun ni 45 tahun... Lagi 5 tahun nak capai 5 series... 



Perut masih kenyang lagi sarapan roti canai pagi tadi... Jadi jamah sket jamuan yang disajikan buat rasa rasa...

Kalau ada yang berminat nak menyewa dewan atau nak buat kursus, korang boleh klik IPP JOHOR BAHRU untuk info lanjut... 

No comments:

Menyantuni Jemputan - IPP Johor Bahru

 Assalamualaikum  Hari ni last day bekerja untuk minggu ni... Dan hari ni juga ada jemputan untuk menghadiri Majlis Doa Selamat Institut Pen...