January 7, 2026

Qayyum Rizq ke Tadika

 Assalamualaikum 

Sekejap jer masa berlalu... Tahun ni Qayyum Rizq dah pun masuk ke umur 5 tahun... Dan tiba masanya untuk mama papa masukkan dia ke tadika... Syukur alhamdulillah, hari pertama pada Isnin lepas berjalan lancar dan dia tak meragam...


Tak ada kejadian menangis masa kejutkan bangun tido, tak ada juga kejadian tumpahnya air mata masa hantar ke tadika... Syukur alhamdulillah, Allah swt permudahkan urusan pagi tu... 

Tapi sebelah petang, dia buat hal tak nak naik dengan Acik Ana... By the way Acik Ana ni jiran kami... Kami memang hire Acik Ana ni untuk ambil Qayyum Rizq setiap hari bila balik dari tadika... Mungkin sebab dia nampak mama papa kat depan tadika hari tu... 

Second day dia nampak lebih excited bila nak ke tadika... Rasa seronok sangat sebab dia cakap kawan kawan ramai... 1 kelas dia ada 15 student dan ada 2 orang teacher yang incharge... 

Seronok la dia sebab kat rumah tak ada buat aktiviti macam ni... Kalau main color water jer jenuh mengemas... Ni kat tadika, teacher guide... 


Dan petang hari kedua berjalan lancar untuk Qayyum Rizq... Akhirnya dia balik dengan Acik Ana sebab mama papa duk jer dalam kete yang di parkir jauh sket dari tadika... 

Mama papa sentiasa doakan yang baik baik untuk Qayyum Rizq... Moga Qayyum Rizq terus seronok dan dapat belajar dengan baik kat tadika... Kita nantikan apa cerita dia untuk hari ini dan seterusnya ya... 

2 comments:

Kakmim said...

Happynya qayyum.. ni mesti jenis yg x sabar nk ke sekolah ni.. first time ke sini... salam kenal

Roziah @ Cie said...

semoga sentiasa rajin ke sekolah & rajin belajar.

done follow sini juga. selamat berkenalan.

Qayyum Rizq ke Tadika

 Assalamualaikum  Sekejap jer masa berlalu... Tahun ni Qayyum Rizq dah pun masuk ke umur 5 tahun... Dan tiba masanya untuk mama papa masukka...