Showing posts with label Enaz. Show all posts
Showing posts with label Enaz. Show all posts

November 1, 2017

Selamat Pengantin Baru Finaz & Hafiq

Assalamualaikum 

Entry ni entry tertunggak sebenarnya...Kak Long dah lama sangat nak upload tapi disebabkan kesibukan yang melampau memang tak teringat langsung nak buat entry ni...Hari nie Kak Long usahakan juga supaya entry ni dapat disiapkan dan Kak Long berjaya publish di blog...Hihihihi...

Adik pompuan bongsu Kak Long dah pun mendirikan rumahtangga dengan insan pilihan hati dia sendiri...Adik Kak Long nie berkawan dengan husband dia sejak dari sekolah menengah lagi...Hurmmm...Cuma diorang serius bila tengah belajar kat U rasanya...

Majlis pernikahan Finaz dan Hafiq di adakan di surau berdekatan rumah kitorang...Majlis yang simple sahaja...Cuma dihadiri oleh keluarga kami dan Hafiq...Kawan kawan pengantin pun beberapa orang jer yang datang...Syukur alhamdulillah majlis pernikahan selamat dilaksanakan selepas solat Asar pada 22 September 2017...

 Officially husband and wife

 Pengantin lama

  On da way nak ke surau



 Ni waktu hari majlis...Pengantin Baru bergabung dengan Pengantin Lama...Pak Hamzah dapat menantu orang Negeri Sembilan lagi...Hihihihi...Ada la kawan Abang Long nak borak Negeri Sembilan...

Kak Long doakan adik Kak Long ni bahagia bersama pilihan hati dia...Dah kawen ni dah tak macam time single lagi dah...Kena banyak berubah...Kena banyak tolak ansur...Semoga cepat cepat dapat baby yer dik...Leh tambah ahli keluarga kita nanti...

May 4, 2016

Congratulations Finaz Hamzah

Assalamulaikum 

Ermmmmm, adik Kak Long yang sorang nie baru jer lepas graduation 25 April lepas...Puas juga la dia pujuk Kak Long supaya dapat joint konvo dia...Tapi dia konvo time hari kerja tu...Kalau nak cuti kena amek 2 hari kut dari Ahad hingga Isnin...Tak kan nak balik hari jer kan...Qistina dan Qaleesya kena ponteng sekolah...

Jadi Kak Long buat decision tak dapat ler nak joint konvo dia pada 25 April tu...Yang dapat pergi of coz ler Ibu dan Ayah dan boyfriend dia Apit tu...Yang dapat masuk dalam dewan cuma 2 orang jer...Jadi Ibu dan Ayah Kak Long yang masuk, Apit kena la duk luar...

Sempat la juga Finaz send gambar kat wassap group family...Syukur alhamdulillah finally grad ko dik...

 Bersama Ibu dan Ayah...

Kat dalam dewan 

 Finaz memang ada cakap nak amek gambar studio satu keluarga...Tapi Kak Long tak dapat nak tunaikan permintaan dia...Tak per la...Yang penting Ibu dan Ayah ada di sisi dia...


Ni la Apit...Insyaallah kalau ada jodoh nikah la kut diorang nie nanti...Dah sibuk juga Apit ni nak masuk meminang...Tapi tak pasti la apa keputusan Ibu dan Ayah Kak Long...

Tahniah Finaz sebab dah berjaya lengkapkan Degree dan finally grad...Jadi kakak sulung nie bila tengok adik adik berjaya memang dah seronok sangat dah...Rasa berbaloi bila habiskan duit bonus time hujung tahun tu belikan peralatan sekolah dan buku sekolah korang...

Sebelum kawen dulu, duit gaji kakak ni la setiap kali balik rumah Rawang belikan apa jer yang korang minta...Jadi bila dapat tengok gambar adik grad nie rasa berbaloi sangat...Perasaan Ibu dan Ayah dah tentu la melebihi lagi perasaan Kak Long ni kan...

Insyaallah hujung tahun nie adik yang bongsu pun akan selesai belajar juga...Selesai diploma la dulu...Nanti tengok pada dia sama ada nak sambung belanjar Degree ke tidak...Kalau nak sambung lagi alhamdulillah...

P/S : Entry nie bukan untuk bermegah megah...Salah satu cara Kak Long share perasaan Kak Long dengan menulis di blog...Jadi mohon jangan ada yang nak jadikan entry entry Kak Long ni sebagai satu isu yang nak dikecoh kecohkan di media sosial seperti FB tu...Life masing masing kan...So please hormat perasaan orang lain juga ya...

October 13, 2010

13 Oktober

Salam Rabu untuk kawan-kawan blogger...
Salam Rabu juga untuk silent reader blog nie...
Sihat ker hari nie?
Syukur Lynn dan family sihat2 juga...

Hari nie 13 Oktober 2010...
Pada tarikh yang sama 18 tahun yang lepas...
Lynn dan family dikurniakan seorang ahli keluarga yang sangat comey...
Waktu tu kitorang stay kat Quarters KTMB kat Sentul...
Tapi skrg nie Quarters KTMB Sentul tu dah tak der dah...
Diorang dah godek2 tempat tu jadi Sentul Raya...
Kalau gie sana boleh sesat la juga...
Hahahahaha...
Dah banyak sangat pembaharuan yang dibuat...
Opppsss...Melalut sudah...
Hari nie sebenarnya birthday my darling Siti Syafinaz...
Saper Siti Syafinaz?
Hehehehehehe...
Bukan Syafinaz penyanyi atau pensyarah UiTM tu yer...
Siti Syafinaz yang nie...


Dia merupakan adik kesayangan Lynn...
Hehehehehe...
Semua adik pun Lynn sayang...
Kitorang semua panggil dia Enaz...
Merupakan anak ke 5 dari 6 orang adik beradik...
Tapi sekarang nie dah jadi no 4 dari 5 orang adik beradik...
Adik Lynn yang no 4 dah meninggal dunia tahun 2007 yang lepas...
Tahun nie merupakan birthday Enaz yang ke 18...

Di kesempatan yang ada nie...
Lynn, Mr. Hubby dan Qistina nak wish sket kat dia...

Selamat hari lahir yang ke18...Semoga berjaya dalam impian yang diimpikan dan sentiasa ceria dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar...Kitorang semua sayangkan Enaz dan nak Enaz berjaya dalam hidup...Jadilah anak yang baik dan taat kepada kedua orang tua dan jangan nakal-nakal...Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...Love u a lots...

Okey...
Ini entry khas untuk Enaz...
Will update citer2 lain plak lepas nie yer...
Take care semua...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...